Blogger Backgrounds

Rabu, 26 November 2014

Diari 26 November

Dalam kedinginan malam semalam, ketika sedang nak muntah menelusuri research, tiba-tiba aku teringin melihat gambar-gambar lama di dalam simpananku. Aku tertarik dengan kenangan 2007. 212 susunan gambaran terindah semuanya sepanjang kenangan itu. Emm apa nak aku gambarkan melalui kata-kata yea? Aku hanya mampu senyum di hati ada juga perasaan sedih.

Ahh mengapa aku begini....mengapa terlalu beremosi sedangkan aku telah melangkah perjalanan hampir 7 tahun dari destinasi lalu. Yea aku tidak dapat nafikan sebab aku manusia, jika robot mahu sahaja aku telah delete memori itu atau mungkin software itu sudah corrupt. Namun aku hanya manusia yang dikurniakan otak bukan hard disk tetapi urat kekal hidup sehingga kematian yang tiada nyawa lagi.

Merenung gambar-gambar itu membuatkan aku terfikir scene-scene yang ianya baru sahaja berlaku semalam. Terasa kehangatan bahang badanmu, hembusan nafasmu, gelak ketawamu, suaramu,  renungan matamu, senyuman manismu masih baru sahaja meresap ke jiwa ini. Terasa seperti aku ingin sahaja melewati lokasi-lokasi itu bagi mendapatkan segunung memori dan ulitan kenangan kembali, namun jika ia terjadi pun, mana mungkin kenangan lalu menjadi reality walaupun berada di tempat yang sama sedangkan kamu entah di mana.

Usah bermimpi, kenapa berkhayal di reality hari ini tentang kenangan lalu, kenangan dan reality tidak mungkin berlaku dalam ketentuan masa yang sama, dunia di hadapan telah lama aku telusuri tapi mengapa semakin jauh aku pergi kenangan itu seakan baru sahaja pergi. Dunia kita telah berbeza dunia lampau tidak sama lagi dengan dunia hari ini. Aku yakin dirimu telah jauh lebih indah dari apa yang aku miliki kini, namun tidak pula bermaksud aku tidak bersyukur dengan kurniaanNYA.

Aku masih mencari aras kejayaan yang mahu dikejar oleh semua manusia, apakah hari esok ada sesuatu yang pasti buatku sepertimu. Jika kekayaan yang aku cari adakah aku temui bahagia di situ? Jika segengam ilmu yang aku cari adakah janji kebahagian ada di situ? Kini aku lebih percaya kasih sayang dan ketenangan adalah segalanya di dalam kehidupan yang bahagia. Hidup sendirian dalam dunia sendiri banyak memberi erti kebahagian namun apakah aku dapat belajar kesemuanya?

Buatmu izinkan aku sekadar mengingati kenangan itu yang mampu memberi kebahagian dan seraut kasih sayang dari apa yang kamu tinggalkan kepadaku.Izinkan aku juga…..

Meminjam riak senyummu untuk hati ini
meminjam ayu matamu untuk pandangan ini
meminjam raut ayumu untuk ketenangan ini

Selamat Hari Lahir Sayangku

banyak nyer lilin..............