Blogger Backgrounds

Jumaat, 4 Mei 2012

Takziah Untuk Keluarga Bob KU2



Mendapat berita awal kematian arwah 4,38 petang semalam melalui blog mazidul. Mulanya agak curiga selepas 17 April lepas juga menyatakan dr sumber lain bahawa arwah meninggal. Namun selepas di selidiki ternyata berita 4 Mei adalah realiti.

Aku melihat kesusasah arwah di kaca TV berjuang melawan penderitaan, dengan jelas juga sepanjang Maharaja Lawak Mega yang lepas, arwah hanya mampu duduk sahaja ketika membuat persembahan.
Dan di tambah pula engan suapa-suapan dari berita di Melodi TV3.

Aku agak kecewa dengan perkhabaran palsu kematiannya pada 17 april lepas, dan yang lebih membuat aku rasa terkilan mengenai statament David Teo pada melodi 2 minggu lalu mengenai bayaran kepada arwah.

"... kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah ... Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang ... Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah"



Kenyatan di atas diungkapkan oleh David (sumber : tonton.com.my) sewaktu dihubungi oleh wartawan Melodi melalui telefon dan kenyataan terbabit disiarkan di rancangan hiburan secara langsung terbitan TV3 itu, dua minggu lalu. : Sumber : http://www.mazidulakmal.com/

Bagi aku perkataan MINTA SEDEKAH keterlaluan dan terpulang pada David menyatakan maksud bagi sebutannya itu kepada semua selepas ini

Yang pergi tetap pergi semoga arwah tenang di sana.