Blogger Backgrounds

Selasa, 4 Disember 2012

Melintasi Garis Roadblock JPJ


Badan beruniform ini merupakan musuh aku dijalanan, seperti kucing dan tikus dahulukala... maka samalah seperti aku di atas jalanraya. Mungkin ramai telah tahu bahawa aku seorang kaki modified kete tegar, specialise aku adalah bodypart, namun agak pelik kerana aku tidak berminat mengenai bab enjin.

Setelah menggunakan jentera tegar aku sejak di fully convert pada tahun 2008, akhirnya Rabu 28 Nov 2012 aku merentasi roadblok JPJ, itupun di sebabkan xsempat nak menggelak. Redah terpaksa. Namun agak pelik kerana aku tidak merasa apa2 ketakutan.

Tiba digarisan keramat, aku di tahan, pegawai bertugas terus memerhati muka depan jenteraku, kemudian dia beralih ke tempat pemandu sambil melihat ke arah papan pemuka jenteraku. Beliau meminta lesen. Dalam hati.... biasa nya jika perkara permintaan lesen berlaku, pegawai berkenaan akan menyuruh kereta diberhentikan ke tepi untuk TINDAKAN.

Beliau kembali melihat ke muka depan kereta serta melihat raodtax, rakan beliau berhampiran mencebik memanggil nama beliau, menandakan bahawa kereta aku memang dia berminat. Legaa akhirnya pegawai yang memegang lesen aku menyuruh aku jalan dan memulangkan lesen. Dengan pantas aku mengucapkan terima kasih 7 harkat panjangnya.

Legaaaaaa...pastu baru rasa darah kering.......tapi lepas alhamdulliah....