Blogger Backgrounds

Rabu, 16 September 2015

Bercuti ke Kedah : Alor Setar dan Sungai Petani

Diam tak diam lama dah jugak aku start bercuti-cuti malaysia ni. Dalam tidak sedar perjalanan masa itu, aku tiba ke Bandar terakhir bagi percutian semenanjung Malaysia ini. Bila di ingat-ingat kembali aku pernah ke:

Temerloh-Kuala Terengganu-Kota Bharu-Johor Bahru-Kota Tinggi-Melaka-Ipoh-Taiping-Kangar-Percutian tiga sempadan-Seri Menanti-Kuala Selangor-Morib
Empat tanah tinggi-Cameron Highland, Bukit Frazer, Bukit Tinggi dan Genting Highland.
Tiga pulau –Langkawi, Pangkor dan Tioman

Itu serba sedikit lokasi yang aku masih ingat, sama ada sempat aku catatkan jadual perjalanan dan lokasi-lokasi yang aku telah pergi bagi dikongsi bersama atau tidak, korang carilah dalam blog aku ini.

Yea kali ini aku hennak ceritakan sedikit catatan perjalanan aku bercuti ke Alor Setar dan Sungai Petani bagi mod 3 hari 2 malam. Kos yang aku habiskan RM600 sahaja termasuk penginapan, minyak, makan minum xhenti2 serta cenderhati kenangan pembuktian pernah sampai di lokasi berkenaan.

Hari Pertama Alor Setar
Dalam survey lokasi menarik di google, tidak banyak tempat menarik di Alor Setar yang dimaklumkan atau mungkin tiada orang yang review apa yang sebenarnya ada di Bandar ini. (kecian aku…..) aku harap entri aku ini dapat memberi info kepada sesiapa yang hendak bercuti di Alor Setar dari perpekstif orang luar ini yang datang melancong ke sana.

      Muzium Padi
Lokasi pertama aku pergi pas keluar highway exit Sungai Petani utara, jarak anatara exit tol dengan muzium padi ni hanya lebih kurang 12km je. Muzium padi ini kalu di fikir sebelum pergi macam tak penting je, yelah muzium kan, generasi sekarang agak keberatan untuk pergi. Untuk review ini aku suggest tempat yang wajib di lawati sebagai teaser untuk negeri Kedah..chewahhhh cam film plak. Dengan bayaran RM5 seorang ok lah kot untuk pergi tempat yang mungkin sekali dalam kehidupan ini korang pergi. Aku teruja dengan mural lukisan dinding yang mempunyai platform berputar untuk 20 minit bagi setiap pusingan bagi melihat panorama lukisan mural berdasarkan seolah2 ko duduk tempat tinggi dan tgk sekitar kawasan di mana letaknya muzium padi ini. Beza kalu korang duduk menara KL dapat tngok pemandangan ‘live” KL…tp yang ni duduk dan tgk panorama melalui lukisan yang menarik.

2.       Gunung Keriang
Aku cuba untuk melihat lebih dekat gunung ini jika ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, namun hampa. Ada terpandang platform tinggi yg disediakan tetapi tiada apapun tanda yang memaklumkan sama ada telah beroperasi atau belum.

3.       Istana Anak Bukit
Aku tahu bahawa istana ini boleh dimasukki dengan menulis surat permohonan dan mendapat kebenaran sahaja. Maka bagi melunaskan untuk ‘snap picture’ bahawa aku pernah sampai, jadi aku ‘snap pic’ di depan istana ini sahaja. “BUKTI” dah tiba. Nak masuk memang ler tak dapatkan.

4.       Menara Alor Setar
Apabila bertanya kepada orang kedah, memang kebanyakkan mereka tidak pernah naik menara ini. Tapi bagi aku yang bukan orang kedah amat teruja untuk menaiki nya. Orang kata tak best, tapi pelik yang berkata tu sendiri pun tak pernah naik…jadi bagaimana mereka kata tidak best. Dengan bayaran rm9 bagi dewasa. Aku Berjaya naik ke atas, ketar jugak lutut sebab lift yang membawa aku naik ni jenis cermin dan boleh pandang ke luar. Aiyakkkk gayat plak tapi still control jiwa kelakian. Apa yang aku boleh katakan ia merupakan pengalaman bagi aku untuk melihat bandar Alor Setar dari jarak ketinggian 165 meter. aktiviti kat atas ni hanya melihat pemandangan 360 darjah tanpa batasan jika cuaca cantik.

5.       Rumah Tun Mahadir
Aku memang teruja untuk datang ke Rumah Tun ni, mengimbau kenangan zaman duk kampong umah kayu. Kawasan rumah ini didirikan mini kompleks bagi memberi info dan profail berkaitan Tun mahadir. Aku cadangan wajib melawat semua rumah yang didirikan dalam kompleks ini. Masuk kat sini adalah percuma. Lokasi rumah ini adalah di no 18 jalan kilang ais. korang tembak je lah guna GPS mesti tiba..aku nak terangkan bagaimana ke sini pun GPS aku yg tolong aku sampai..Tapi serius tercarik-carik gak mana kilang ais nya? Sekurang-kurangnya adalah tapak kilang ais, tp mungkin xde kaitan kot sekadar nama jalan sahaja.

6.       Kota Kuala Kedah
Aku suggest pergi ke lokasi ini pada waktu petang sekitar jam 5. Lokasi ini dekat je dengan kawasan jeti nak pergi ke Langkawi jika melalui Kuala Kedah. Ada kawasan kompleks sejarah kota kuala kedah dalam kawasan ini dan berhampiran dengan kuala kedah sendiri ini, jadi boleh layan pemandangan kawasan kuala sungai kuala di petang hari. Syokkk layan sepoi sepoi angin di sini sambil duduk di atas tembok batu kota itu sendiri. Apa yang aku tak berapa cantik kat sini sebab ramai orang yang dating agak menganggu bagi aku yang nak bersantai-santai.

7.       Uptown Menara Alor Setar
Pada sebelah malam hajat di hati aku nak pergi tengok macamana kah suasana sebenar Uptown di Alor Setar ini yang aku dapat info signboard di sini  bahawa terletak di menara Alor Setar, aku sampai jam 8.30 malam . Suasana di kawasan menara cuma sibuk dengan peniaga sewaan kereta control dan sedikit makanan, tapi uptown yang aku jumpa cuma 2 khemah sahaja. Apakah yang berlaku? Berhampiran menara juga ada geng kereta yang layan audio, maka aku duduk di situ melayan audio mereka sahaja, sehingga aku nak pergi makan dalam jam 10 malam masih tiada lagi uptown yang di perkatakan. Bandar Alor Setar tidaklah sesesak mana di malam hari, just nice to layan embun sambil layan audio di menara Alor Setar (ok lah kot dari gi club kan)



Penginapan : Inap Pulai Sentosa Alor Setar
Bagi percutian ke Alor Setar ini aku menginap 2 hari 1 malam di Inap Pulai Sentosa alamat camni:

Inap Pulai Sentosa
No.1, Lot 867, Kampung Hutan Pulai,
Jalan Langgar 05460 Alor Setar Kedah.
H/P :  012-555 9689

Aku cari penginapan ni melalui searching di google, ada FB bagi penginapan ini adalah yang terbaik jauh dari kesesakan dan kebisingan bandar (pada mulanya anggapan). Rm 88 bagi sebuah chalet yang serba lengkap dan aku suka sebab di tepi sawah. Ada lebih kurang 10 chalet sahaja. Cuma malam ada gangguan sedikit, sebab salah 1 chalet aku di fahamkan ada penyewa secara bulanan yang apabila malam hari mengajak raakan-rakannya melepak serta membuat bising. Kalau tiada gangguan ini, chalet ini memang TERBAIK. Jarak dengan Bandar Alor Setar hanya dalam +-7km sahaja. Still relevan untuk pergerakkan.


 Banner...

 hadapan chalet

 Pintu masuk

 Gazebo mini

 Pintu belakang chalet

 pintu belakang (pandangan dari luar)

 Bilik

 ada kabinet dgn tandas

 order tambahan

 Harga mengikut masa/musim

 Pintu hadapan (pandangan dari luar)

 Pemandangan belakang chalet

 Pemandangan belakang chalet


Hari kedua Sungai Petani
selepas sarapan pagi berdekatan dengan chalet. Aku berehat dulu di chalet sebelum menunggu waktu check out. Jam 12tghari aku meneruskan perjalanan ke destinasi percutian ke-2 aku iaitu Sungai Petani untuk ke sungai petani aku hanya mengikut jalan dalam (tidak highway) sebab aku nak singgah di tempat-tempat yang aku telah kenalpasti.

