Blogger Backgrounds

Ahad, 19 November 2017

Bercuti Ke Krabi-Hatyai

Sebenarnya aku nak pergi ke Krabi ni sepatutnya tahun lepas (2016), namun di sebabkan kesibukan, keduitan serta ketidaksungguhan menyebabkan ianya tertangguh. Namun tepat-tepat setahun akhirnya aku berjaya pergi. Perancangan hampir 6 bulan rasanya, bermula dengan booking travel agencies, persiapan passport, duit nak berjimba-jimba (bersuka ria) dan lain-lain.

Macam biasa aku hendak ceritakan pengalaman sebelum pergi, semasa dan selepas. Untuk info aku ini seorang yang tak pernah naik katebang (kapal terbang), takut katanya, tapi pelik macamana takut kalau tak pernah naik lagi? Itu jangan tanya sebab aku pun tanya tapi aku tidak mampu jawap.

Untuk percutian 'ke Krabi ke kita' ni aku naik van jelah dari Bukit Kayu Hitam ha ha ha ha. Dari Selatan, aku bawak kereta sendiri, punyalah jauhnya dalam 5++km jugak lah. Takpe nampak bosan jika memandu semata-mata nak pergi parking kat Bukit Kayu Hitam tu. Jadi aku ceritakan semuanya untuk mengelak bosan dengan percutian.

Method percutian aku ni 1+1 sebab aku bercuti dalam 5 hari bekerja +weekend 2 hari =7 hari. 1+1 tu bermaksud 1 Thailand + 1 Malaysia.

Sebelum pergi

Booking travel agency dgn pakej yang nak follow, aku dapat RM299 untuk 3 hari 2 malam di Krabi. Perlu diingat sebelum pergi kenalah tengok peta dulu supaya korang tahu pergerakkan korang di negara berkenaan.

PETA

Peta supaya korang tau kedudukan korang kat peta

Pakej aku ni macam kat bawah ni:

PAKEJ





Selesai booking, meh wat passport pulak, sebulan sebelum pergi baru aku buat, konon-kononnya biar lewat sikit tarikh expired nanti. Yelah aku ni dulu dah buat passport sekali cop terus takde cop lagi sampai expired. Hahaha tengok wat passport mahal2 last2 cop sekali je dulu dulu.

Duit pulak aku tukar sehari sebelum pergi. Masa tukar nilai bath berbanding ringgit adalah dalam corak 100 bath= RM12.40. Dulu-dulu aku baca blog orang kata 100 bath buang 1 kosong belakang untuk banding dengan nilai Malaysia Ringgit iaitu 100 bath = RM10, sekarang hancur dah nilai ini. Update Mei 2017. Tukar tidak banyak sebab penginapan dengan pengangkutan dah di cover oleh pakej termasuk Island Hoping..so tukar duit untuk makan dengan nak beli souvenir je. Aku tukar RM400 je. Nasihat aku tukar dlm amount ini jelah, kalu ko tertukar banyak kang nak jual balik duit bath tu bila balik, takpun lebih worst korang abiskan duit tu. Jadi tukar 400 sedar diri sikit tidak shopping ala-ala esok tiada lagi.

Semasa

Ok aku ceritakan pengalaman bermula di parking Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Bagi aku orang luar rata-rata blog tidak nyatakan specifik bagaimana rupanya tempat parking ni. Aku cari punya cari pun tiada. Jadi aku lukiskan untuk lebih mengerti. Sebab aku ni tidak pernah pergi area itu jadi seribu blur duk gambarkan dari Selatan ni.


A: kedudukan imigresen Malaysia-
B: Komplek bebas cukai-
C: Imigresen Thai

 A

 B

C

Peta Parking di Duti Free Zone Bukit Kayu Hitam RM8 sehari

Selepas parking, van dah tunggu di parking so check in je dalam van dengan melapor diri pada pemandu van dengan menyebut nama korang, jgn sebut nama travel agency sebab kalau pergi 2 van sah-sah nama travel agency kecil-kecilan ni ada banyak runner. Paling penting ko sebut nama korang dengan nama siapa ko deal masa WhatsApp. Xpun mintak awal2 no van masa deal pakej. Van yang digunakan adalah van Thailand dan pemandu pun orang Thai, tp xpe diaorg reti cakap malay Kelantan.


Borang putih masa masuk imigresen thai akan cop, balik nanti bagi dia amik sebelum keluar border masa di imigeresen thai keluar

Borang putih perlu di isi, kalu ikut pakej ni dia akan bagi semasa sebelum van bergerak, borang putih ni perlu di selitkan di passport semasa nak cop by Imigresen Thailand, oh ya RM2 juga perlu /sila selit di dalam passport korang (update 2017) pasal apa? Korang google lah nape…dulu RM1 kata nyer.

