Blogger Backgrounds

Ahad, 27 September 2009

Bekerja selepas Hari Raya

Bekerja selepas hari raya merupakan salah satu antara beberapa kemalasan kita hendak bekerja, percaya atau tidak kita kena sedari hakikat itu. Walaupun manusia punyai bermacam ragam, di dalam konsep kemalasan perkara yang tidak di suka adalah sama. Berbicara bekerja selepas cuti panjang ini membuatkan kita serba lemah dalam melalui hari-hari pertama ini. Bagi ku memulakan hari bekerja sehari awal dari rakan-rakan yang lain. Ahad yelah hari ini, ni kira bekerja sambil mencatat blog. Peraturan baru perpustakaan ditugaskan seorang pegawai dari jam 10 pagi hingga 3 petang untuk menjaga Meja Penasihat Pembaca di samping 4 pembantu bertugas di kaunter. Sebenarnya bukan giliran aku pun tetapi mengantikan rakan yang bercuti lama balik ke kampung, apa salah nye berkorban aku pun kampung bukan jauh mana pun, tekan minyak satu jam setengah tiba lain lah tempat kerja dlu 5 jam tekan minyak huhuhuhu. Pengguna tiada hari ini, bos baru lalu dia kata tutup je pas lunch. Adakah kata-kata dia betul? atau kalau kita tutup lepas ni dia lupa kita kena? uh berbagai persoalan timbul. Di sini aku harus bijak membuat keputusan, tapi kadangkala selalu nye bos lagi bijak, yelah dia kan abang ehhh bos.

Khamis, 24 September 2009

Beraya ke Skudai

Hari ini aku beraya ke Skudai, biasalah lokasi wajib pergi coz kakak mak aku kat cni. Kakak mak aku bermakna Makcik aku daa hehehehe terlupa maklumlah susah ler nak ingat pangkat2 ni tau tempat tu aku dapat bayang muka pun dah kira ok. nasib lah aku ni dari kalangan keluarga yang kecil so senang le sikit ingat muka tu, tapi kalu dh peingkat anak-anak nye aku ngaku aku pun fail. tak tahulah kalu yang tua-tua ni dah takde, entah ingat ke tidak nyer lagi. Maklumlah masyarakat bandar dah aku ni. Seperti orang lain kita memang dah susah nak melawat saudara mara.

Oh ya beraya di rumah orang tua-tua pangkat nyer ni ada lemah skit coz kena menghulur, bukan mengungkit tapi realiti keterbolosan duit hehehe. Hakikat memang kena bagi, tak banyak tapi masa salam kenalah ada. Sejak mula hari raya banyak gak dah terhulur, takpe raya setahun sekali. tapi selepas memulakan kerja semula ni kena lah merenung nasib di poket sendiri.

Rabu, 23 September 2009

Hari Raya ke 4



Hari ini barulah aku ada kesempatan untuk berehat di rumah, 3 hari yang cukup memenatkan. Bagaimana dengan semua rakan-rakanku diluar sana? harap semua bergembira dengan segala kemeriahan raya. Mak ku berkata bahawa aku badanku sedikit susut akibat berpuasa, entah yea atau tidak aku sendiri tidak pasti sebab tiada bukti dari alat timbangan erat badan. Aku rasa berat ku yang biasa sekitar 60kg sahaja, kalau lari pun tak sampai beberapa kilo. bagaimana dengan Hari raya ke 4 ini adakah segalanya itu telah berlalu, banyak juga di makan, segalanya di sumbat dengan mudah, abislah berat kembali normal. berpuasa selama sebulan bagi kan habis dalam masa 4 hari sahaja. Begitulah kita orang Malaysia tidak pernah mengenal erti lapar dan kurus. Berbicara mengenai kurus adakah rakyat malaysia begitu fanatik menurunkan berat badan? adakah mereka tahu dengan dua persoalan ini?

Badan berat atau susuk tubuh yang tak menarik?

Anda bagaimana? bagiku biarlah badan berat janji susuk tubuh itu still menawan, kalu susuk tubuh tak cantik walaupun berat badan kurang apalah erti semua itu, anda tetap tidak menarik.

Dua tiga hari ni otak ku ligat berfikir mengenai Honda EK, kenapa yea? adus gara-gara berjumpa dengan seorang saudaraku semasa proses ziarah menziarah lah ni. Dia beli EK 1996 tu dengan harga 26k sahaja, aku rasakan begitu murah berbanding dengan harga pasaran dalam 35k. Adehhh tolong jauhi aku dari semua ini. Honda oh Honda.

