Blogger Backgrounds

Khamis, 16 Julai 2009

KOMPILASI KEPENATAN

8 Jul 2009

Letih menghantui badan dalam dua tiga hari ini, bukan aku sahaja malah semua warga perpustakaan. Bertimbun-timbun kotak telah siap namun sehingga ke pagi ini masih lagi berjalan operasi memasukkan buku yang akhirnya siap kira-kira jam 11 pagi. Aku faham semua orang ada perasaan masing-masing, geram, tension, letih dan sebagainya. Aku sendiri pun punyai perasaan itu. Namun aku cuba menyerap sedaya upaya ke dalam diri sahaja tanpa menampakkan kepada kesemua staf bawahan aku. Bagiku aku perlu mengawal suasana sebagai ketua untuk tidak menunjukkan kegagalan mengawal suasana. Semua ini pasti akan berakhir, berpindah ini hanya sekali sahaja untuk bertahan di bangunan baru selamanya. Biarlah rasa ini di rasai bersama umpama sekali dalam hidup. Aku tidak menolak ini merupakan pengalaman yang amat aku hargai dalam skim perpindahan secara besar-besaran, aku hargai amat sangat.

Menjelang tengahari aku dan beberapa orang pegawai lain serta pembantu telah menunggu di bangunan baru bagi penerimaan kotak-kotak dari pihak pekerja pengangkutan barang perpindahan. Letih sangat kaki akibat bergerak ke sana ke mari.
Hari ini hari istimewa, semoga hari ini akan kekal untuk tahun-tahun ke hadapan. Ingin menguntumkan senyuman tapi terlalu penat untuk itu, sehingga malam catatan ini di tulis aku masih lagi keletihan, aku yakin esok juga aku akan hadapi hari yang sama. Rim masih belum di temui hari semakin mendesak nampaknya rim besi je lah aku guna nanti. Jentera tunggu di simen body..biarlah aku tak mampu berfikir…

9 Jul 2009

Bekerja sampai malam itu lah yang di rumuskan hari ini. Walaupun tiada OT bagi kakitangan professional seperti aku, tetap diteruskan demi kesempurnaan kerja. Berbgai kejutan dan kekusutan melanda sepanjang hari ini. Aku sedaya upaya menceriakan keadaan terutama kepada pegawai yang seakan tension dengan segala yang di hadapi. Lumrah, bagiku walaupun tension macamana pun aku cuba mewujudkan keceriaan untuk kesenangan hati. Harini barang unit aku telah selesai esok hanya untuk menyusun. Lega rasanya, tapi seksa gak menguruskan 12 orang staf untuk member arahan, mujurlah mereka senang di ajar dan di beri arahan. Aku enjoy untuk hari ini. Lewat malam, esok hari lahir yang ke-30 bagiku. Uhh sungguh letih esok sahaja aku komen tentang diri ini dan angka 30.

10 Jul 2009

Hello angka 30, entahlah aku seperti tidak bersedia dengan angka ini, aku tidak menantikan nya langsung untuk muncul, coretan mata di pagi hari dengan 3 sms selamat hari lahir.

00.00:02 :SeLamat Hari Lahir Sayang. Semoga ayg sentiasa happy selalu. Sy syg ayg

00.02:16 : “Happy Birthday!!” :-) :-) semoga hdp bhagia..sntiasa chat n temu jdoh..sy sentiasa syg awk..mmuuahhh!!! (“,)

02:48:06 : Slamat ulang tahun kelahiran ke30. Semoga dberkati, dpanjangkan umur, kesihatan yg baik, dan sukses dlm apa jua yg dilakukan.. :-)

Dalam sedar tak sedar aku membalas dengan sedikit barisan ayat. Setiap sms datang dari 3 individu yang aku memang kenali termasuk yang aku kira telah lama masuk dalam kamus sejarah lampau ku. Aku tidak mengukir apa-apa reaksi, seperti yang aku katakan tiada apa harapan untuk angka 30. Mungkin sebab penat perpindahan kot. Tapi entahlah….ke semua sambutan hari lahir aku di sambut di negeri orang sejak 7 tahun lalu. Bila di renung sungguh sedih rasanya, bayangkan hanya dengan rakan-rakan sahaja, tapi secara jelas aku mulai tawar dengan sambutan hari jadi aku sedar aku dah tua, sambutan mungkin meriah semasa kanak-kanak ataupun dengan kehadiran orang tersayang. Alamak tahun ni jenteraku pun tiada di sisi heehehhe, apa boleh buat kan nak bergaya kena berkorban juga. Hari ini juga tanpa di sangka ada jamuan sempena perpindahan. Entah dari mana bos dapat maklumat bahawa hari ini hari lahirku. Rasa satu penghormatan untuk aku apabila di majlis jamuan ini bos menyelitkan sedikit ucapan selamat hari lahir untukku sambil bertanya yang ke berapa yea? Aku tanpa malu sebut je yang ke 30. Hakikat kan? Nak buat apa sorok, aku sedar aku dah tua. Aku harap tua aku ni kaya dengan pengalaman yang memang aku sentiasa dambakan nya.