Pas beratur nak cop passport korang berjalan masuk sempadan, sbb van drop korang sebelum sempadan dan dia tunggu dekat lepas sempadan (jalan kaki je) Danok menanti anda, boleh je amik gambar di area sempadan tiada halangan. Kalu nak tukar simkad boleh lah di sempadan ni Danok nama Bandar nyer. Aku pergi 3 hari 2 malam macam tidak perlu kot, kat hotel ada WiFi. Tapi sebelum pergi inform ler mak bapak, kekasih, kekasih gelap, kucing ko dsb sebab takut 3 hari korang tidak call diaorg, ingat korang hilang pulak, haru PDRM nak carik korang kan sedangkan korang bersuka ria di krabi.

Danok

Ok settle semua, time to move, maka sesuaikan lah diri korang dgn team dlm van tu yea. Memula malu-malu lagi selepas hentian pertama konfom korang dah mula mesra. Next station dalam tentative adalah Trang untuk berhenti makan tengahri. Aku nasihatkan korang jangan lah tido banyak sangat sebab kena hayati pemandangan semasa on the way ni. Serius walaupun perjalanan menjangkau 4++km tapi korang tidak rasa sebab ianya flexible, nak kencing pemandu berhenti, nak tengok tu tengok ni, pemandu berhenti je. Tapi kesannyer nanti jadual korang terganggu contoh aku masuk hotel lewat dalam jam 7 mlm…ha ha ha ha padan muka santai sangat lagi….

Trang Andaman Gateway

Sebelum tiba hotel, van akan berhenti untuk spot amik gambar “Trang Andaman Gateway” tapi tiada pun laut, lebih macam taman rekreasi je.  Berhenti just untuk amik gambar. Pastu teruskan perjalanan semula. Sebelum tiba hotel lagi singgah kat satu tempat cam R&R untuk membeli-beli aku lupa nama tempat tu tapi kt Trang lagi, katanya kat sini famous kek, nak bagitau di sini makan murah je, jangan takut tidak macam R&R PLUS kita ini harganya.

adakalanyer muat-muat sampan je, pastu bukan mendatar tp menurun ke bawah

Part paling best van akan berhenti di Gua Khaokob, pehh serius best, masuk dalam gua ni guna sampan dia dayung bawa masuk, menariknya dalam perjalanan keluar terpaksa menelusuri laluan sempit di dalam gua tu dengan sampan tu, kita tidak boleh duduk sebaliknya hanya baring dengan adventure di lorong sempit menjunam untuk keluar…itulah yg bestnya, ini serius tiada di Malaysia…pehhh batu dalam gua tu rasa sejengkal je dengan muka….

Ok akhirnya nak cerita bab penginapan, Pas check ini, pemandu akan beri masa untuk next aktiviti, oh ya waktu Thailand lewat sejam yea, sebaik masuk sempadan jam akan berkurang sejam pada paparan handset kalau connect internet lah.

Kat krabi tu banyak kedai makan, asalkan bertudung je oklah. Pemandu yang bawak jadi tiada masalah. Aku bayangkan Krabi ini macam deretan kedai kat Cenang Langkawi tu tapi pantai takdelah belakang kedai tu. Jap aku lukis peta lagi

yang bulat tu kawasan hotel,, tgk nak ke pantai Ao Nang camne..

Malam pertama, pemandu bawa ke tempat souvenir, 1 kedai je pun.. tapi banyak van-van pelancong yang berhenti. rakyat Malaysia je semua. Ok boleh beli baju di sini kalau nak, ada cop Krabi dalam 100 bath (rm12.80), bukti wei dah tiba…aku sambar baju sehelai dengan barang wajib “freeze magnet”

Selesai tempat tu, kita akan di bawa semula ke tempat penginapan.untuk rehat, tapi aku ambil kesempatan untuk jalan-jalan di sekitar depan hotel. Malam di sekitar hotel takdelah meriah sangat, seakan dah nak mati sahaja, sekejap sahaja jalan-jalan sudah masuk hotel semula, dah dalaam bilik ingat hendak tengok tv, sekali tv semua channel cakap Thailand, letak kepala atas bantal terus outtttt….


AYAM THAILAND berkokok,  meokkk meeokkk...


