Blogger Backgrounds

Rabu, 21 Oktober 2015

Memasuki penjara Bandar Hilir Melaka

Bila sebut nak melawat penjara,

1.       mana mungkin boleh masuk kalu xde nk lawat sesapa kat dalam tu boleh dapat masuk kan
2.       tak ramai yang akan berfikir atau tercetus kehendak nak masuk melawat penjara..sebab apa? Memang xboleh lah kan kalu saje2 nak melawat.
3.       Tak mungkin…tak mungkin boleh…memang tak boleh lah…baik melawat zoo yang boleh masuk
Ok untuk rekod dengan bangga nya aku nak sebut kat sini yang aku dengan ini telah berjaya masuk 3 penjara kat malaysia ni. Mestilah aku bangga bukan semua orang tahu bahawa penjara boleh di masukki tanpa melakukan kesalahan yang dijatuhkan hukumannya oleh mahkamah.
1.       1998 : Penjara Pudu
2.       2005 : Penjara Johor Bahru
3.       2015 : Penjara Bandar Hilir

Apa persamaan penjara-penjara ini adalah ia telah di tutup untuk tahanan dan di buka kepada orang awam untuk masuk dan melawat apa yang ada di sebalik tembok batu dan tirai besi ini. Tak ramai tahu dan cuba ambil kesempatan untuk mengunjunginya. Ini kerana penjara-penjara ini hanya di buka untuk satu jangkamasa yang tertentu sahaja. Jadi bukan selamanya. Maka peluang itu adalah amat berharga untuk di ambil.

Berbalik kepada penjara Bandar hilir ia di buka sejak penghujung 2014 yang lalu, baru sekarang aku berkesemapatan untuk mengunjunginya (sebenarnya tak tahu pun sebelum ni). Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa.

Masa aku masuk kebetulan cuti sekolah dan pihak penjara mengadakan sedikit majlis dan menjemput Ameng spring sebagai pengkisahan pengalaman di dalam tirai besi ini. Amen ni merupakan penghuni penjara Kluang dan bakal di bebaskan pada bulan 6/2016.
Dapatlah sedikit aktiviti sampingan selain dari melawat sudut-sudut di dalam penjara ini. Sudut-sudut yang dipamerkan di bahagikan kepada beberapa segmen di dalam nya termasuk platform gantung. Penjara ini semasa operasi tidak melaksanakan hukuman gantung dan ia hanyalah pameran yang dibawa sahaja. Namun berdasarkan apa yang di beritahu oleh Sarjan Haji Rahmat yang amat friendly mengatakan bahawa ada perlaksanaan hukuman pada zaman british dulu.

Takpe aku dah pernah masuk bilik akhir dan tempat gantung sebenar di Penjara Pudu dulu…owesome kan….
Pada aku bagus melawat penjara ini dan bukan semua orang dapat memasukkinya tanpa melakukan kesalahan. Dream aku hope dapat melawat Penjara Taiping satu hari nanti kerana ini merupakan salah satu penjara tertua di Malaysia dan lebih penting kat sini ada tempat gantung. Entah bila lah kan. Ingat realiti bermula dengan impian.


















0 Komen: