Blogger Backgrounds

Selasa, 9 September 2014

Bercuti Ke Ipoh

Ipoh.......

Pada 22 hingga 24 Ogos 2014 aku berkesempatan dalam kesibukan menghitung hari sebelum kembali ke semester baru. Bercuti? yea kali ini Ipoh menjadi lokasi. Aku pernah touch down sekali ke Ipoh ni tapi hanya untuk bertemu seorang rakan kepada rakan aku. Hasrat ingin mengenali Ipoh kurang menyerlah sebenarnya. Tapi selepas mencari tempat bercuti sempena cuti semester ni, tiba-tiba ipoh di sebuat sebagai destinasi percutian...macam pelik...tapi kalu jodoh tidak ke mana...ewahhhh!

Apa menariknya Ipoh? Aku mengambil masa hampir 2 minggu untuk membuat survey dengan membaca blog orang secara itensif (pehhh kerja keraskan???) dan survey peta terutamanya lokasi dan jalan di sana. Ini rutin aku sebelum ke sesuatu kawasan percutian sebab aku tak mahu tertinggal tempat-tempat menarik yang ada di sesuatu kawasan percutian serta mengkaji route jalan bagi memastikan juga aku tidak berpusing-pusing ke hulu ke hilir sebagi contoh  lokasi A-B-C-D dan bukan D-B-A-C gambarnnya.

Dalam banyak percutian jalan di Bandaraya Ipoh amat susah untuk aku fahami dan tidak banyak blog memberi info berkaitan tempat menarik 100% dalam single penulisan blog.
Ok kat sini aku (mungkin) Berjaya menyatukan kesemua tempat menarik di Ipoh dalam satu penulisan. Aku rasa ini sahaja tempat yang di anggap spot di Bandaraya Ipoh.

Pertama jika anda untuk ke sesuatu kawasan percutian terutama mod Bandar, anda perlu mengkaji pola jalanraya di Bandar berkenaan. Apa yang aku dapat simpulkan jalan di Ipoh bagi spot kawasan menarik adalah berbentuk ini (garisan hitam). Spot petak merah pula mewakili kawasan spot di mana kawasan yang perlu dikunjungi berada







Fahami pola jalan ini, insyaalllah dapat membantu. Jangan terlalu melihat GPS sebab dia bukan memahirkan kita tetapi sebaliknya otak tidak dapat membentuk route peta di minda kita.

Aku juga telah listkan tempat menarik yang perlu dikunjungi semasa di Bandar ipoh selama 3 hari 2 malam aku di sana. Terpulang mengikut kesesuaian anda di sana. Masa aku g aritu malam di Ipoh kena scene ujan je, jadi tergendala skit.


menginap di Seemsoon Hotel 3H2M

bilik berharga rm128 jika xde diskaun rate goverment staf

Hotel ni ok lah..rate 3 bintang...kalu goverment dapat rate goverment. 10% tapi kena bawa kad staf lah.. ok lah dalam rm110 pas diskaun...siap dapat bfast lagi....haaa reward sangat lah..cuma aku xpueh hati pintu bilik hotel ni kedengaran sampai ke dalam bilik aku kalau bilik lain, pintu di tutup oleh penghuni lain

Gunung Lang
Ni destinasi pertama aku pergi…emmm aku tiba seawall jam 8.30 pagi….merupakan sebuah taman…yea mamng taman..tengah ada tasik, seberang tasik ada taman..kalu nak ke seberang kena naik bot bayaran rm3. erk apa aku tulis ni….aku xnaik pun bot tu sebab pengurusan nya tertunggu2 apa ntah aku xtau…so aku perlu bergerak ke tempat lain. Secara pendapatnya aku rasa taman ni walaupun diuruskan oleh jabatan lanskap Negara, tapi lanskap tidak segred A yang boleh dibanggakan. Kenampakan segala kemudahan semakin uzur, mungkin penyelengaraan agak lambat.

ni bahagian depan......

ni bahgaian tengah kat jeti...yg ujung tu taman berada


Tourism Malaysia
Pejabat tourism adalah amat penting bagi anda kalu bercuti sebab di sini anda akan dapat maklumat2 yang diperlukan, terutamanya peta percuma, di ulangi peta percuma selain info tempat menarik dan tempat yang xdigazetkan tetapi menarik, maklumlah biasanya orang yang bertugas ni orang tempatan “hanya johari mengenal maniam” Dalam website ditulis sebagai di sekitar Jalan Raja Musa Aziz, namum aku gagal mencarinya. Untuk pengetahuan, sila jadikan jalan ini sebagai Jalan Utama anda berpegang jika di Bandar Ipoh, jangan lari terlalu jauh dari jalan ini bagi menggelakkan anda sesat. Misi di sini GAGAL.