HARI KE2


Saat di nanti telah tiba, harini jadualnya pergi island hoping. Tau pebenda aktiviti ini, ia bermaksud menjelajah pulau ke pulau, selama ini kalau kita tengok gambar krabi mesti shoot batu setongkol setongkol dekat laut tu, so inilah kita akan pergi tengok dengan menaiki bot dan singgah mengikut pakej ada 4 buah pulau pergi : Railey Beach/Phranang Cave, Chicken Island, Poda Island dan Tup Island. Ada bayaran masuk ke Taman Negara iaitu Poda Island dengan Tup Island, pulau ni bersambung je masa air tak pasang or memang air dia cetek di antara pulau aku pun tak tau, tapi masa tu jalan kaki je di antara-antara pulau di aras air di paras betis je…., bayaran Taman Negara ini kita bayar sebelum naik bot. Pelik jugak masa tengah berjalan mengharungi air tu Renjer Taman Negara dia hendak tengok resit bayaran…uh mana ada ingat dah bayar kat bot settle…tapi dia tanya jelah. pastu berlalu pergi….secara peribadi island hoping ini tidaklah menarik sangat kecuali ghairah nak amik gambar update untuk facebook ha ha ha ha ha….biasa-biasa sahaja, air pun tidak berapa jernih sebab pulau ini aku kategorikan masih lagi dekat dengan pantai tanah besar. Kalau di ikutkan Tioman 10x ganda jernih airnya untuk snorkeling macam cermin, tapi Tioman jauh lah dari tanah besar….entahlah aku tak faham kenapa ramai orang kata krabi best, mungkin mentality kita kot, luar Negara tu semua best….bila di tanya pernah pergi Tioman semua berkata “apa klass Tioman” sungguh sedih aku berkata di dalam hati….

Ok island hoping ini mengambil masa dari jam 10 pagi hingga dalam lebih kurang 4 petang, makan tengahari disediakan bersama pakej oleh pengusaha bot (nasi bungkus…halal kot tengok masing2 bedal je) sedap gak layan suasana di pulau.

Selesai island hoping balik semula ke hotel, malam makan dan terus ke Night Market Krabi, nama sahaja Krabi tapi jauh dari pantai yea….



Apa expektasi aku terhadap night market ni???? Meleset ianya macam uptown je, alah pasar malam macam di Malaysia. Tapi Danau Kota 10x ganda lagi best. Manakan tidak kat Krabi ini tengah-tengah ko menyusuri khemah-khemah pasar malam tu boleh pulak ada jual babi sup….pehhh sumpah seumur hidup aku tak pernah kena cmgini….lain-lain barangan sama je, cenderamata, baju, jean…Cuma aku sempat beli batik Thailand untuk dibawa balik sebagai souvenir untuk mak aku.

Tidak sampai sejam aku pusing, terus lepak kat van…selesai jom balik hotel…..

HARI KE 3 (AKHIR)

Pagi-pagi dalam jam 9 pagi sudah check out hotel pastu pergi makan kedai berhampiran….yang bestnya ikut pakej travel agency ini, setiap kali slot makan, driver akan bawa ke kedai berbeza. Tapi masih di area yang sama, ok lah kan dapat rasa macam-macam menu, yang penting peniaga tu boleh cakap Malaysia walaupun loghat ala-ala Kelantan.

Ketam besar

Selepas itu pergi amik gambar Ketam Besar kat Bandar Krabi, done terus ke tempat gajah, kira-kira macam santuari gajah sama dengan Kuala Gandah tu, bezanya naik gajah ni dia bawa pusing-pusing dalam trek hutan, kat Kuala Gandah setakat naik dan mandi bersama gajah je.

Selesai terus menuju ke Trang dan berhenti di RR yang aku ceritakan masa pergi tu. Relax beli kek untuk di bawa balik, jangan beli masa pergi yea…beli masa hendak balik ni….

Selesai, terus ke hatyai…..


Bandar Hatyai ini kalu sekali tengok sama je macam bandar yang ada kat Malaysia.

Hatyai ini singgah ke Floating Market..ingat style bergerak atas air, rupenyer sampan parking kat tepi-tepi sungai je. Kat sini makanan halal dan boleh cari cenderemata untuk bawak balik sebab dia ada gerai jual-jual macam uptown gitu. Kalau hendak beli baju cop hatyai boleh ler kat sini.
Selesai jalan-jalan kat sini, terus ke sempadan. Imigeresen nak keluar Thailand kat sini moden skit berbanding masa nak masuk ke Thailand.



Selesai keluar kembali ambil kereta kat kawasan kita parking memula masuk dulu, takut korang terlupa je kat mana parking dulu…he he he he kat parking kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam ler. Van kita tadi akan drop semula kita kat tempat naik haritu. Keluar kena lalui imigeresen Malaysia pulak, jangan lupa untuk cop passport (kaedah baru guna bibliometrik takde cop, tp kalu korang suruh dia cop, dia cop je) kenderaan kedepan sikit dia nak check bonet kete kita, sila turunkan tingkap yea. 


Pastu mende yang aku tak sangka ada gate Touch n Go daaaa…cis terus jumpa kena bayar tol, terkejut betul aku. Pastu dalam 1 km keluar, kalau malam adalah roadblock, malam tu aku kena berhenti , aku ingat UPP rupanya brader tu cakap dia polis narkotik, macam biasa buka bonet lagi, tidak perlu takut, tapi cuma aku nak nasihatkan masa buka bonet korang, tengok masa dia wat geledah, jangan leka berbual pulak, tumpu tengok, yelah mana tau kalau dia nak carik hal campak dadah ke….xnaya, ada baik nye kalu ada penumpang dalam kete suruh perhati sesame apa dia wat.

OK berakhir cuti…..

0 Komen: