Blogger Backgrounds

Rabu, 25 Julai 2012

Digest Reader : Kuala Lumpur most rudeness city



mendengar siaran radio Hot.FM pagi ini membuatkan aku terkejut mengenai ranking malaysia bandar ke 34 paling bersopan santun dalam 36 bandar. Emm mula-mula dengar memang rasa teruk, tapi bila difikir semula hanya 36 dalam list dan dalam dunia ni ada 1++ negara. So it okaylah mungkin boleh dipertingkatkan.

Cuma apa yang di senaraikan 10 ketidaksopnan, aku akui memang betul. Dan secara tiba-tiba ada rakyat Malaysia rasa marah, tapi hakikat salah kah 10 perkara tersebut? cuba renung-renungkan.

Selasa, 24 Julai 2012

Apa sebenarnya yang berlaku ke atas Etnik Muslim Rohingya di Myanmar?



 Aku tertarik dengan etnik ini, cerita nya seakan ssejuk sekejap dan suam sekejap tetapi sejak aku dengar-dengar ianya tidak pernak menjadi berita panas di mana-mana sama ada media elektronik ataupun di dada akhbar. Timbul rasa ingin tahu, dengan kuasa google aku berjaya melayari beberapa tapak website or blog yang memberi aku gambaran apa yang berlaku. Ternyata apa yang berlaku di sana tidak seglamour Palestin. Namun ada cerita yang perlu di ketahui:
ARTICLE 1 (mindaahad.wordpress.com)
ARTICLE 2 (billyinfo.blogspot.com)

Ternyata Junta tentera yang selama ini hanya glamour dengan sekatan terhadap Aung san suu kyi, tetapi dunia seakan melepaskan segalanya yang lebih berat dan besar daripada itu.

Ahad, 22 Julai 2012

Hari Pertama Berpuasa......


Macam ramadhan-ramadhan sebelum ni, aku berpuasa seperti biasa. Cuaca redup dan mendung dengan suhu ala-ala  ke’cameron’nan membuatkan puasa lebih tenang. Tambahan pula jatuh pada cuti hujung minggu membuatkan banyak masa di habiskan menjadi biawak. Ya biawak, macamana? duduk tanpa bergerak seharian. Tapi aku rasa aku tak berapa nak biawak sangat lah hari pertama ni, sebab lumrah aku tak suka tidur di siang hari. Sebab tidur di siang hari menyebabkan aku bertambah letih serta tekak aku menjadi kering. Kekadang aku menjadi lemah seharian. Uh aku tak sanggup terseksa keletihan. Biarlah aku tempuhi dengan keadaan aku ‘real life’.

Menjelang petang, perkara biasa ke bazaar ramadhan, entahlah sejak dah jadi tua ni aku malas nk ke bazaar ramadhan dan juga pasar malam, padaku tempat macam tu bukan menjimatkan tetapi lebih kepada memboroskan aku. Bercerita bazaar ramadhan hari pertama sebab layan mak aku nak ke situ, jadi ikutkan sahaja. HABIS! Begitulah perkataan jelas yang aku boleh ungkapkan apabila tiba di bazaar ramadhan terdekat ketika jam 6 petang. Semua jualan kuih telah habis yang tinggal dua, tiga juadah lauk yang aku kira dalam 2 minit lagi akan habis juga. Air? Dah sampai dasar sebab aku tengok dah tinggal ais je.

Hahaha itulah rakyat mesia betapa rakusnya menghadapi hari pertama berpuasa. Tak salahkan mereka mungkin sebab terkejut akibat berpuasa ataupun dah lama tunggu time camgini nak membeli. Aku pulang hampa. Jika di fikir hari-hari biasa makan nasi dengan lauk juga takde pun hidangan kuih muih, kenapa boleh? Aku bimbang jika istilah berjimat rakyat mesia suatu hari nanti akan bertukar menjadi terma kedekut dikalangan mereka. Dulu beli rm2 berjimat tetapi sekarang beli rm2 dikatakan kedekut, maka menggelak perkara demikian kena beli rm5. Maka ramadhan perlu dilihat semula erti dan tuntutan yang dikehendaki. Bukan mudah………

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang bermakna kenalah puasa huhuhu..