7 mural
Selepas check in, hotel pada slot petang aku bergerak mencari 7 Lukisan Ernest Zacharevic Di Ipoh. Hummingbird, Old Uncle With White Coffee, Paper Plane, Girl With Stool and Bird Cage, Kopi-0, Trishaw dan Evolution. Kalu nak g cari mural ni bleh cari cafe Old Town White Coffee cawangan Ipoh Padang kat GPS korang…sure jumpa dekat2 padang ni gak bleh gi upis bahagian perlancongan, diaorang akan bagi Map lokasi mural tu untuk korang jejaki…jalan kaki je…..parking kat area padang tu je..


lokasi 7 mural









Stesen keretapi
Wau best tempat ni, layan lepak dikelapangan selepas mencari 7 mural….dekat je dengan lokasi mural,….so mod jalan kaki je ler untuk sampai ke stesen ketapi ni…otw tu dapat ler jumpa satu memorial dan di lapangan depan stesen ni pun ada satu memorial perang.



Taman Dr Senivagasam & Riverfront
Tempat yang palinga ku sakit hati cari, dan bila tiba…jumpa biawak je…ahhh sakit hati nak cerita. Untuk pengetahuan korang taman ni diaorang panggil taman DR bukan doctor tp sebuat huruf D.R. dee..RRR…erk susah nyer aku nk bagi orang baca faham…sebut je ler huruf tu satu satu….Dalam Taman D..R… ad ataman jepun…tp sumpah aku xjumpa. Berdekatan taman D.R ni adalah riverfront…uhhh sakit hati lagi xmo cerita…heheheehe..Oh ya area ni kalu nak beli cenderahit cam keychain, freeze magnet dsb…kata nyer kedai2 yang skit kat sini buka nyer malam…sebab aku gi petang dia tutup lagi lah dan aku xtau pun kedai apa tu sebab tutup…erkk tutup ler….mana nak tau sebab kedai tu xmengambarkan ciri2 kedai sourvinier pun.

aku tak jumpa...korang cubalah yea....


Lost World of Tambun
Well apa nak cerita tempat ni…Ipoh ‘anchor place’ dikatakan The Lost World of Tambun (TLWOT) merupakan core bagi percutian di Ipoh. Selepas membaca tip perjalanan dari blog-blog sebelum ke Ipoh bagi TLWOT dinasihatkan untuk membeli tiket secara online kerana akan dapat diskaun 10%. Yup memang benar aku membeli tiket awal secara online, jgn lupa print pulak untuk ditunjukan di kaunter online masa di TLWOT nanti.
Peraturan? Yea peraturan untuk mandi di taman tema air memerlukan kita menggunakan baju mandi. Bila dikaunter aku bertanyakan adakah memakai seluar trek dan baju jersi boleh digunakan untuk mandi bila berada di dalam? Serta merta petugas menunjukkan jenis pakaian yang boleh dan mengatakan seluar trek tidak boleh..tergamam dan sedar akan peraturan aku terus ke Pasaraya Giant berdekatan aka bersebelahan TLWOT ni untuk mencari seluar renang. Tambahan pula petugas kaunter kata boleh sahaja masuk tetapi jika ‘lifeguard’ melarang dari mandi maka tidak dibenarkan mandi dengan pakaian sedemikian. Dan jika tidak dibenarkan pengunjung yang masuk tidak dibenarkan untuk keluar seketika mencari baju yang bersesuaian. Ini bermakna seluar trek aku tadi gagal…dari menanggung risiko bayar rm45 tapi bila masuk tidak boleh mandi, maka lebih baik mencari seluar yang lulus.

tengok bape kolam ada?

Maka apabila di giant dapatlah seluar berbasikal rm19.90…ok ler sebab dia jenis nylon xserap air. Maka dengan bersungguh dan gembira rasa dihati trus masuk ke TLWOT tu. Alangkah berderai hati apabila ada je penggunjung yang pakai seluar cotton tahap buat tido malam dan di serapi air separuh kolam kat seluar dia tu bila bangun tgh terjelopok mandi kat kawasan kolam…..”what the fish, crab, prawn”..aku menyumpah dalam bahasa sepanyol ketika itu. Ok untuk tip bersih dari aku korang dinasihatkan memamkai pakaian tidak serap air yang bermaterialkan nylon …tp kalu kes aku ni ramai je yg pkai kain cotton…maka jgn percaya peraturan yang hanya menakutkan korang tu.
Taman Tema ni secara jujur dari aku adalah “sangat tidak best’ rasanya ada 2 kolam je dan 1 geluncuran yang tak berapa tinggi ada di sini. Selebihnya Taman Tema ni bukan taman tema air tapi lebih kepada Zoo sebab ada petting zoo separuh kawasan taman tema air. Errrr…..


