Blogger Backgrounds

Sabtu, 9 Jun 2012

Kantoi sudah : Macam biasa buat je….. acuk acuk



3 Jun 2012 kita dikejutkan dengan seorang anggota trafik mengalami kemalangan semasa bertugas operasi mat rempit (operasi cegah lumba haram di Taman Gembira) dan koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit,Memang menjadi topik jugaklah untuk 6 hari. Namun pada 8 Jun 2012 arwah telah pergi juan, itu kuasa tuhan. Al - Fatihah kepada Koperal Mustaghni Tabri anggota Polis Trafik berkenaan dan takziah untuk keluarga arwah.

Mengejutkan kenyataan polis hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa kecederaan yang dialami anggota berkenaan berkemungkinan akibat terkena lontaran satu objek oleh seorang anggota polis lain??????????????..... siasatan mendapati Mustaghni dicedera bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang anggota lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut

6 hari reputasi mat rempit jadi teruk yang lebih teruk dari selalunya. First tahniah pada geng forensic yang berjaya mencari punya ini, dan orang tak bersalah dapat dibersihkan reputasinya. Namun adakah pembongkaran terbaru ini akan dapat cover media macam 6 hari mat rempit dapat cover tadi?

Seramai tiga anggota berpangkat koperal, seorang sarjan dan seorang sarjan mejar ditahan. So well tunggu je lah, mungkin senyap je kot…..mungkin kan….

Sejak mula aku dengar beritanya, aku pun terdetik di dalam hati, jahat sangat ke Mat rempit? Mungkin jahat, sebab dalam filem melayu memang orang jahat kena kejar dengan hero dalam pelbagai cara, tapi tidak filem omputih orang jahat mampu jadi hero dan orang baik jadi jahat…erk apa aku merepek ni.

Adegan baling membaling ni rasa nye memang berlaku, kalu korang tgk 999 pun nampak skit-skit shoot ni..lama dah aku perhati dan terfikir “ada akta boleh membaling ni?”...jadi kedua-dua pihak yg nampak macam main perang-perang zaman kecik-kecik dulu..tapi beza askar baik ada kekebalan dan di mesia bila buruk je mesti org jahat yg salah walaupun yg baik tu wat sama je macam orang jahat

Teringat kembali zaman sekitar tahun 2007 rasanya, masa tu panas kes baling meja oleh geng JPJ…..jadi perkara ini memang ada percayalah..Bagi sesiapa yang mempunyai sedara atau ahli keluaraga atau miungkin anda sendiri anggota penguatkuasa, buat apa dok baling-baling /tahan badan ketika mat rempit memecut laju, bila terjadi kecederaan anda atau kematian anda? Apa yang dikenang? Paling kuat esok je anda masuk dalam berita dan akhbar, selepas itu macamana dengan keluarga anda? Boleh hidup dengan makan pingat? Otak mesti mau fikir dan penguatkuasaan mesti mengikut prosedur (SOP) dan logik otak bro…..

"nak buek apo tu kayu bang?"

ni plak kes lain : http://wanmarzukikeluargaku.blogspot.com/2012/03/baling-helmet.html