Blogger Backgrounds

Isnin, 11 Jun 2012

Mencari handset baru..actually baru merancang

Handset yang aku pkai sekarang, diam xdiam dah masuk 6 tahun pun, pasti korang belh agak hset aku kan macamana teknologinya kira-kira 6 tahun lalu tu. Untuk rekod aku seorang yang tak minat pada gadget, cukup sekadar aku boleh buat panggilan dan sms sahaja sudah mencukupi. Entahlah sifat aku ni aku pun tak tahu kenapa jadinya begitu berbanding dengan barang-barang kereta yang memang aku "up to date"

"ni DEFI bukan Dafi yea"

Memandang hset yang sudah berusia ini mungkin dah tua dan bateri mengalami masalah yang kritikal tahap ICU maka aku terpaksa di ulangi terpaksa mencari hset baru bagi memudahkan urusan komunikasi aku.
Terlanjur dah tukar biarlah moden sesuai dengan zaman kini.

"yang n katanya handset pintar. erk?"

Dalam kepala duk pk Nokia Lumia je cuma sekarang di peringat mencari info mengenai 4 modelnya yang ada di pasaran.Entahlah bukan nak 'up to date' sangat tapi sekadar memikirkan kemodenan sekarang untuk aku pkai sampai reput maybe 6 tahun lagi baru tukar hset jika tiada sebarang masalah dengan model yang dipilih kelak.

Haahaha itu lah aku.