Blogger Backgrounds

Isnin, 25 Jun 2018

Boring, satisfaction or fate to face off



Alhamdulillah berkesempatan juga aku untuk menulis, kalua dulu sentiasa ada idea ingin menulis, aku tidak nafikan aku sentiasa ada idea namun kesempatan untuk menulis amat terhad bagiku. Mungkin atas dasar faktor usia serta bertambahnya beban kerja yang dihadapi seiring dengan kematangan di organisasi ku.

Perkara sedemikian menyebabkan aku kerap merasa adakah aku telah memilih kerjaya yang sesuai sejak aku mula memulakan kerjaya ini 10 tahun lalu? aku tidak dapat pastikan. Aku kerap memikirkan saat-saat indah aku mula bekerja di bidang pendidikan dahulu. Oh ya bila di fikirkan mungkin masa tu terlalu muda dan sekadar dapat bekerja dalam bidang tersebut hanya sekadar 2 tahun.

Bagaimana jika ia mencecah masa yang sama seperti kini? mungkin juga rasa kini akan timbul jua. Aku kerap melihat klip-klip video motivasi yang menegatifkan aku terhadap kerjaya kini. Sudah lama tapi tiada keseronokkan? takkan nak bazir masa hidup yang singkat ini dengan membuat sesuatu yang kita mula bosan dan tidak suka?

Betul juga...ohh mungkin salah..siapa dapat buktikan akan datang? adakah berhenti sekarang dan memulakan kerjaya baru? cukup 10 tahun bosan lagi? adakah itu putaran hidup wajib?

0 Komen: