Blogger Backgrounds

Jumaat, 23 Jun 2017

Salam Aidilfitri 1438H


Yea raya datang lagi, bukan terasa sekejap menjalani ibadah puasa yang 30 hari itu...malah perkataan sesuai sekarang yang patut digunakan dengan yakin bahawa ianya memang sekejap, xde dah rasa-rasa lagi. Ia praktikal yang jelas.

Warghhh raya nak buat apa yea? rutin biasa berkunjung ke rumah saudara-mara, tahun ni aku cuti panjang sikit, sampai seminggu ko....tapi actually 3 hari je coz yang lain cuti umum.
so kita layan je, rezeki pun ada lebih sikit.

ada dua perkara sahaja yang aku suka bila nak raya:


  • Keje di hujung-hujung sebelum cuti raya
  • Otw balik kampung

Yang lain biasa je......

Salam Aidilfitri dgn pesanan "jaga duit sikit sebab gaji lagi lagi yea"

Selasa, 30 Mei 2017

Selamat menyambut ramadhan


Bertemu lagi di bulan ramadhan tahun ini, tak tahu kenapa aku sangat excited menunggu ramadhan ini. Di fikir-fikirkan juga, banyak sebab terlintas, tapi semuanya perkara negatif untuk ramadhan, kekadang niat itu tidak menghalalkan cara. walaubagaimanapun aku tetap positif untuk menghadapi ramadhan kali ini.

Sejak kebelakangan ini aku selalu berfikir mengenai sesuatu yang menyebabkan aku takut untuk menghadapinya. Namun ia pasti akan datang sama ada aku bersedia atau tidak. Puas untuk melupakannya, namun ia kembali semula. Adakah aku bersedia???

Rabu, 15 Mac 2017

Sibuk Membuat Kerja Katanya


Terlalu lama aku tidak melakukan apa-apa lakaran di blog ini, mungkin ada yang menyangkakan aku dh mati idea untuk menulis. Oh tidak, aku memang selalu berfikir untuk melakukan sesuatu, tetapi kekangan tugas yang semakin serius sekarang ini. Selepas berlakunya kodeta pada hujung tahun 2016 yang lepas. Kami di organisasi telah berlaku penstrukturan semula. Yea kami kembali membuat kerja.

Sehubungan itu, (pehh ni ayat karangan bahasa melayu tingkatan 3 kan?), kalu dikutkan aku sangat bz dalam membetulkan semua keadaan lalu yang telah bercelaru, bukan aku sahaja semua orang yang nak buat kerja telah melaksanakan tugas masing-masing. Mungkin ini hanya sementara, apabila semuanya telah betul dan keadaan akan menjadi normal seperti apa yang telah kembali sepatutnya.

Namun dalam kesibukkan, aku tidak nafikan ada yang mengambil kesempatan terhadap kesungguhan orang lain. Ini adalah golongan parasit. Belum nampak serius tapi aku percaya ianya ada.

Aku sasarkan dalam bulan April ini segala kerja aku untuk menjadi stabil. itu sasaran aku, aku cuba untuk capai.

Selasa, 24 Januari 2017

Cabaran membentuk rupa bentuk badan

Haa Nampak, apakah yang berlaku kepada aku? 

Ni semua gara-gara renew lesen tempohari. Kat lesen kena ada gambar, so apabila gambar di lesen adalah terbaru, aku membandingkan dengan gambar lama di lesen yang telah tamat tempoh. Nampak macam aku dah kembang, adussss..walaupun hati aku mengatakan bahawa orang yang amik gambar tu yang resize muka aku (coz nampak kembang semacam) tapi aku tetap nak kecilkan bentuk badan aku. 

aku suspek kt lesen tu guna teknik tarik picture....

Untuk rekod aku bukan dari kategori yang obesity, BMI aku ideal yea. Cuma aku nak reshape badan aku je. Berbeza dengan kebanyakkan orang yang ingin menurunkan berat badan, entahlah aku xpasti yang ramai orang buat tu, nak turun berat badan atau nak reshape badan? Rata-rata aku dapati ianya kontra.


Berbalik pada aku, yea aku nak reshape badan aku..nampak xbestlah dengan badan yang mula mengembang..Usaha ini akan bermula dari sekarang sehingga ‘take picture’ untuk renew lesen akan datang…Tungguuuuuuuuuuuuuu

Rabu, 11 Januari 2017

Kekurangan diri hanya orang sahaja nampak

Ramai orang percaya kepada statement aku. Tapi berapa ramai orang sanggup menerimanya sebagai sesuatu yang realiti kepada diri sendiri? kadang-kadang aku berfikir..sanggupkah aku?


Hari ini apabila penilaian tugasan tahunan, aku mengerti bahawa aku mampu menerimanya. Ketua bahagian ku mempersembahkan semua yang berkaitan tugasan termasuk pelbagai kriteria yang perlu di nilainya. Termasuklah 2 perkara yang beliau komen tentang diriku sebagai penambahbaikkan kepada diriku. apakah?



  1. Mood aku terganggu bila sesuatu perkara aku tidak suka ianya berlaku;
  2. Aku sukar menerima sesuatu perkara jika ia tidak aku sukai atau aku tahu impaknya tetapi tidak nampak oleh orang lain implikasinya
Setelah aku mendengar dengan tenang, aku berfikir, mungkin juga itu ada padaku....aku positif bila orang berjaya mengesannnya dan mampu memberitahu aku.


Aku cuba untuk mengatasinya, cuma aku takut ianya dah jadi habit aku macam makan nasi takkan nak ubah makan daging je kot....

ahhhh aku cuba............