Disebabkan Alor Setar tidak banyak tempat untuk dilawati, maka sungai petani menjadi Bandar sokongan bagi merealisasikan percutian aku menjadi 3 hari 2 malam ini. Nampak gaya Sungai Petani lebih ‘alive’ dari Alor Setar. Untuk makluman catatan perjalanan aku ini berdasarkan laluan menurun dari Alor setar ke Sungai Petani mengikut jalan biasa bukan lebuhraya. Dan catatan lokasi aku pergi berdasarkan mana sampai dulu semasa dalam perjalanan. Sebab aku check in di Sungai Petani.

      Pulau Bunting
Lokasi pertama yang aku singgah adalah pulau bunting. Secara seriusnya aku tidak pernah tahu bahawa di sini ada pulau yang mempunyai sambungan jambatan dari tanah besar. Puas survey sebelum pergi namun tidak di nyatakan apa-apa berkenaan sejarah pulau ini dan lebih mengejutkan jambatan yang dibina hampir 90% siap tidak di siapkan sepenuhnya. Aku tak berani untuk memandu hingga ke bahagian hujung jambatan yang belum siap berkenaan atas faktor memikirkan risiko. Tapi apa yang aku sempat Tanya pada orang yang ada di jambatan berkenaan , di situ hanya dijadikan lokasi memancing bagi penduduk setempat.

 laluan nak masuk ke jambatan

ada berani memandu ke hadapan?

2.       Gunung Jerai
Hello Gunung Jerai! Sejak dahulu lagi aku memang mengimpikan untuk ke lokasi ini. Sebab apa? Yea lagu cinta pantai merdeka dari kumpulan Tropika. Dan misi utama aku ke sini juga adalah untuk menjejak sendiri perasaan dan penghayatan bait-bait lirik di dalam lagu berkenaan. Gunung Jerai ini kalu nak pergi dibenarkan membawa kereta sampai ke Resort atas nun. Kalau sapa pernah gi Bukit Frazer, perjalanan naik camtulah gayanya. Tiba kat atas adalah skit suasana nyaman, kat sini ada resort, tapi bagi kelas orang macam aku ni xmampulah dengan rate yang di tawarkan. Tapi kalu nak honeymoon ok, sebab tak payah pergi mana-mana cuma layan pemandangan sahaja (coz leceh nak turun kalu memalam lagi seram nak turun)

3.       Pantai Murni
Kawasan ni kecik je, tempat santai skala kecil untuk orang setempat bersantai. Aku xpasti kekuatan pantai ini jika ada majlis-majlis tertentu atau ada apa-apa keistimewaan yang terselindung. Aku hanya berhenti sekejap je tu pun sempat beli rojak. (mahal lah weiii)

4.       Tanjung Dawai
Meneruskan perjalanan selepas pantai murni adalah destinasi spot “tanjung dawai” aku tiba kat sini skitar jam 4 petang. Sesak jugak kawasan ini di waktu petang, dari apa yang aku nampak kat sini lebih kepada perkampungan nelayan. Dari Tanjung Dawai ini kita boleh Nampak di seberang adalah Pantai Merdeka. Secara jujur kawasan Tanjung Dawai adalah sama sahaja macam perkampungan nelayan yang lain. Tiada apa yang menarik tapi aura “lagu pantai merdeka” membuatkan aku teruja dan penuh makna aku berada di sini.

5.       Lembah Bujang
Dalam perjalanan ke Bandar Sungai Petani, kita akan melalui kawasan lembah bujang yang mempunyai tapak arkeologi, namun aku melalui kawasan ini sekitar jam 7 petang dan adalah berisiko untuk pergi ke tempat semacam ini ketika lewat maghrib (aku harap korang faham)

6.       Pulau Sayak
Setelah tiba di Sungai Petani dan oleh kerana telah hampir gelap, aku mengambil keputusan untuk register hotel terlebih dahulu (hanya register, tapi xmasuk lagi). Terus dalam kegelapan malam menggunakan kuasa GPS aku mencari ‘Mee Usop Pulau Sayak’. Kenapa beriya sangat untuk pergi? Sebab review di internet banyak sangat mengatakan kesedapan mee udang di sini. Kat kawasan Pulau Sayak ni (nama je pulau tapi kawasan pantai je pun) banyak gerai mee udang. Tapi aku focus pada Usop Mee Udang sahaja. Berbaloi bila jumpa (seram gak masuk kampong yang gelap dalam proses mencari ni) Betul-betul tepi pantai, tapi sebab tiba dah malam, maka aku hanya dengar bunyi pantai jelah tanpa pemandangan. Mee udang kat sini ada beberapa level rege, aku amik yang rm9.00. Pehhh terbaikkkk rasanya. Untuk rekod aku pernah rasa mee udang mak jah kuala sepetang, bagi aku kat Pulau Sayak ni lagi the best rasanya, berbaloi-baloi..Mesti cuba jika datang lagi. Kalu nak datang better pergi sebelah petang sebab bolehlah layan pemandangan pantai.



Kembali ke Hotel, selesai hari kedua.

Pantai Merdeka Hari ketiga

1.       Pantai Merdeka
Pagi selepas check out, aku kembali ke jalan Pulau Sayak yang aku redah semalam untuk ke pantai merdeka yang terletak di area-area Pulau Sayak tu je. Pantai merdeka menjadi pelengkap percutian aku. Pantai ni sama je macam pantai lain, apa yang aku nak sama kan sedikit mungkin macam Pantai Morib. Lama jugak aku melepak kat sini sambil layan ABC memandang dari kejuahan tanjung dawai yang aku pergi petang semalam. Kalau nak boleh je naik bot ke Tanjung Dawai tu sebab dia saling berhubung bagi jalan laut antara jetinya. Dalam perjalanan pulang aku singgah di Kuala Muda (mmg otw balik dr pantai merdeka ni) ke monument tsunami. So korang boleh lah tgk monument dan beberapa rumah tinggalan kesan dari hentaman ombak tsunami tersebut di pagar bagi memberi gambaran kehebatan kesan dasyat tersebut.
yang kekaburan tu, mungkin gunung jerai...ujung tu tanjung dawai...

monumen tsunami

Penginapan: D’Vista Hotel Sungai Petani
Untuk penginapan di sungai petani aku memilih hotel ini, sebab? Dgn rm90 aku dapat bfast sekali. Menang pada value kan. Hotel ni terletak betul-betul tepi jalan, bilik ada harga rm80 tapi xde tingkap. Aku pilih rm90 sebab nak tingkap, xde tingkap aku rasa lemas plak. Oleh kerana di tepi jalan, masih kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang. Tapi disebabkan aku terlalu penat dengan cuaca yang panas membuatkan aku tersadai tido tanpa sedar hahahahhaha. Lebih mengejutkan hotel yang mempunyai lebih 70 bilik ini dipunyai oleh orang melayu. Kagum aku.
 kawasan parking tepi hotel

 kawasan parking belakang hotel

 sisi hotel

hadapan hotel

Maka setelah ke lokasi terakhir, tamatlah percutian aku ke Alor Setar dan Sungai Petani untuk mod 3 hari 2 malam. Sungguhpun tak ramai yang ingin bercuti ditempat aku pergi ini. Tapi aku tetap percaya pada pengalaman dan aku telah lalui.

Next bercuti ke mana pula? Macam ada bau kapal lah plak….huhuhu cruise tungguuuuuuuuuuuu…..

pon pon....cer korang survey pakej...mampu naik....xlah mahal pun

3 Komen:

zuraidi ali berkata...

terbaik tuan, info berguna

Ibu Yeshy berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-

zedy zedy berkata...

Assalamualaikum.Ada beberapa maklumat yg ingin saya kongsikan.Iphone di Alor Star ada dua tempat iaitu berdekatan Menara dan Di perkarangan Stadium Darulaman.Uptown diperkarangan Stadium lebih banyak gerai.Bangunan Kilang ais berdekatan Rumah Kelahiran Tun M masih wujud dan mungkin pelawat tak perasan.Tu yg ada paip besi warna hijau tu.Jambatan Pulau Bunting Selamat kalau nak memandu sampai ke Pulau.Cuma tak digalakkan sebab nanti boleh sebabkan kemalangan kerana ramai yg memancing dihujung jambatan dan boleh menyebabkan kesesakan kalau ramai yg bawa kereta kesitu dan akhir sekali berkenaan Mee Udang Pulau Dayak tu,Ya ia terletak di Kampung Pulau Sayak .Pulau Sayak pula memang sebuah Pulau berdekatan Kampung tu.Kalau anda pergi siang hari akan nampak Pulau tu yg memang sangat hampir dgn kampung Pulau Dayak.Sekian wassalam.