Blogger Backgrounds

Selasa, 12 November 2013

Adakah CINta atau SAyang aTau ???




Bila masa kita suka seseorang? Maksud aku bagi jantina berlainan lah, kalu yang sama jantina tu aku rasa pun sama gak kot…maaf aku bukan gay. Aku nak cerita ni perspektif lelaki suka wanita yea….
Kenapa kita suka dan tertarik dengan seseorang itu? Wajah? Perilaku?Bodykit?? erk dah macam kete plak aku bandingkan..maaf..maaf…Memandangkan blog aku ini bukan blog ilmiah maka apa sahaja yang aku fikirkan akan keluar, terpulang menilai.

Aku…yea aku…aku melihat dan tertarik dengan wanita itu bermula dengan perilakunya, baru jatuh ke wajah..erk sebenarnya yang kedua mungkin bodykitnya….hehehhehe…di samping apa yang Islam telah cadangkan.

Aku suka bertanya dan berbicara dengan siapa sahaja yang aku jumpa, tidak kiralah di bus stand, di kedai makan, atau apa sahaja lokasi yang memungkinkan aku bertemu orang, sejak akhir-akhir ini aku telah mula 
kerap membuat orang lain gembira dengan percakapan aku, yea mereka tersenyum, mungkin mereka gembira…tetapi adakah suka? Itu terpulang kepada mereka. Aku suka berkongsi rasa dan kegembiraan serta yang paling utama pengalaman.

Baru-baru ini aku ada ke kedai pakaian, ada seorang sales girl melayan aku dengan baik, entahlah antara aku terperasaan atau aku yang membuatkan dia tertarik dengan aku dalam perbualan menyebabkan dia berbicara pasal ex boyfriendnya. Gara-gara exboyfriend nyer bekerja di bawah institusi yang sama denganku. Mungkin dia mencintainya? mungkin dia juga menyanyanginya....

 Perlu di ingat wanita tidak boleh berkongsi rasa dengan lelaki yang tidak dikenalinya, kerana akan wujud second contact apabila lelaki itu mula mengambil berat. Maka secara tidak langsung bermula putik-putik suka-cinta-sayang. Dalam perbualan itu aku banyak mengatakan kepadanya bahaya itu adalah pengalaman dan dia patut hargainya supaya ia tidak jatuh di dalam lubang yang sama. JIKA aku ingin mengambil kesempatan, aku boleh saya membawa kepada langkah seterusnya bukan? Jom keluar kita bicara lagi? Bagaimana? Aku rasa zaman itu telah berlalu, aku sudah semakin tua, biarlah itu berlalu. Tetapi yang paling penting aku banyak buat dia tersenyum. Aku berlalu………..

Bila masa cinta dan sayang? Sebenarnya aku mula terperasan bahawa kedua-dua word ini berbeza. Perasaan ini akan mula terasa apabila kita kehilangan orang yang kita cinta dan sayang. Di situ baru kita kenal apa itu erti sayang dan cinta. Kita tidak akan benar-benar merasakannnya atau kita tidak ambil endah dengan ke 2 perkataan ini, sebab apa yang kita miliki ada di hadapan mata.

Aku kerap berfikiran bahawa apa yang aku ada ini amat bermakna, aku sering memejamkan mata menipu otakku bahawa aku telah kehilangan apa yang aku ada, serta merta perasaan sayang dan cinta akan muncul.begitulah cara ku untuk tidak melupai sayang dan cinta. Mengambil masa seketika untuk merenung jauh dan berangan itu semua. Syukur semua ini masih di sisi.