Perkara pertama aku buat ialah meng ‘google’ jadual berbuka puasa dan imsak. Wah kelihatan macam perkara sunat yang perlu dilakukan pulak. Anyway ni juga merupakan perkara yang aku teruja untuk buat menjelang bulan ramadhan. Teruja juga menyambut ramadhan pertama kali rasanya bagiku (seingat lah) pada bulan kelahiran aku. Dan buat sekian kalinya juga berpuasa di negeri orang, emm rasa dah 3 + 6 tahun kot dan negeri pertama dan kedua, ketiga.hehehe Selangor, Pahang dan  Melaka, bagi siapa yang tau maka taulah kombinasi tahun aku itu.

Serius cerita berpuasa di lain-lain tempat adalah berlainan walaupun di negara yang sama, Cuma asas besarnya sama tetapi masing-masing ada kelainannya. Makanan, pergaulan dan suasana adalah kelaianan itu. Nak tahu kena rasa pengalaman itu, tetapi jangan sampai nangis plak. Hidup sungguh dan akan lebih bermakna jika kita benar-benar tahu apa yang kita tempuhi.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433 H/ 2012 M

Isnin, 16 Julai 2012

Terima KASIH....


receive message from someone that i really know:

 "Happy birthday.. :-) Semoga segalanya berjalan lancar.."

i very appreciate that..........

Ahad, 15 Julai 2012

Percutiannya

Hari Pertama


Seawal jam 4 aku telah tiba namun aku mengambil keputusan untuk tidak memasukki pulau seawal berkenaan kerana pulau ini terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya, hinggalah jam 9 pagi baru aku melalui Jambatan Pulau Pinang, wau teruja dengan jambatan yang dibuka pada tahun 1985 ini, masih ingat lagi masa tu kereta proton saga dilancarkan dan Tun Mahadir melalui jambatan ini dengan pelancaran kereta berkenaan. Tapi bezanya selepas 27 tahun aku melalui nya dengan sebuah jentera yang bukan dari Malaysia ini. Walau apa pun yang lagi penting selepas 27 tahun pembukaan nya aku baru melaluinya…Malaysia kah aku?

Oleh kerana waktu check in hotel jam 2 maka aku memenuhi jadual aku ke destinasi pertama iaitu Makan…pehh serius cakap memang susah atau lebih tepat lagi tiada restoran melayu di Bandar, semuanya di monopoli kaum cina. Cabaran pemakanan amat getir di sini sesekali aku rasakan aku seperti di hong kong pula. Kedai makan melayu terpinggir digerai2 uzur ditepi jalan atau di tempat agak tersembunyi, mujur juga semasa ke batu feringhi ada medan selera yang aku temui. Hajat ke batu feringhi ditunda ke sebelah petang memandangkan tengahari jumaat dan aku bersiar dengan shot gambar di sekitar masjid terapung dan ke Muzium Permainan. Muzium ni kecik je masuk rm10 tetapi seakan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak lah, semstinya permianan MASK yang menjadi igauan lampau. Namun agak terkilan apabila Hello kitty dan Felix the Cat tiada koleksi di cni.

Sebelah petang ke Teluk Bahang dan batu Feringhi dan sebelah malam ke Komtar , dengar-dengar kata glamour tempat ni sebelum kewujudan shopping kompleks modern lain di Pulau Pinang.

Hari kedua
Seawal 7 pagi bermula aktiviti aku untuk menahluki Bukit Bendera, namun begitu sekali lagi terpaksa bergelut mencari tempat untuk makan bagi sarapan. Coach bagi tren ke atas bukit bendera adalah baru sama mcm tren komuter tp beza nya dia pendek. Tren lama telah dihentikan perkhidmatan. Dengar kata tren lama mengambil masa 45 minit untuk naik tp tren baru ni hanya lebih kurang 10 minit je naik ke puncak. Uh kurang cabaran skit.

Selepas tu pi makan tengahari di Padang kota dan Fort Cornwallis, tempat sejarah yang perlu dilawati sebab bleh jumpa Francis Light. Lepak sambil menikmati pemandangan pantai dan perlabuhan Penang.

