Blogger Backgrounds

Rabu, 19 Ogos 2009

Meow 2

Lama dalam kesibukan.

Di mana harus bicara, 2 , 3 minggu lepas dirasakan 24jam sehari seperti tidak mencukupi terutama jam 8 hingga 5 petang. Aku kalut semacam dengan kerja dan juga menumpang kawan-kawan ke tempat kerja. Terlalu lama jentera di bengkel, mungkin akibat ketelitian yang mendalam bengkel berkenaan. Sekarang baru lah kenal sikit-sikit siapa kawan yang boleh menolong di kala susah, tapi mungkin gambaran menyeluruh, janganlah terlalu cepat menilai orang. Mereka juga ada tanggungjawab harian yang mereka terpaksa tempuh. Hidup di dunia ini ada aktiviti yang memang kita kena tempuh, susah senang aktiviti itu lumrah, manusia harus melaluinya. Begitu juga aku untuk tempoh masa berkenaan.

Minggu ni last makan minum, ujung minggu ni berpuasa. Dalam tak sedar dah 2 kali aku menghadapi puasa di sini, terlalu lama dah meninggalkan kerja lama. Berpuasa sendiri lagi setelah rakan serumah keluar duduk bersama isterinya. Biasa dah berpuasa sendiraian. Dulu di Kuantan pun sama bermula sendirian selepas itu berteman. Macam-macam ragam di hadapi. Nama-nama yang pernah serumah dengan ku nak tahu? Hanif dan Dasuki, 2 nama yang punyai ragam yang bagai langit dan bumi. Yang nyata 2-2 sukar bangun sahur. Hanya aku lah yang bangun sahur dan makan, tapi walaupun diaorang tak bangun aura ada rakan lain rasanya berbanding bangun keseorangan.

Berpuasa di pejabat macam biasa sahaja Cuma banyak batasan kerja yang terpaksa di halangi demi batasan tenaga. Siang mungkin aktif tetapi selepas berbuka abis keletihan pula selepas kemasukan makanan ke dalam perut.

Berbuka di luar? Biasanya aku amat kurang berbuka di luar lebih selesa di rumah, tapi yang pasti tahun ini ada 2 kali berbuka di luar secara rasmi. Berbuka bersama Team haram dan kedua Bersama Kelab Perpustakaan. Dahulu ada juga aku berbuka bersama geng kereta, tapi rasanya aku dah mula slow bercampur dengan budak kereta. Baru semalam jeling2 mcm nak lepak bersama diaorang tapi aku hanya berdaya merenung dari jauh, feel macam dah takde kebanyakkan budak2 baru yang baru main kereta, ah biarlah ada keboringan aku join ler.
Hope bulan 10 ni aku dapat anjurkan autoshow untuk UTeM, merupakan autoshow pertama di UTeM. Sempena konvo tahun ni. Nak tema apa yea? Convo Fest Autoshow: We make Technical Beautiful Berangan je lah tapi aku cuba untuk organized. Good Luck for me..cheerrrzzzzzzzzz

Autoshow dikesan

Aku dah jumpa budak yang di pertanggungjawabkan mengenai autoshow di UTeM. Nampaknya Hal Ehwal Pelajar telah merancang lebih awal untuk event ini. Tapi pelik dia bagi bulat-bulat tanpa info kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang akhirnya memberi kepada sebuah kelab bermotor di sini. Kepala bagi kelab itu telah aku kenlpasti dan berjumpa dengan nya.

Dari hasil penerangannya aku menjangkakannya ia adalah dalam skala besar, pada pandangan aku ia terlalu membazir dan sempat aku risik berapa kos di paperwork? RM21k…huhuhu hebat, secara peribadi juga aku menjangkakan event ini ada yang tidak kenanya. Bukan sehari dua aku terlibat dengan kancah autoshow ini dari pengalaman aku yang tak seberapa ini aku jangkakan ia sukar kecuali ia mengecilkan skala event. Dari risikan sesame staf juga aku mendapat tahu hanya rm3k sahaja diluluskan oleh pihak Universiti. Masak! Aku juga diberi penerangan oleh budak itu bahawa jika di bawah 8k modal yang diberi oleh Universiti, pengarah program tidak mahu meneruskan acara.

Aku secara jelas mengatakan kepada budak itu bahawa aku sanggup untuk meneruskannya. Tetapi agak sukar kerana di sini setiap acara konvo akan di uruskan student. Mungkinkah aku?

0 Komen: