Blogger Backgrounds

Jumaat, 22 Februari 2013

Mencari ‘otak mahathir’


Semalam entah kenapa, aku terfikir, kenapa kita susah nak fikir mende baru yang boombastik? Idea yang di anggap xsemua orang boleh fikir dan buat…kita kerap kali dok pk pk pk kenapa tak boleh adanya orang seperti Tun Mahathir?

Kalu aku fikirkan, 1 je…estet di Dengkil nak jadikan Bandar moden? Kalu tahun 1990 aku cakap kat bos aku ‘bos saya nak jadikan Dengkil sebagai bandaraya cam Tokyo” korang rasa apa bos aku kata? Xpayah bos lah…korang yang baca ni, apa korang kata kat aku? Yea jawapan aku sama dengan korang “gile ke”…dah ada KL tu cukup ler…..” nak belah utan wat mende, bagi ayam utan duk bandar tu ke?

Antara berani, gile dan ketersedian menerima adalah 3 perkara utama di sini.

Aku percaya kita semua boleh berfikir zahiriahnya, namun kita sering di pupuk dengan perkataan jangan dan malu serta tidak berani. Nahh itu sebenarnya yang membelenggu idea kita.

Berbalik kepada menerbitkan idea BARU bombastik, agak-agak dalam meja bulat ada ke sesiapa yang berani mengutarakannya jika dia bukan bos? Jika ada, nah terang-terang orang itu dipancung, bos mesti kata tak boleh, itu dan ini….di antara keberaniaan dan gila serta sikap menerima semua termaktub ke dalam lumrah orang kita, yes we are Malaysian beb. Nampak buruk kan…tapi cuba fikir balik…..yea aku faham bila ada perkataan negative mesti dia xbagus…yea memang xbagus negative itu…tapi sebelum negative ke mana perginya positif? Kekalahan positif harus diambil tahu supaya kita kenal benar-benar kenal negative itu terjadi.

Perlu juga di ingat knowledge is important bagi melahirkan idea yang boom. tapi setinggi mana pun knowledge selagi sikap menerima masih terbelenggu ketakutan..lupakan sahaja. Kadang-kadang idea yang tidak logik itulah yang sebenarnya yang membawa boom kepada perubahan.

'Gile ke nak antar orang mesia pi bulan!' nak wat mende, kita bercakap masih lagi 'gile' perkara itu di dalam era zaman orang barat memang dh ulang alik ke bulan. Bagi aku pun sama gak cmtu...rupanya skarang baru tau...'OOOOoooo antar org pi bulan supaya akan ada lagi orang mesia yang mempunyai cita-cita seperti itu, inilah dia impian untuk di jadikan kenyataan...xkan asyik nak berimpian je sampai bila-bila.

0 Komen: