Blogger Backgrounds

Selasa, 3 Mei 2011

Yang pasti akan Pergi jua....

"salam mak saya meninggal pas isyak tadi" sender 01938854** sent 30 April 2011 01:54:57


aku tidak berkesempatan membaca sms itu tepat pada masa seperti yang dihantar, hanya jam 8.00pagi ke esokkan nya aku dapat membacanya. Yup memang sedih, segera aku bersiap-siap untuk pergi melawat keluarga rakan sekerjaku ini.


Dalam perjalanan aku meletakkan diriku di tempatnya, pehh memang cukup sedih kehilangan orang tersayang, serta merta segala kenangan bersama akan terungkap diminda. namun aku bersyukur aku masih lagi diberi kesempatan mempunyai ibu sehingga kini.


Namun sejuah mana aku menghargai dan menghayati waktu-waktu bersama, aku rasa terlalu sedikit, walaupun banyak masa telah aku curahkan untuk nya. Aku tidak mahu menyesali akan keterbatasan masa itu akan datang apabila ia telah tiada lagi. Aku berusaha memberi yang terbaik. Namun akibat kekangan-kekangan masa dan tugas membuatkan semua itu kadangkala amat terbatas. Mungkin itu lumrah hidup setiap manusia. Apabila dewasa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang semakin bertambah sama ada kepada diri dan juga keluarga.


aku berfikir, kadangkala aku pasrah cuma aku belum bersedia untuk menyesali di masa hadapan akibat kealpaan kini..