Blogger Backgrounds

Khamis, 3 Mac 2011

Masih ingatkah Hutang?



PTPTN of course lah, utang pertama dalam diri aku aka menggunakan nama aku sendiri. Untuk rekod sebelum ini aku pernah berhutang untuk membeli motor semasa tingkatan 6. Tapi aku boneka je coz yang bayar bapak aku, begitu juga kereta bapak aku jugak bayar..hai apalah aku ni asyik bapak je. Tapi itu dulu di saat hendak memulakan hidup. Ditambah status aku ni memang senang ler nak itu dan ini. Bukan bangga tapi itu hakikat yang aku tempuhi.

Back to PTPTN, baru-baru ni..erk baru ke? Tawaran system ujrah telah diperkenalkan, aku pun xpasti ?? rasanya lama dah kerajaan suruh turunkan dari 3% ke 1% tu, Cuma apa yang aku faham pengurusan PTPTN ni ada something skit, jadi sejak dihighlight oleh tv3 akhir tahun lepas baru ler mereka tersedar, syukur tersedar sebelum xsedar2 selamanya.

Pening kepala aku duk kira, tapi akhirnya dengan menggunakan segala usaha dan kudrat dalam mengira, aku mendapat petunjuk positif, aku untung skit dalam 2k dari system lama. So aku akan menerima tawaran ujrah dari mereka. Cuma tak pasti mengenai ujrah tu secara tahunan atau bulanan dan apa kaitan dengan kos pentadbiran bulanan mereka tu? Dari pembacaan ujrah adalah 1% setahun, kos pentadbiran tu kalu sebelum ni by bulan 3% dari baki dihujung bulan. Gila kan 3% bulanan dulu2..mampuih..

Yang pasti kena sign agreement baru dengan no perjanjian baru bila bersetuju dengan ujrah. Apa yang dilihat system ujrah ini juga tak ubah macam memancing peminjam yang ingkar untuk muncul dan menyerah diri kerana bayaran wajib melalui potongan gaji..cari maklumat lah tu kan akibat kegagalan system mereka.Bleh plak diterima akal ni nape xlink dengan KWSP ke kan senang. Tapi aku yang potong gaji ni pun dia xde rekod..cisss….

Tgk camne esok aku cuba mendapatkan kepastian dari talian telefon hotline mereka yang sentiasa hot. Agak2 telefon esok dengan mendail setiap minit, maybe dalam bulan ke3 baru ada yang mengangat telefon tersebut.

Untuk pengetahuan aku telah membuat potongan gaji bagi utang PTPTN ni sejak 2006 lagi Cuma bayaran berdasarkan bayaran minima seperti perjajian terdahulu. Untuk rekod juga 3x aku hantar surat untuk potong melalui gaji lebih dari perjanjaian asal, haram tak di layan, kalu aku nak glamour bleh je tulis surat kat paper xpun nak glamour lagi terus ke TV3.