Paling tertarik penggunaan loker oren di dalam TLWOT ni guna token  rm 10 pastu nak enter loker tersebut guna password…jangan takut staf ade quide masa nak guna…bleh guna 1 hari loker tu…bagi aku first round mandi+jalan2..second round tukar baju round lagi untuk photoshoot cz masa basah xbawak mak bapak kamera gajet bagai….xjauh mana kira xpenat lah pusing.

yg tengah tu ler tekan2 masuk password

Masa aku gi agak crowded skit sebab ada 3 company wat event family day kat situ…jd penuh dgn khemah tmpat yang aku rasa lapang kalu xde event tu.
Tapi jangan percaya pendapat aku ni, aku rsa xbest…korang mesti ler rasa sendiri..setiap orang beza ke best an nyer.

Gerbang Malam & Memory Lane
Memula aku ingat tempat ni sama…rupanya lain daaa…satu dibuka malam dan satu lagi dibuka pagi weekend. Yang sama Gerbang Malam dan Memory lane ni adalah pintu gerbang nye design sama…tp ingat lokasi lain tau

Pintu masuk...dia ni sebaris je...xmacam danau kota bentuk berbaris.....

Dekat sebelah je dgn gerbang malam

Gerbang malam kira cam nite market/uptown Danau Kota tu. Jualan hampir sama. Tapi dah tiba apa salahnya jalan-jalan kan bagi cecah kaki ni kat situ. Berdekatan Gerbang Malam ni ada kedai Popiah SS. Ali kat medan selera bersebelahan je, Nampak kalu korang lalu line gerbang malam ni..xsilap Medan Selera Dato' Tahwil Azha, haa dekat dgn jalan utama yang aku suruh korang pegang td..Jalan Raja Musa Aziz,


orang jual-jual barang oldskool...mengimbau kenangan lalu

Memory lane, best beb..aku g hari ahad pagi selepas check out hotel..meriah…dia ala2 car boot sale…barang2 lama….cam g muzium jamu mata tengok….nak hinggap parking susah ler…sekali lagi Jalan Raja Musa Aziz menjadi penyelamat…kena ler jalan skit….excited aku g cini….

Dataran Jam
Dataran Jam merupakan sebuah padang yang ada jam….haa tu ler ayat tulus mulus aku….apa yang best kat sini slot makan je ler sambil lepak2 tengok menara jam…photoshoot skit…bukti dah sampai….aku suggest g sini dalam jam 6 petang sambil layan makan gerai2 yang dibuka berhampiran padang dataran jam ini.

Ni lah dataran Ipoh yang ada jam tu sebelah majlis bandaraya ipoh

gerai-gerai makan di sebelah dataran ipoh


Perjalanan Pulang
Bagi hari terakhir, oleh sebab aku balik menghala ke selatan maka aku singgah ke Kapal Korek dan Gua tempurung, agak malang apabila kapal Korek kod TT5 dikatakan sedang mengalami proses baik pulih, tapi tak nampak kerja-kerja pemulihan dilakukan. Untuk tiba ke kapal korek ni, korang kena perhati betul2 di tepi jalan, sebab signboard dia agak sedih hanya dibuat dari kain banner je, 2, 3 bulan lagi reput lah tu, kalu dah reput nanti, tgk je lah dari tepi jalan nampak kapal korek tu.

Kapal Korek TT5


Bagi Gua tempurung pula, ada 4 pakej di tawarkan untuk pengunjung mengikut skala kelasakkan yang mampu anda duga diri. Aku ambil skala 2 je rm9 smpai hujung trek, sebab skala 3 mula keluar trek dan merasai kebasahan air gua. Bagus bagi mereka yang gemarkan atau focus nak jelajah gua tu trus amik level 4 lalu bawah gua. Aku level 2 pun mcm nak mati je..Bagi pakai level 1 dan 2 guna selipar pun xpe…tp aku suggest guna kasut coz ade naik2 tangga dalam gelap kan…kang selipar wat hal mampuih jatuh terjelopok……bagi level 3 & 4 seharusnya pkai pakaian outdoor lengkap….jangan lupa bawa torchlight wajib…air pun wajib….baik pkai seluar trek panjang kerana aksi lasak amat mendebarkan…..tp xlah parah sgt aku rasa.

