Blogger Backgrounds

Khamis, 20 Januari 2011

Lori Misteri di Tepi Jalan



Macam misteri je tajuk aku kan, well inilah yang terjadi. Hampir sebulan dah aku tengok sebuah lori tersadai di tepi jalan tanpa dipedulikan sesiapa. Bernombor pendaftaran WSB 9474 dengan berlogo syarikat aiskrim mingo-mingo.

Gerak hati aku kuat mengatakan itu lori curi, bagi mengetahui segala yang terbuku di hati selepas sebulan aku memberhentikan jenteraku di lori berkenaan. Aksi ku seakan pegawai penyiasat. Memang benar segala tekaan mata kasarku melalui perjalanan harian di situ. Melihat lebih dekat ternyata di papan pemuka lori terbabit wayar telah tercabut dan segala komponen di situ telah tiada. Sah lori ini memang telah di curi dan di tinggalkan di situ.

Aku pantas mengambil butiran lori berkenaan berdasarkan syarikat pemunya yang tertera di pintu lori berkenaan. Esoknya aku menghubungi syarikat berkenaan ternyata ia memang lori mereka yang telah hilang sebulan lalu. Segala butiran aku berikan berkenaan lokasi dan segala detail perhubungan ku. Selang 2 hari syarikat terbabit telah menelefon aku semula bagi gerakan mencari dan menyelamat asset mereka itu.

Alhamdullilah berjumpa akhirnya. Dari apa yang aku Tanya kepada syarikat terbabit, lori berkenaan telah hilang sebulan lalu di depan kedai mereka. Laporan polis telah dibuat bagaimanapun tiada sebarang klu atau petunjuk diperolehi.

Di sini aku sedikit merasa kesal kepada pihak berkuasa yang seharusnya peka akan kejadian ini. Mengapa ia tidak nampak akan hal ini?

1. Lori berkenaan berada di tepi jalan utama: sudah tentu sebagai penduduk tetap kawasan tersebut aku dapati pihak berkuasa ada melakukan rondaan setiap hari

2. Mengapa setelah laopran dibuat pihak berkuasa tidak menyedari hal terbabit, bukankah segala kecanggihan alat perhubungan dapat mengenalpasti lori berkenaan yang berada di depan mata mereka? Tak boleh buat semakan ke?

3. Aku juga kesal pihak berkuasa lebih terarah kepada sesuatu yang aku rasakan boleh mendatangkan kepuasan kepada mereka. Tak perlu aku cakapkan di sini, aku tau itu kawasan aku dan aku tahu apa aku nampak.

4. Kita punyai lebih 4 badan berkuasa yang memantau kenderaan di jalanraya, mengapa tiada satu pun agensi yang perasaan keberadaan lori itu dengan curiga setelah sebulan di situ?

5. Kalu ini tidak dapat di selesaikan..aku bimbang laporan hanya tinggal laporan yang di rasakan tiada apa2 tindakan.

Aku lihat dah lama, dan aku juga boleh bawakan banyak lagi kereta2 yang tersadai di tepi jalan secara misteri tanpa di endahkan dalam jangkamasa yang lama? Tak pelik kah anda? Aku pelik………..