Blogger Backgrounds

Selasa, 8 Jun 2010

Bercuti Lagi :Di Penyabong Mersing


28-29 Mei yang lalu, aku telah bercuti ke penyabong mersing. Mulanya aku menempah seawal akhir april berkenaan tempat penginapan di CBR tetapi pembatalan saat akhir oleh tuan punya resort membuatkan aku bingung. Tetapi mujurlah Kak Timah sudi bertangungjawab dan mencarikan aku resort lain untuk menginap.

Well not bad, penyabong sungguh pun tak sepopular pantai lain tetapi pemandangan nyer cantik dan sesuai untuk berehat minda gaya sederhana. Aku menikmati percutian 2 hari 1 malam ini dengan penuh kepuasan. Huhuhu dengan rm300 aku mampu ke Penyabong huhuhuhu. Jumpa di Cameron Highland selepas ini dan jajahan wajib risik tawan tahun ini Kuala Terengganu.

Jadual Penuh aka Full House


Seawal bulan mei jadual untuk Jun aku telah penuh terutama weekend. Cuti sekolah akan segera dikaitakan dengan majlis perkahwinan. Mujur masih ada kengkawan yang masih sudi menjemputku. Jemput awal insyaalah aku pasti datang. Jadi itu menjadikan seawall mei plannerku telah dipenuhi dengan undangan-undangan ini.

KL-Kuantan-Melaka-Johor Bahru. So siapa yang 2,3 hari nak kawen baru jemput aku minta maaf banyak-banyak lah coz ada yang lebih awal menempahku. Aku bukan berlagak atau menyombong tapi bila mereka berada ditempat aku pastinya mereka memahaminya.

Jemputan perkahwinan sekarang bukan zaman2 tahun 80an dulu yang boleh dikira dengan jari di tambah pula kenalan hanya berada di sekitar kampung yang sama. Kini zaman telah berubah, manusia telah ramai, faktor lokasi untuk penghijrahan juga telah terbuka luas. Itu hakikat kalu kita peka dengan masyarakat hari ini.