Hari ini , last pindah barang dari bangunan lama ke bangunan baru. Bermacam ragam manusia aku lihat. Mujurlah aku hanya seorang sahaja pegawai di Unit aku dank e semua staf aku senang di bentuk dan menerima arahan dengan mudah. Ku sempat melihat di unit lain yang punyai banyak pegawai dan staf, aku lihat seakan tiada keserasian mereka dalam perpindahan. Keluhan demi keluhan di dengari. Aku hanya mampu mendengar dan menguntum senyuman tidak terhenti, aku juga penat tapi aku mampu sentiasa tersenyum untuk segala kepenatan. Terlalu banyak ragam, hendak diceritakan pun amat panjang antaranya seperti perbezaan jantina: lelaki dan perempuan. Lumrah manusia perempuan adalah makhluk lemah lelaki pula makhluk gagah. Perbezaan ini kadangkala mewujudkan double standartd dalam membuat kerja angkat mengangkat. Timbul luahan rasa seorang pegawai lelaki sehingga mengatakan “kalu cmtu pegawai pompuan kena kuranglah gaji dari pegawai lelaki” yea aku lihat kebanyakan berjantina lelaki kerja teruk sedangkan yang berjantina perempuan hanya bersenang lenang. Ini adalah contoh apa yang aku lihat sepanjang proses pemindahan ini. Tidak lagi perebutan rak, secara asasnya rak di perpustakaan adalah standart dan sama, tetapi ada antara berjantina perempuan ni nak juga rak yang bertanda unit mereka walaupun telah di bawa ke tingkat yang lebih tinggi sedangkan rak yang sama saiz lain masih ada di tingkat bawah. Sama je rak juga tapi kenapa sempitkan pemikiran, nak juga yang yang di atas????????????

11 Julai 2009

Aku balik ke kampong dengan menaiki bas, setiba di hentian bas aku menunggu bapaku datang menjemput. Sepanjang penantian itu aku mengambil kesempatan untuk merenung masa silam ku yang lalu di situ, berbagai-bagai kenangan flashback yang terungkai dari kotak fikiranku. Masa muda ku di situ sehingga kini, terlalu banyak kenangan yang muncul. Sehingga setiap kali kereta lalu lalang di depanku 2 atau 3 darinya aku kenali. Setiap seorang pemandunya itu aku pernah kenal dan setiap orang itu juga punyai kenangan denganku dahulu, tapi kini mungkin mereka telah melupai aku. Mungkin tuhan kurniakan aku suka akan kereta dan dari kelebihan itu aku mampu mengenali kenderaaan berkenaan walaupun telah lama tidak melihatnya termasuk pemilikknya yang juga aku pernah kenali. Senyum sendirian mengenang itu semua, senyuman itu hanya aku sahaja yang tahu. Lama benar aku tinggalkan Bandar ini untuk di renungi. Banyak sudah Bandar yang aku telah lalui selama ini dari yang besar hingga sekecil-kecil Bandar. Shah Alam, Kuantan dan terbaru Melaka. Jika di lihat ke semua nya punyai kenangan yang memberi aku pengalaman tentang hidup begitu juga dengan segala makhluk yang aku jumpai sama ada rapat atau tidak. Mereka semua kini dengan kehidupan mereka yang aku tidak pasti apakah peranan mereka kini di bumi tuhan ini. Kalu dahulu aku memang mengetahui segalanya tentang mereka. Terlintas juga kalu aku dapat merentas kembali ke zaman mereka dan aku bersama, tentu seronok tapi apakan daya kata farah “tapi sayang hanyalah impian bulan tak bisa tumbuh di taman” Tak salah memandang ke belakang untuk kebahagian kini.

13 Julai 2009

Masih di topic yang sama ke tempat kerja dan kesibukan perpindahan, melihat ragam manusia kadangkala menjerumuskan kita kea rah perkara yang negative belaka, aku cuba menyerap semua itu untuk menjadikan nya positif, positif yang boleh mendatangkan kebaikan kepadaku. Aku tak henti-henti menasihati staf ku supaya jangan menjadi seperti manusia-manusia yang aku fikirkan dan Nampak itu.

Aku bekerja untuk mencari kepuasan kepadaku aku tak mengharapkan pangkat atau pujian dari atasan, kerja yang diberi atau di amanahkan perlu di laksanakan mengikut apa yang sepatutnya terjadi seperti yang di rancang. Persoalan kerja kuat untuk mencari atau mengharapkan apa-apa tidak timbul, biarlah aku begini janji misi utama aku kepuasan dalam kerja tercapai. Aku akan jadi puas dengan kerja bila ia berjaya dilaksanakan, kenapa aku berkata demikian? Ada di kalangan pegawai perempuan yang menjadikan alasan seperti di atas untuk menggelak dari membuat kerja, ada juga menjadikan alasan mengandung untuk lari dari membuat kerja. Namun aku tak salahkan semua staf perempuan kerana masih ada yang aku kira seperti aku dalam membuat kerja, malah ada juga yang mengandung. Aku tabik pada 2 pegawai atasan aku S44 yang sanggup turun padang untuk menyusun buku membantu unit aku. Aku segan dengan sikap diaorang, tak tahulah bagi staf lain. Memang ada orang yang aku sifatkan tiada perasaan walaupun bos mereka sendiri turun padang melakukan kerja mereka, aku? Memang banyak perasaan malu itu. Bayangkan pegawai perempuan yang aku ceritakan itu jadi S44…apa jadi yea? ada respek dari staf bawahan? Jelas aku sendiri tak akan respek dengan mereka atas apa yang ditunjukkan kini. Hancur kerespekan aku terhadap mereka jika sifat sekarang di teruskan.
Housemate aku membawa isterinya pulang ke rumah, segan lah aku, rasa macam tak nak balik rumah je, ini di tambah aku tiada kenderaan, terpaksalah mengurungkan diri dalam bilik. Nasib baik ada laptop boleh juga aku berkawan dengan nyer. Esok bagaimana?

Oh ya hari ini juga aku memakai baju yang pernah di beri oleh seseorang tidak lama dahulu, terasa selesa, mujurlah tak banyak kenangan yang menerpa, mungkin aku leka membuat kerja. Terima kasih kepada yang sudi memberi kepadaku. I still remember u. Do u?

0 Komen: