Blogger Backgrounds

Selasa, 24 Januari 2017

Cabaran membentuk rupa bentuk badan

Haa Nampak, apakah yang berlaku kepada aku? 

Ni semua gara-gara renew lesen tempohari. Kat lesen kena ada gambar, so apabila gambar di lesen adalah terbaru, aku membandingkan dengan gambar lama di lesen yang telah tamat tempoh. Nampak macam aku dah kembang, adussss..walaupun hati aku mengatakan bahawa orang yang amik gambar tu yang resize muka aku (coz nampak kembang semacam) tapi aku tetap nak kecilkan bentuk badan aku. 

aku suspek kt lesen tu guna teknik tarik picture....

Untuk rekod aku bukan dari kategori yang obesity, BMI aku ideal yea. Cuma aku nak reshape badan aku je. Berbeza dengan kebanyakkan orang yang ingin menurunkan berat badan, entahlah aku xpasti yang ramai orang buat tu, nak turun berat badan atau nak reshape badan? Rata-rata aku dapati ianya kontra.


Berbalik pada aku, yea aku nak reshape badan aku..nampak xbestlah dengan badan yang mula mengembang..Usaha ini akan bermula dari sekarang sehingga ‘take picture’ untuk renew lesen akan datang…Tungguuuuuuuuuuuuuu

Rabu, 11 Januari 2017

Kekurangan diri hanya orang sahaja nampak

Ramai orang percaya kepada statement aku. Tapi berapa ramai orang sanggup menerimanya sebagai sesuatu yang realiti kepada diri sendiri? kadang-kadang aku berfikir..sanggupkah aku?


Hari ini apabila penilaian tugasan tahunan, aku mengerti bahawa aku mampu menerimanya. Ketua bahagian ku mempersembahkan semua yang berkaitan tugasan termasuk pelbagai kriteria yang perlu di nilainya. Termasuklah 2 perkara yang beliau komen tentang diriku sebagai penambahbaikkan kepada diriku. apakah?



  1. Mood aku terganggu bila sesuatu perkara aku tidak suka ianya berlaku;
  2. Aku sukar menerima sesuatu perkara jika ia tidak aku sukai atau aku tahu impaknya tetapi tidak nampak oleh orang lain implikasinya
Setelah aku mendengar dengan tenang, aku berfikir, mungkin juga itu ada padaku....aku positif bila orang berjaya mengesannnya dan mampu memberitahu aku.


Aku cuba untuk mengatasinya, cuma aku takut ianya dah jadi habit aku macam makan nasi takkan nak ubah makan daging je kot....

ahhhh aku cuba............

Selasa, 10 Januari 2017

awal tahun yang meletihkan



Entahlah aku rasa amat letih minggu ini, terasa macam banyak kerja yang perlu di fikir. Aku terlupa dengan teknik senarai aku. Dulu-dulu bila aku serabut fikir pasal kerja, aku akan senaraikan semuanya di dalam planner..jadi barulah lega bila yang ada dalam kepala keluar dan tertutlis di atas kertas putih.

Hope semuanya akan berakhir minggu depan................

Rabu, 4 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017


Macam baru sahaja aku update pasal tahun baru ni, alih2 dah kena update lagi..masa yang pantas atau aku yang tidak mengira hari? aku kira bila hari gaji je...tapi betul rasa baru je gaji dah gaji semuala. Orang kata kalu mengira hari gaji ni bermakna orangnya selalu pokai. Tapi aku rasa aku tidak, sebab aku bahagia je sepanjang tahun, sebab aku tak fikir sangat banyak atau sikit duit yang aku ada di tangan. Sebab kalu di fikir-fikir tak cukup sahaja di buatnya.

Yea 2017, macam zaman sekolah-sekolah dulu pasti terdetik apakah azam tahun baru ini, ehhh baru aku perasan bahawa perkataan azam dan tahun baru tu rupanya sedara rapat. Mana ada orang buat azam masa Februari kan? ke ada? oh mungkin jenis itu tidak ramai bermakna tidalah populor untuk membuat azam pada bulan februari bagi tahun yang baru.

Jadi untuk menjadi popular aku ada listkan sedikit azam aku untuk tahun 2017:


  1. Aku nak pergi Thailand
  2. Aku nak melancong sekurang-kurangnya 2 pulau di malaysia ni... mungkin Pulai Perhentian dengan Pulau Sibu
  3. Aku nak abiskan PTPTN
  4. Aku nak tambah saving
  5. ......cukuplah banyak dah tu, kang ujung tahun gelak plak tengok catatan ni..
Aku cuba-cuba dan mesti....