Blogger Backgrounds

Isnin, 25 Jun 2018

Boring, satisfaction or fate to face off



Alhamdulillah berkesempatan juga aku untuk menulis, kalua dulu sentiasa ada idea ingin menulis, aku tidak nafikan aku sentiasa ada idea namun kesempatan untuk menulis amat terhad bagiku. Mungkin atas dasar faktor usia serta bertambahnya beban kerja yang dihadapi seiring dengan kematangan di organisasi ku.

Perkara sedemikian menyebabkan aku kerap merasa adakah aku telah memilih kerjaya yang sesuai sejak aku mula memulakan kerjaya ini 10 tahun lalu? aku tidak dapat pastikan. Aku kerap memikirkan saat-saat indah aku mula bekerja di bidang pendidikan dahulu. Oh ya bila di fikirkan mungkin masa tu terlalu muda dan sekadar dapat bekerja dalam bidang tersebut hanya sekadar 2 tahun.

Bagaimana jika ia mencecah masa yang sama seperti kini? mungkin juga rasa kini akan timbul jua. Aku kerap melihat klip-klip video motivasi yang menegatifkan aku terhadap kerjaya kini. Sudah lama tapi tiada keseronokkan? takkan nak bazir masa hidup yang singkat ini dengan membuat sesuatu yang kita mula bosan dan tidak suka?

Betul juga...ohh mungkin salah..siapa dapat buktikan akan datang? adakah berhenti sekarang dan memulakan kerjaya baru? cukup 10 tahun bosan lagi? adakah itu putaran hidup wajib?

Rabu, 7 Februari 2018

Aku masih di sini



Dalam 3 tahun kebelakang ini, aku amat kurang menulis, seperti yang aku telah jelaskan tahun 2017 adalah tahun mencari arah dalam kerja, mula memulakan sesuatu bermula dari A yea A adalah permulaan. Aku telah penuhi permulaan itu dan sekarang aku telah ditukarkan ke unit baru dan memerlukan sesuatu untuk permulaan, tapi mungkin bukan betul betul permulaan, ini kerana pegawai lama telah memulakan langkah awal tersebut, kalu nak sebut huruf aku mungkin bermula di sini dengan huruf E...hehehehe semua pkai alphabet nak bagi senang faham.

Aku puas hati wat keje di unit lama, ini pun berdasarkan penggunaan word "orang taknak ilmu tu, jadi aku amik" dalam perubahan kepimpinan di organisasi aku ini, ada dikalangan yang masih terbiasa dengan cara lama. Untuk rekod dh banyak kali aku cakap, aku bekerja bukan untuk pujian tapi untuk kepuasan diri. Jadi aku puas hati buat kerja dan lebih dramatik ilmu tu aku je yang ada. pehhh tak tergambar kepuasan aku di saat aku di tukarkan unit.

So sekarang misi tahun 2018 adalah untuk bermula dengan E...let go......senyum walaupun letih dan geram tengok orang yang masih belum hendak berubah or memang taknak berubah hehehhe.....