Blogger Backgrounds

Isnin, 2 Julai 2012

Bila Kata Hati Tidak Sama Kata di Mulut….



Jika mulut anda berkata A adakah hati anda juga berkata A? Boleh test fikir semula keputusan yang anda telah buat selama ini, keputusan yang terutamanya juga bagi menjaga hati orang lain? Yes ternyata bukan A dihati anda…Kadangkala kita terpaksa mengorbankan prinsip dan kata hati sendiri demi menjaga hati orang lain. Tetapi sampai bila perkara ini akan terus berlaku?

5 keputusan memihak kepada orang dan kadangkala 1 untuk diri sendiri…anda terus dihukum dengan perkataan “tidak menjaga hati orang’, maka pengorbanan selama ini adakah berbaloi? Itulah yang mungkin kita hadapi. Sampai bila? Selagi ada manusia yang mempunyai hati maka ia akan terus berlaku.

Aku melihat corak manusia memang begitu, terutama jika berhadapan dengan orang ramai, sentiasa nampak untuk baik sehingga memijak prinsip diri. Mengapakah manusia-manusia ini ada? yea memang sebab mereka semua adalah manusia yang berfikiran dengan pelbagai andaian dan sifat, maka akan terus ada dan ada. Cuma terpulang kepada kita untuk membaca corak mereka itu. Pandang mata senyum sahaja...Kita kena sentiasa happy untuk hidup ini walaupun kesian melihat mereka....