Blogger Backgrounds

Selasa, 3 September 2013

Pengalaman bercuti ke Pulau Tioman



30 Ogos – 1 Sept yang lepas seperti di rancang aku telah menjejak kan kaki ke Pulau Tioman. Tahun lepas lagi selepas Pulau Pangkor memang dah plan nak pi Pulau Tioman ni.

Persiapan


 Point-point feri berhenti di Jeti tioman

Persiapan awal macam biasa aku wat study di internet, yelah sebelum ni aku dah update apa yang aku wat sebelum percutian ini bermula. Baca blog pengalaman orang lain, tempahan penginapan dan juga tintatif perjalanan. Mode percutian aku macam biasalah 3 hari 2 malam.

Hari 1 

RM35 sehala

Perjalanan ke Mersing agak lancar, semua persiapan dah buat kecuali tiket feri, aku dapat tahu bahawa feri di sini berlainan dari feri Langkawi dan Pangkor yang mengikut masa perjalanan yang ditetapkan. Di sini masa perjalanan feri dikatakan dipegaruhi dengan air pasang surut. So tak fix. Ditambah pula dengan website feri yang lemah dengan informasi. Kira-kira perkara ini menghantui aku sepanjang perjalanan. Kalau feri penuh, masak aku, sebab tempahan penginapan dah di buat di Pulau. Tiba di jeti terus ke kaunter dan terus beli tiket, yang ada jam 9 pagi dan 4 petang, tapi jam 4 petang dah penuh, so 9 pagi kira relevan terus amik pergi balik, tapi untuk balik 1 sept hanya tinggal feri jam 6.30 pagi….haaa? peh apa cerita percutian 3 hari 2 malam sudah jadi 2 hari 2 malam…hehehehehe jadi terpaksa dari tak balik kan. Aku nasihatkan sesiapa yang nak pergi kena alert juga masa feri ni , di samping beli tiket pergi balik di jeti mersing tu. Kalu ada kengkawan kat Mersing mintaklah diaorang belikan dulu senang selamat masa dari terperangkap di Pulau tu. Yelah kalu ko check out jam 12tgh tp tiket jam 6.30 petang, korang nak bersidai katne selama masa menunggu tu???


 Section A or B? gate berlepas

 Tempat menunggu sebelum berlepas di gate

 ni ler kaunter feri nyer

Perjalan feri di rasakan paling lama aku lalui, 2 jam…yea 2 jam,,,,peh memula semangat pastu ilang semangat…pastu semangat balik bila lihat pulau tu depan mata. Aku menginap di Salang Sayang Resort. Ok untuk feri dia akan bahagi section A pulau (3 jeti last)  dan section B pulau (3 jeti last), so ader 2 feri lah. Masa beli korang hanya cakap nk pi tioman, pastu amik boarding pas kat sebelah kaunter untuk bahagikan sama ada feri A atau B. tapi kalu xramai orang A dan B akan gabung dalam 1 feri je.



Oleh kerana salang perhentian last, maka berbuih2 tunggu nak tiba Jeti salang tu.
Setiba di jeti, amat teruja sebab bila tgok air cam tgk cermin, telus ke dasar, perghhh jernih giler….tioman u the best hehehehe.



Kat salang ni ade dalam 4 resort je. Aku pilih salang Sayang coz penginapan aku pilih atas bukit ngadap laut so view tinggi and best, kalu salang Indah resort ada yang penginapan atas air tapi xlah kawasan tinggi. 

 family room Salang Indah Resort

Semua penginapan kat cni mengadap laut ade gak yg lapisan ke belakang, so kalu nak datang make sure nak permandangan camne…better depan pantai kan? Heheheh aku nak view bukit lai best…baru rm130 semalam weekend. Ada yang depan pantai tp depan penginapan ruang jalan kaki, so mungkin bising orang lalu lalang kan.


 Kaunter Salang Sayang Resort




pemandangan dari depan bilik

Pas check in layan pemandangan. Petang ckit aku jalan2 dari point A salang tu ke point B menyelusuri chalet2 yang ada sambil layan photoshoot hehehehe






 Pondok Polis

 ni rasa nyer dalam rm80 semalam

Pastu survey Island tour…cari punyer cari kat cni ade 2 pakej je…..beza kuantiti lokasi je….A rm75 g 5 lokasi…B rm100 g 7 lokasi. Tapi dalam A dan B semua ade 3 @4 pakej snorkeling. Aku amik pakej rm75 je..walaupun aku xtau berenang jadi terpaksa nak tgk gak. Tapi ni tempah utk hari esok ler (ke2).
Pas tempah terus dia bagi set snorkeling termasuk jaket terapung tu. Bleh ah test dlu kat tepi pantai petang tu, so ni ler masa nak belajar sendiri snorkeling dgn membiasakan diri dgn jaket terapung tu.
Pas penat tenggelam timbul petang tu, terus balik bilik dan bersedia utk makan malam, hehehehe bawak meggi cup je, kunun nak jimat perbelanjaan yang akhirnya keluar gak pi minum2 kat Salang Indah restaurant. Rege? Emmm mahal ler ckit dalam 20% dari tanah besar. Tapi still ok kan.Untuk info kat cni ada dalam 5 gerai makan termasuk yang di punyai resort di cni, semua ala kampong je. Pasar mini ada 2.



Pas makan layan jalan2 di jeti photoshoot lagi sambil layan angin malam.

 Jeti Salang di Malam hari

Tamat hari pertama. Alamak terjaga jam 12 malam, bunga api berdentuman sambut MERDEKA…erk merdeka xperasan plak hehehehe…moh tido…

Hari 2

Uh awal bangun dengan semangat dalam jam 6.15 pagi, terdengar feri datang dalam jam 6.45 pagi terus keluar bilik tengok feri tu, yelah esok nak balik masa2 cmgini jgk lah kan. Cuaca terang awal ckit kt tioman coz dapat matahari awal, cam jepun plak.

 Feri sampai....

Pergi sarapan di Salang Indah restaurant lagi, order air je, nasi lemak rm1.50 beli kat makcik yang jual ni (satu-satu nya penjaja tepian kat cni)


 depan mini market ni ade jual nasik lemak dgn kuih2

Pas sarapan masa untuk snorkeling trip pilihan A yg ditempeh semalam. 1 bot dalam 12 orang. Memula tiba di jeti Taman Laut, air jernih sehingga Nampak ikan besar2, aku xsnorkeling pun hehehehe. 





Pas sejam di cni terus ke diestinasi no 2 iaitu Pulau Rengis, kata nyer bleh nmpk jerung dan penyu kalu nasib baik, kat cni cuba snorkeling tp xbleh nk apung badan hehehehe jd tgok je dr atas bot. air jernih Nampak semua cuma xdpt pusing pulau tu je lah, pulau kecik je pun.


 Tekek

Next to Pekan tekek , sejam masa di berikan untuk jalan-jalan di nadi utama pulau ni, kira cam pekan dia ler walaupun xbesar, kat cni ada bank, kedai bebas cukai (1 je pun), gerai makan byk, airport..so aku jalan2 ler selagi masa yang ade dan makan jgk.


 Bank Simpana Nasional je yg ada

 Cuba gak cari org jual ikan fresh tp xde, sebelum ni ade terbaca BLOG org yg kata dia beli ikan balik rsort suruh resort masak, so upah masak je ikan segar tu, mungkin bukan rezeki aku kot tu yg xjumpa. Pas sejam…erk sebenarnya 2 jam kat ctu….

Gi plak Monkey bay, xnmpk pun monyet nyer, sekali lg bleh snorkeling, katanyer ade Nemo kt cni, hahahhaa episode aku du katas bot je ler…….

Selesai balik semula ke jeti salang dgn gembira dan membalas dendam dengan bersnorkeling di pantai sahaja sehingga lewat petang.

Makan malam di Salang Indah Restaurant lagi tanpa ikan segar yg diharapkan….

Malam last sedih gak nak tinggalkan kedamaian Tioman ni sebab esok pagi2 dah kena out..errrr apa punyer feri daaa….




Hari 3



Erk hari ke 3 ke ni? Seawall jam 5.45pg dah bangun, sejuk weii…redah jgk…feri  6.30 pagi…ramai dah nunggu kat ctu, tapi feri tiba jam 7.15 pagi…cittt apa daaa…

Tiba jeti selepas 2 jam dgn perut keroncong coz xsarapan, tiba jeti terus cari souvenier dlu di sebelah jeti ade kedai2 tu…semua duk tulis TIOMAN…hehehe kat cni murah dari souvenier di Pulau nun…

Perut lapo xbfast terus makan tghari di Bandar mersing dengan harga yang amat berpatutan untuk ikan segar…nyum nyum..

Bertolak balik….hati puas dengan sedikit terkilan, hawat  feri ko awal sangat….hehehhehehe….

6 Komen:

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


inamorataoreonz berkata...

Ko pegi sesorg eh....best kann.. rasa nak pegi kahmis niii..

tiga lalat berkata...

Salam. Hee sungguh seronok Tioman sy pun pergi jua tetapi naik belon saja. ;)

wan tioman berkata...

Salam to all bloggers. Nak dtg tioman call saya tau. www.wanpulautioman.com

Percutian Pulau berkata...

Assalamualaikum.. Tumpang iklan sikit Admin :-)


#Jadual Feri (Mersing-Tioman-Mersing)
check-out: http://percutianpulautioman.blogspot.my/


# Gambar Resort
Check-out: http://resortpulautioman.blogspot.my/

# Booking Tiket Feri
Check-out: Tioman Ferry Ticket Reservations

Salam dari Tioman Island
© www.wanpulautioman.com

Percutian Pulau berkata...

Assalamualaikum.. selamat malam..
Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

jika tuan puan ingin membeli ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
© www.percutianpulautioman.blogspot.com