Blogger Backgrounds

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang bermakna kenalah puasa huhuhu..

Perkara pertama aku buat ialah meng ‘google’ jadual berbuka puasa dan imsak. Wah kelihatan macam perkara sunat yang perlu dilakukan pulak. Anyway ni juga merupakan perkara yang aku teruja untuk buat menjelang bulan ramadhan. Teruja juga menyambut ramadhan pertama kali rasanya bagiku (seingat lah) pada bulan kelahiran aku. Dan buat sekian kalinya juga berpuasa di negeri orang, emm rasa dah 3 + 6 tahun kot dan negeri pertama dan kedua, ketiga.hehehe Selangor, Pahang dan  Melaka, bagi siapa yang tau maka taulah kombinasi tahun aku itu.

Serius cerita berpuasa di lain-lain tempat adalah berlainan walaupun di negara yang sama, Cuma asas besarnya sama tetapi masing-masing ada kelainannya. Makanan, pergaulan dan suasana adalah kelaianan itu. Nak tahu kena rasa pengalaman itu, tetapi jangan sampai nangis plak. Hidup sungguh dan akan lebih bermakna jika kita benar-benar tahu apa yang kita tempuhi.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433 H/ 2012 M

0 Komen: