Blogger Backgrounds

Isnin, 30 September 2013

Review: KL-Gangster 2


Last Saturday, plan nak pi tgk KL-Gangter 2, kunun nyer first opening pada 3 Oktober, namun agak terkejut apabila melawat ke website pawagam, telah mual ditayangan awal, entah aku pun xpasti ‘preview’ katanya. So weekend pun macam free actually tak free pun sebab nak wat assignment. Jadi bila dah tau nk pi tengok cerita ni dalam 5.20 petang sabtu, so aku wat assignment awal tahap gila yang memang tertinggi giler…hehehhehe….

Back to story? What ur expectation dengan cerita melayu? Untuk rekod aku telah menonton film KL-gangster 1 di pawagam yea bukan astro first mahupun cetak rompak. Mereka yang berbicara awal tetapi hanya menonton melalui cetak rompak, sorry to said anda telah hilang deria rasa sebenar film ini dan xlayak memberi expektasi.

3.5 binatang dari 5 binatang untuk sebuah film melayu, aku rasa Syamsul Yusof telah berjaya melahirkan kelas gangster Malaysia. Syabas untuk film ini. Aku susah nak bagi rate bintang yang tinggi bagi film, bila sebuah film melayu mendapat rate 3.5 dari aku, itu menunjukkan film ini hebat.

Cerita ni penuh dengan aksi dari mula smpai akhir, cara syamsul mengemukakan KL gangster 1 dahulu yang sebenarnya kalau dilihat dari KL-gangster 2, fakta nombor adalah terbalik. Jadi? Syamsul bercerita B (KL gangster1) dahulu baru mengambil kisal awal A (KL Gangster 2).

Olahan cerita yang membuka persoalan yang ada di KL Gangster 1 di KL Gangster 2. Namun bagi sesiapa yang tak tengok KL gangster 1 pun bukanlah terlalu asing untuk memahami film ke2 ini. Tapi lagi best kalu dah tengok kan.

Film pasal orang jahat yang tidak memartabatkan kehebatan polis. Bukan aku membenci polis, tp genre di mesia ni skit-skit polis skit skit polis. Bosan. Jadi film ni tiada, ade pun polis pn kena tibai hehehehe.

Walaupun bahasa dalam film ni memang teruk, tp aku accept coz ni cerita orang jahat, xkan nak berpantun-pantun plak.

Cuma di cni aku rasa watak zizan dan sofi jikan perlu di komen, jika dibandingkan dengan KL gangster 1, di gangster 2 ni watak mereka terlalu banyak memainkan lengok bahasa, yea walaupun lawak tapi dah banyak sangat sebut, so jadi muak pulak mendengarnya. Patut dikurangkan sedikit, mungkin syamsul ingin memetik soal jenaka dalam meneutralkan keadaan yang terlampau banyak sgt dialog keras.

Ini komen aku berdasarkan hasil aku menonton di pawagam. Syabas. Jangan cerita dengan aku jika korang dah tengok cetak rompak.

Jumaat, 13 September 2013

Masih Aku Cinta



Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih adaJauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terlukaKau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

lagu ni dikatakan di cipta oleh Shila Hamzah untuk bekas kekasih hatinya Shanaz, malam tadi ketika balik kerja aku mendengar lagu ini di corong radio, bukan tak pernah dengar cuma suasana malam yang damai menyebabkan lagu ini benar-benar menusuk kalbu untuk di fahami, ahh teringat pula, jangalah begitu. kisah itu sudah lama, di depan ini adalah reality.


Rabu, 11 September 2013

Study Bermula Lagi


Setelah berehat panjang kunun nyer cuti sem, maka pada tanggal 7 Sept bermulalah kembali kelas aku. Macam2 rasa seminggu dua sebelum kelas. Maklumlah dah lama buat lemak dan secara automatic menjadi pemalas..moo moo gitu bunyinya sambil mengunyah rumput..

Redah mesti redah, maka tamatlah kelas pertama, tinggal 4 kelas lagi. Nampak cam skit je kan, oleh kerana semangat moo moo yang tinggi segalanya menjadi lemah.

2 dari 3 lecturer yang mengajar pernah mengajar aku masa digree dulu, alhamdulliah aku mudah dan senang faham dengan lecture mereka.

Khamis, 5 September 2013

Minyak naik 20sen...




kejadian ni berlaku di Shell Durian Tunggal Melaka pada malam 2 September 2013 kira-kira jam 8.30mlm.
Aku melalui kawasan ini malam tu, memang agak gamat kawasan ni masa kejadian, mana orang berkumpul, mana org masuk nak isi minyak, yelah kete yang tak tahu masuk ler untuk isi minyak termasuk aku, hehehehe sekali org stesen minyak cakap, semua pump tutup, Tanya nape? dia kata dah langgar 1 pump jd lain terpaksa di tutup. Jadi apakah sebenarnya berlaku di cni pada waktu itu?
ada 2 versi yang kuat di dengar di cni

1. Dah beratur lama, tetiba masa nak isi stesen kata minyak abis
2. Stesen sengaja xmo jual minyak

Tapi versi dua amat kuat bertiup. Walau apapun semua stesen minyak malam tu memang sesak.
dek gara-gara sikap berdolak dalik pihak pemimpin dan sesiapa yang terlibat yang berdolak dalik berkenaan kenaikan itu.

Maklum ler awal2, takde salah nyer, jadi bila maklumkan last minit, inilah jadi nyer.

Selasa, 3 September 2013

Pengalaman bercuti ke Pulau Tioman



30 Ogos – 1 Sept yang lepas seperti di rancang aku telah menjejak kan kaki ke Pulau Tioman. Tahun lepas lagi selepas Pulau Pangkor memang dah plan nak pi Pulau Tioman ni.

Persiapan


 Point-point feri berhenti di Jeti tioman

Persiapan awal macam biasa aku wat study di internet, yelah sebelum ni aku dah update apa yang aku wat sebelum percutian ini bermula. Baca blog pengalaman orang lain, tempahan penginapan dan juga tintatif perjalanan. Mode percutian aku macam biasalah 3 hari 2 malam.

Hari 1 

RM35 sehala

Perjalanan ke Mersing agak lancar, semua persiapan dah buat kecuali tiket feri, aku dapat tahu bahawa feri di sini berlainan dari feri Langkawi dan Pangkor yang mengikut masa perjalanan yang ditetapkan. Di sini masa perjalanan feri dikatakan dipegaruhi dengan air pasang surut. So tak fix. Ditambah pula dengan website feri yang lemah dengan informasi. Kira-kira perkara ini menghantui aku sepanjang perjalanan. Kalau feri penuh, masak aku, sebab tempahan penginapan dah di buat di Pulau. Tiba di jeti terus ke kaunter dan terus beli tiket, yang ada jam 9 pagi dan 4 petang, tapi jam 4 petang dah penuh, so 9 pagi kira relevan terus amik pergi balik, tapi untuk balik 1 sept hanya tinggal feri jam 6.30 pagi….haaa? peh apa cerita percutian 3 hari 2 malam sudah jadi 2 hari 2 malam…hehehehehe jadi terpaksa dari tak balik kan. Aku nasihatkan sesiapa yang nak pergi kena alert juga masa feri ni , di samping beli tiket pergi balik di jeti mersing tu. Kalu ada kengkawan kat Mersing mintaklah diaorang belikan dulu senang selamat masa dari terperangkap di Pulau tu. Yelah kalu ko check out jam 12tgh tp tiket jam 6.30 petang, korang nak bersidai katne selama masa menunggu tu???


 Section A or B? gate berlepas

 Tempat menunggu sebelum berlepas di gate

 ni ler kaunter feri nyer

Perjalan feri di rasakan paling lama aku lalui, 2 jam…yea 2 jam,,,,peh memula semangat pastu ilang semangat…pastu semangat balik bila lihat pulau tu depan mata. Aku menginap di Salang Sayang Resort. Ok untuk feri dia akan bahagi section A pulau (3 jeti last)  dan section B pulau (3 jeti last), so ader 2 feri lah. Masa beli korang hanya cakap nk pi tioman, pastu amik boarding pas kat sebelah kaunter untuk bahagikan sama ada feri A atau B. tapi kalu xramai orang A dan B akan gabung dalam 1 feri je.



Oleh kerana salang perhentian last, maka berbuih2 tunggu nak tiba Jeti salang tu.
Setiba di jeti, amat teruja sebab bila tgok air cam tgk cermin, telus ke dasar, perghhh jernih giler….tioman u the best hehehehe.



Kat salang ni ade dalam 4 resort je. Aku pilih salang Sayang coz penginapan aku pilih atas bukit ngadap laut so view tinggi and best, kalu salang Indah resort ada yang penginapan atas air tapi xlah kawasan tinggi. 

 family room Salang Indah Resort

Semua penginapan kat cni mengadap laut ade gak yg lapisan ke belakang, so kalu nak datang make sure nak permandangan camne…better depan pantai kan? Heheheh aku nak view bukit lai best…baru rm130 semalam weekend. Ada yang depan pantai tp depan penginapan ruang jalan kaki, so mungkin bising orang lalu lalang kan.


 Kaunter Salang Sayang Resort




pemandangan dari depan bilik

Pas check in layan pemandangan. Petang ckit aku jalan2 dari point A salang tu ke point B menyelusuri chalet2 yang ada sambil layan photoshoot hehehehe






 Pondok Polis

 ni rasa nyer dalam rm80 semalam

Pastu survey Island tour…cari punyer cari kat cni ade 2 pakej je…..beza kuantiti lokasi je….A rm75 g 5 lokasi…B rm100 g 7 lokasi. Tapi dalam A dan B semua ade 3 @4 pakej snorkeling. Aku amik pakej rm75 je..walaupun aku xtau berenang jadi terpaksa nak tgk gak. Tapi ni tempah utk hari esok ler (ke2).
Pas tempah terus dia bagi set snorkeling termasuk jaket terapung tu. Bleh ah test dlu kat tepi pantai petang tu, so ni ler masa nak belajar sendiri snorkeling dgn membiasakan diri dgn jaket terapung tu.
Pas penat tenggelam timbul petang tu, terus balik bilik dan bersedia utk makan malam, hehehehe bawak meggi cup je, kunun nak jimat perbelanjaan yang akhirnya keluar gak pi minum2 kat Salang Indah restaurant. Rege? Emmm mahal ler ckit dalam 20% dari tanah besar. Tapi still ok kan.Untuk info kat cni ada dalam 5 gerai makan termasuk yang di punyai resort di cni, semua ala kampong je. Pasar mini ada 2.



Pas makan layan jalan2 di jeti photoshoot lagi sambil layan angin malam.

 Jeti Salang di Malam hari

Tamat hari pertama. Alamak terjaga jam 12 malam, bunga api berdentuman sambut MERDEKA…erk merdeka xperasan plak hehehehe…moh tido…

Hari 2

Uh awal bangun dengan semangat dalam jam 6.15 pagi, terdengar feri datang dalam jam 6.45 pagi terus keluar bilik tengok feri tu, yelah esok nak balik masa2 cmgini jgk lah kan. Cuaca terang awal ckit kt tioman coz dapat matahari awal, cam jepun plak.

 Feri sampai....

Pergi sarapan di Salang Indah restaurant lagi, order air je, nasi lemak rm1.50 beli kat makcik yang jual ni (satu-satu nya penjaja tepian kat cni)


 depan mini market ni ade jual nasik lemak dgn kuih2

Pas sarapan masa untuk snorkeling trip pilihan A yg ditempeh semalam. 1 bot dalam 12 orang. Memula tiba di jeti Taman Laut, air jernih sehingga Nampak ikan besar2, aku xsnorkeling pun hehehehe. 





Pas sejam di cni terus ke diestinasi no 2 iaitu Pulau Rengis, kata nyer bleh nmpk jerung dan penyu kalu nasib baik, kat cni cuba snorkeling tp xbleh nk apung badan hehehehe jd tgok je dr atas bot. air jernih Nampak semua cuma xdpt pusing pulau tu je lah, pulau kecik je pun.


 Tekek

Next to Pekan tekek , sejam masa di berikan untuk jalan-jalan di nadi utama pulau ni, kira cam pekan dia ler walaupun xbesar, kat cni ada bank, kedai bebas cukai (1 je pun), gerai makan byk, airport..so aku jalan2 ler selagi masa yang ade dan makan jgk.


 Bank Simpana Nasional je yg ada

 Cuba gak cari org jual ikan fresh tp xde, sebelum ni ade terbaca BLOG org yg kata dia beli ikan balik rsort suruh resort masak, so upah masak je ikan segar tu, mungkin bukan rezeki aku kot tu yg xjumpa. Pas sejam…erk sebenarnya 2 jam kat ctu….

Gi plak Monkey bay, xnmpk pun monyet nyer, sekali lg bleh snorkeling, katanyer ade Nemo kt cni, hahahhaa episode aku du katas bot je ler…….

Selesai balik semula ke jeti salang dgn gembira dan membalas dendam dengan bersnorkeling di pantai sahaja sehingga lewat petang.

Makan malam di Salang Indah Restaurant lagi tanpa ikan segar yg diharapkan….

Malam last sedih gak nak tinggalkan kedamaian Tioman ni sebab esok pagi2 dah kena out..errrr apa punyer feri daaa….




Hari 3



Erk hari ke 3 ke ni? Seawall jam 5.45pg dah bangun, sejuk weii…redah jgk…feri  6.30 pagi…ramai dah nunggu kat ctu, tapi feri tiba jam 7.15 pagi…cittt apa daaa…

Tiba jeti selepas 2 jam dgn perut keroncong coz xsarapan, tiba jeti terus cari souvenier dlu di sebelah jeti ade kedai2 tu…semua duk tulis TIOMAN…hehehe kat cni murah dari souvenier di Pulau nun…

Perut lapo xbfast terus makan tghari di Bandar mersing dengan harga yang amat berpatutan untuk ikan segar…nyum nyum..

Bertolak balik….hati puas dengan sedikit terkilan, hawat  feri ko awal sangat….hehehhehehe….