Dalam Gua tempurung...ada track bagi level 1 & 2 sahaja

kadar bayaran masuk






13 Komen:

Jausyan Baqiri berkata...

stesen keretapi ktm tu kan, kalau pergi malam malam ramai lepak, sangat crowded. ada air pancut, sewa roller blade, buih besar and ada banyak la lagi.

runnerseven7 berkata...

OOO ye ke...bagi kebanyakkan tempat yg sekakan dataran, mmg jd tmpt port melepak kat malaysia ni...tq for sharing...

Fikri_Haftlaz berkata...

sebenornya ada yg lebih menarik dkt ipoh ni.. antaranya kafe2 hipster yg tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat Ipoh ni. kafe yg saya suggest @MatPeriuk @MatPeriukJr. @ThumbsCafe @Karat135 @ElnegraDistro @Gomok @Hobo/Ganleeco @Classix253 @FoodProject @DSuduGarfu @ChekodokReggae @Khizanat yg ni insya allah semua halal.. boleh check kat insta.. yg tidak pasti halal ada di kawasan Sekeping KongHeng di Oldtown. Kat situ ada jugak cafe hipster antaranya @PlanB @BurpsNGiggles @ThePastries @MissingMarbles @TheRoquetteCafe and kat situ jugak ada Muzium Yasmin Ahmad.. memang menarik tempat tu. Ipoh ni nampak je bosan tapi penuh dengan nostalgia dan org2nye pun mesra. Ipoh jugak terkenal dengan makanannye. paling famous sekali Nasi Ganja @ Nasi Vanggey. kedai ni ada banyak cawangan kat ipoh tapi yg paling best kat satu kedai cina ni nama dia Restoran Yong Suan. kat kedai tu kita akan berkongsi meja dengan org lain termasuk kaum cina dan india. ini yg melambangkan org yg hidup harmoni dengan pelbagai kaum. kedai lain yg sedap antaranya nasi ekonomi dekat StadiumIpoh. Harga nasi dia RM3 je lengkap dengan ayam n kuah kari. mmg puas. Mee Daud Mat Jasak pun sedap. ada di Newtown. Boleh juga try mee dekat Merdeka Garden. Ipoh ni pun best time malam terutamanya kat RailwayStation a.k.a KTM mcm yg Jausyan Baqiri cakap. Bagi yg ulat buku pulak, boleh cari n beli buku kat Novel Hut, Ipoh Parade.. memang murah buku2 terpakai kt situ. Kat ipoh ni pun banyak bangunan2 yg cantik mcm Dewan Bandaran, Mahkamah Tinggi Ipoh, St.Michael Instituion, Anderson School, Anglo Chinese School, tapi Railway Station la yg paling Gempak. hahah.. Apa2 pun.. Semoga awak abg dtg lagi Ipoh ni nanti.. Sebab Ipoh mmg Awesome ;'D

runnerseven7 berkata...

insyaallah tuan, sebelum dtg ipoh sy byk google, namun tak bnyak blog yg menerangkan 100% about tmpt menarik ipoh..adalah benar xsemua tmpt xpopulor itu xsemestinya xmenarik utk dikunjungi

cat berkata...

Hehe..mngekek2 sy baca ni..sukalah blog ni

Salihah Powergold berkata...

saya baru je pindah perak..belom berkesempatan lagi pergi Ipoh...

jemput singgah
http://dinarmatawangsunnah.blogspot.com/..terima kasih

Norhazlinna Samsuri berkata...

Terbaik...

Unknown berkata...

Blh masukkan tempat beli brg cheap kat area pekan lama dibahsa englishkan old town.. Maka wujudlah old town coffee

Asri Jr berkata...

Blh masukkan tempat beli brg cheap kat area pekan lama dibahsa englishkan old town.. Maka wujudlah old town coffee

Rojak Campur berkata...

info bagus

Blog Saya

Riko Adryansyah berkata...

PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

Contact person :

1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf

E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




MalaysiaBus berkata...

Terima kasih atas info. Untuk lebih mudah, boleh cuba tempah tiket bas awal di www.malaysiabus.com. Tiket KTM/ETS juga boleh ditempah secara online!

Siti Nur Balqis Mami berkata...

😱👍🏼