Sebelah petang ke Queensbay Mall, aku dh risik sebelum pegi ke Penang untuk mengetahui shopping complex yang paling meriah, sebab kat penang ni byk sgt shopping mall xterlarat nak dikunjungi, so keputusan amik yang paling hot.

Selepas tu lepak dihadapan queens bay mall betul-betul berhadapan Pulau Jerjak, yup memang jelas sangat Nampak, rasanya kalu naik bot dlm 5 minit dh tiba.

Sebelah malam seperti dalam jadual asal, aku berjumpa dengan classmate lama masa UiTM dlu, wah sepuluh tahun xjumpa, slot makan malam + dia bawak aku pusing2 bandar georgetown.

Hari ketiga
Hari terakhir, check out terus ke lubuk jeruk, yes pasar chowrasta menjadi pilihan yang ada dan terdengar berita yang diketahui “glamour”. Terus ke sg petani berjumpa classmate yang juga 10 tahun tidak berjumpa, sbb penang to sg petani ni dalam 30min je. So aku ambil kesempatan sekali ler…

Sesungguhnya percutian ke Pulau Pinang bukanlah suatu percutian yang menenangkan sebab ia adalah percutian Bandar. Huhuhuhu Singapura tunggu next destination…..



Jumaat, 13 Julai 2012

Bercuti Ke Penang















Akhirnya aku BERJAYA menjejakkan kaki ke Pulau yang bernama Pinang, pelik yu itulah dia nama pulau tu. Percutian 3 hari 2 malam di rasakan agak panjang bagi percutian pulau ini, entahlah memang aku rasa panjang pun, tengoktengok jam belum tengahari, tengok-tengok jam belum petang. Dengan masa yang panjang tersebut dapat menjejakkan kaki kesemua tempat yang aku telah rancangakan pada jadual. Meletihkan dengan cuaca serta keadaan sekitar Pulau ini yang dirasakan lebih sesak dari Kuala Lumpur..wolaaaa...

Rabu, 11 Julai 2012

Selamat Hari Lahir Untukku



10 Julai setiap tahun merupakan tarikh yang sama bagi hari kelahiran aku, yang berbeza tahun dan juga angka umur aku yang semakin meningkat. Apa aku fikir di umur 3 series tahun ini? Yea ada 1 perkara…biarlah masa yang menentukan atau lebih tepat hanya tuhan yang bakal meluluskannya. Jangan tanya aku kelulusan dari tuhan itu, kerana aku tiada jawapan dan tak bisa mengetahui.

Apa hajat aku suka-suka ketika meniup lilin? Senyum senyum…….

Rabu, 4 Julai 2012

Pulau Pinang Aku datang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 2 Julai 2012

Bila Kata Hati Tidak Sama Kata di Mulut….



Jika mulut anda berkata A adakah hati anda juga berkata A? Boleh test fikir semula keputusan yang anda telah buat selama ini, keputusan yang terutamanya juga bagi menjaga hati orang lain? Yes ternyata bukan A dihati anda…Kadangkala kita terpaksa mengorbankan prinsip dan kata hati sendiri demi menjaga hati orang lain. Tetapi sampai bila perkara ini akan terus berlaku?

5 keputusan memihak kepada orang dan kadangkala 1 untuk diri sendiri…anda terus dihukum dengan perkataan “tidak menjaga hati orang’, maka pengorbanan selama ini adakah berbaloi? Itulah yang mungkin kita hadapi. Sampai bila? Selagi ada manusia yang mempunyai hati maka ia akan terus berlaku.

Aku melihat corak manusia memang begitu, terutama jika berhadapan dengan orang ramai, sentiasa nampak untuk baik sehingga memijak prinsip diri. Mengapakah manusia-manusia ini ada? yea memang sebab mereka semua adalah manusia yang berfikiran dengan pelbagai andaian dan sifat, maka akan terus ada dan ada. Cuma terpulang kepada kita untuk membaca corak mereka itu. Pandang mata senyum sahaja...Kita kena sentiasa happy untuk hidup ini walaupun kesian melihat mereka....