Blogger Backgrounds

Rabu, 28 November 2012

Selamat Hari Lahir



Aku tersenyum, ya aku tersenyum… …..selebar senyuman itu, maka selebar itu juga layangan fikiranku mengamit kenangan..nampak seketika tapi penuh makna.

Selamat Hari jadi buatnya, seperti tahun-tahun sebelum, aku tidak pernah ketinggalan mengucapkan ucapan keramat bagi setiap manusia sekali dalam masa setahun. Ikhlas untuknya, ikhlas untuk orang yang pernah aku senangi..Tapi bukan mimpi , ia reality, tapi reality lalu. Aku tidak kisah jika aku orang ke 100 mengucapkannya, namun keikhlasan itu lebih penting sebagai tanda ingatan abadi…..Ah tak usahlah bicara kisah lalu di hari keramatnya ini.

Emmm apa agaknya harapannya dia di sana? Kehidupan? Keluarga? Diri? Kerjaya? Mungkin kehidupan telah mula kompleks bagi seorang ibu, peranan dan impian juga telah berubah. Tidak mengapa, semoga dia tahu apa yang difikirkan dan tahu apa yang perlu dilakukan. Cuma aku berharap memikirkan diri sendiri juga perlu dalam meniti peningkatan usia.

Secara serius lama benar aku tidak mendengar perkhabaran darinya, harapan biarlah dia berbahagia dengan dunianya. Aku hanya menumpang kesenangan mata dari kebahagian, cukup untuk mempositifkan diri.

Izinkan aku bahagia dengan kenangan bersamamu. Harapan aku pada tarikh keramatnya kali ini adalah bahagiakan diri sendiri supaya insan yang tersayang denganmu juga mampu merasai kebahagian itu.

Bagi sesiapa yang mengenaliku, ini sekadar luahan aku mengingati hari lahir insan yang mempunyai kenangan denganku tidak lebih dari itu. Aku manusia biasa berhak untuk mengingati sesuatu jika ia memberi rasa bahagia kepadaku. Kenangan hanya kenangan dan tak mungkin kembali menjadi realiti…Aku sayang kamu………..


Dunia ini masih jauh,
Namun tidak sejauh langkah kakimu
Dalam keterbatasan itu,
Cubalah mencari kebebasan
Kerana sesuatu yang bahagia tidak dinilai melalui apa yang mampu difikirkan
tetapi bergantung kepada cara kita membahagiakan sesuatu
Semoga bergembira di hari lahirmu

Selamat Hari Lahir…….