Blogger Backgrounds

Khamis, 23 Jun 2011

Perlukah Senyap? Adakah perlu untuk lebih baik

Sendirian menyebabkan otak aku pantas berbicara, dari kata hati lahirnya bait-bait ayat yang ku cipta, aku bukan sasterawan tapi sekadar insan biasa yang menaip dari hati untuk di fahami bagi yang mengerti. Ungkapan yang boleh difahami dengan seribu erti….


Banyak Kata Selalu Terlahir
Apakah itu ungkapan benar
Atau itu ungkapan palsu
Mahupun ungkapan penyedap bicara

Dikala sunyi
Aku terfikir
Aku memahami
Fahami lebih mendalam

Ada ditemui, Ada Gagal ditemui

Haruskah terus berkata
Haruskah senyap sahaja
Mampukah itu di jadikan
Mengubah segala hakiki

Tidak salah beranjak
Tapi pastikah itu benar
Menjadi dari apa yang tiada
Menjadi seperti yang tersedia

Untuk apa, Harus bagaimana

Terpulang kepada diri
Aku cuba
Aku berusaha
Tekad perlahan-lahan mencipta

Untuk diri
Dan kepentingan diri
Serta untuk semua
Jangan Gentar

Hari ini dan esok mungkin berubah



Durian Tunggal
22 Jun 2011