Blogger Backgrounds

Selasa, 7 Ogos 2012

Tahniah Lee Chong Wei

Tahniah atas kejayaan meraih pingat perak di sukan Olimpik London 2012....

Alahai Klinik 1 Malaysia



12 ramadhan aku telah di serang selesema dan sakit kerongkong, sedangkan aku begitu menjaga kesihatan aku sepnajang bulan puasa ini. Jaga makan jauhi dari makanan yang terlampau banyak minyak, lemak dan kurang berkhasiat serta minum air msuam dengan banyak, air batu? Minta maaf ler itupun jika terpkasa yang amat terpaksa. Menjelang sahur 13 ramadhan selesema dan sakit kerongkong aku belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Aku terus ke klinik panel organisasiku dan seperti biasa mendapat ubat yang diperlukan. 14 Ramadhan, hari ini aku bercuti rehat kerana ada urusan di kampungku, hari ini juga munculnya batuk pula sedangkan symptom batuk tiada semalam. Terlintas dalam hati sebelum ke bazaar ramadhan petang berkenaan untuk singgah di sebuah klinik 1 malaysia yang telah lama aku ketahui namun tidak berminat untuk dikunjungi sebelum ini. Why not petang ni aku cuba just nak ambil ubat batuk je kan.

Berikut merupakan step aku melangkah ke klinik tersohor ini (dgr kata siap masuk dlm lagu tema kemerdekaan ke 55). Untuk sekadar gambaran klinik ini dikawasan Parlimen Semberong kawasan majoriti melayu yang nama Bandar mempunyai no. 6.

Suasana dalam klinik tiada orang hanya seorang staf lelaki di meja pendaftaran, keadaan klinik yang begitu suram dan kurang menyakinkan. Mungkin bangunan klinik ini bukan di didirikan pada awalnya bukan berfungsi untuk sebuah klinik.

Aku memberi salam kepada staf berkenaan dan bertanya mengenai langkah yang aku perlu buat, sebab serius ni pertama kali aku datang ke klinik kerajaan sebagai pesakit. Beliau meminta kad pengenalan , mengambilkan aku no dan menyuruh aku duduk sementara dia mencatat butiran aku pada buku (masih manual) di atas meja berkenaan.Selang 7 minit aku dipanggil bagi mengambil kad pengenalan dan membayar RM1. Tiada yang ganjil setakat ini.

Selang 4 minit aku dipanggil masuk ke dalam bilik yang di dalam nya terdapat seorang staf lelaki yang lagaknya macam doktor, tapi aku yakin dia sekadar Medical Assitant yang bertugas. Soalan biasa bidang pengamal perubatan kepada pesakit, “ sakit apa?” tanpa melihat kepadaku, sibuk duk mencatit pd kad pesakit (erk aku belum sebut apa2 dia dah sibuk catat mende ntah), “batuk dan selesema” aku menjawab…soalan kedua staf berkenaan “ ada demam?” masih tak melihat kehadiran aku ni lagi..aku jawab “ rasaaaaa xde kot” sengaja aku jawab seolah tak yakin untuk melihat reaksinya.. beliau masih mencatit lagi..selang seminit mengundur kebelakang dengan kerusi berodanya mengambil 2 jenis ubat (1 selesema, 1 ubat batuk) terus menulis plak atas plastic ubat tu, serah kat aku tanpa melihat lagi kearahku. Aku ambil ubat dan ucap terima kasih terus keluar…

ITu je??? Sepatut bila aku rasa sangsi mengenai ada atau tidak demam, dia kena test guna thermometer untuk melihat suhu baru sah demam atau tak. Melihat muka pesakit pun tak mahu, cukuplah melihat dan senyum bukan menjadi masalah pun, aku terkilan dengan layanan tersebut walaupun ia tidak menguris hatiku tapi cukup mengambarkan akan ketidakprofesionanya MA berkenaan bertugas.

Aku beredar dan di meja pendaftaran ada seorang staf perempuan dan staf lelaki tadi menyusun sesuatu di tepi meja berkenaan, sekali lagi aku uji dengan mengucapkan terima kasih dengan kuat, tetapi hanya staf lelaki berkenaan sahaja membalas sama-sama dan berpaling kepadaku, staf perempuan berkenaan keras dimeja. Apa pandangan anda? Mungkin kes ini tidak besar tetapi cukup membawa kepada perpekstif dan anggapan negative pada pemerhati seperti aku.