Selasa, 15 September 2009

Selamat Malam

hari ini aku kerja di sebelah malam, lama dah tertangguh , asyik ganti orang lain je coz jenteraku masih belum siap ketika itu. Tinggal lebih kurang 4 atau 5 hari lagi kita berpuasa selepas itu Hari raya menjelma, apa harapan anda di luar sana? bagiku tiada harapan untuk hari raya. Ia cukup dengan satu cuti yang panjang, tapi bukan untuk rilex kerana pasti banyak lokasi yang ingin di jelajahi. Duit pun mesti banyak habis. Segala persiapan dah beli dekat-dekat 500 gak habis di kedai-kedai terlibat. Oh raya oh raya

Khamis, 10 September 2009

Susah Senang Kita Bersama : Spefikasi

Specification:

Original Kancil 660 year 2001 (Feb)
Enjin L5 660 Twincam 4 piston (NA) (endorse)
Compressor Standart L5
Pivot Raizin Blue Volt Stabilizer
temp battery,RPM meters by autogauge
Seat depan SCCUSS memory type R sweet
Seat belakang L2 Limited
DASHBOARD L5
L5Burger
Turbo Timer Pivot baby size
DDin Touchscreen DVD Player Sony
TOSHIBA TWINBLADE ANTENA
Karpet belang 512
DConsol Box L5 Hello Kitty
Seatbelt ori Produa
Complete 4 Power Window L5
Bodypart depan L502
Bodypart Belakang complete L512 with spoiler 512
Sunroof Mitsubishi (endorse)
Karpet Merah Custom L5
Suspension Adjustable Absorber GAB depan blkg
Speaker Tiang Gol Limited
Sport Rim Advan RG 14" white
Tayar Continental 165/55/14

Price? Priceless

Susah Senang Kita Bersama : Bodypart



































Ini pula sedikit gambar sebagai tatapan kenangan semasa pertukaran bodypart jenteraku yang di abadikan dalam kenangan, kini semuanya telah berubah. Masa untuk berlari-lari dengan pihak berkuasa. janji hati puas. Segalanya OK











Susah Senang Kita Bersama : Sunroof














Ini gambar semasa pemasangan sunroof bagi keretaku...Sunroof dapat dari model mitsubishi yang di bawakan khas dari taiping Perak RM1.4k melayang. Siap dalam masa 3 hari pemasangan. Lulus di jalanraya dengan pengesahan JPJ melalui Puspakom Kluang Johor.

Sabtu, 5 September 2009

Jentera Sudah Siap Ready to Use

Satu hari di Sentul pada 29 Ogos 2009, kereta masih di akhir-akhir persiapan. dah lah puasa dok kat bengkel plak, sampai aku lupa dah aku berpuasa hari tu. Kereta siap dalam jam 6 petang, terus mencari rim, di perkenalkan dengan sebuah kedia yang di katakan paling murah menjula rim di Sentul "gudang buruk" itu istilah aku, tak taulah plak apa nama kedai tu. Advan RG 14" di ambil bersama tayar Continental 165/55/14. Harga? kalu di dengar mau pengsan dan orang mesti kata aku gila, aku tak kisah kalu orang kata aku gila memang aku sendiri kata aku gila. Rm2k habis untuk rim dan tayar petang tu.

berbuka di bengkel tayar dengan air je, aku suka lah kedai tu layanan semua pekerja dan tokey amat bagus sekali, yang penting bleh buat lawak, memang aku suka tu. Aku syorkan sesiapa nak cari rim pergilah kedai tu tak payah nak sampai Klang pun.

Gambar jentera ku aku akan paparkan apabila semua talian internet ke PC ku siap kelak. Sekarang di pejabat hanya kerja-kerja yang tidak melibatkan internet sahaja aku dapat buat. Aku sedar terlalu lama coretan aku di dalam blog ni tiada mempunyai gambar

Membawa pulang jenteraku ke Melaka suatu cabaran lagi, maklumlah segalanya telah bertukar menjadi sebuah jentera Jepun bermacam ancaman yang mungkin di hadapi di sepanjang perjalanan dengan pihak berkuasa. Alhamdullilah selamat sampai kira-kira jam 11 malam.