Blogger Backgrounds

Isnin, 19 Oktober 2009

Menyusuri Garis Khatulistiwa






Bekerja di Negara orang, lamunan di tempat kegemaran aku bagi mencari ketenangan di masa terluang telah membawa minda ke arah perkara ini. Aku terpandang beberapa pekerja asing melewati tempat aku termenung melihat keindahan alam ini. Terfikir sejenak, jauh mereka datang untuk mencari pendapatan yang aku kira mereka tidak dapat di negara asal. Malaysia memang bertuah, tak susah untuk menjadi kaya di Malaysia, asal kita rajin dan berusaha. Tapi lamunanku bukan itu, lamunan lebih jauh mencabar diriku sendiri.

Bagaimana jika aku pula seperti mereka? Terpaksa ke negara lain yang aku tiada siapa-siapa untuk aku kenali, jauh dari cara dan kebiasaan aku dari kecil hingga kini. Aku tiada saudara mara, jauh lagi keluarga terdekat. Aku keseorangan. Tiba-tiba sahaja hadir dan meneruskan hidup dan persaingan di situ? Mampukah aku? Kalau terpaksa rasanya boleh tapi sampai bila?

Pehh persoalan-persoalan yang mencabar kewibawaan diri. Suatu yang benar mengenai aku, aku memang mudah mendapat kawan, mungkin aku ni tak tahu malu kot, paling kurang tentu kalangan yang bermain kereta. Bagaimana jika negara berkenaan berbahasa yang lain dari bahasa asasku? Aaahhhhh fenin memikir, otakku semakin dicabar di bukit ini.

Yang lebih aku risaukan, aku akan mensia-siakan kehidupanku di dunia berdasarkan umur yang singkat ini. Tentunya aku pergi dengan penuh harapan untuk perbaiki hidup. Perbaiki hidup punyai tafsiran yang besar dalam erti kata sebenarnya. Adakah aku akan perbaiki diri dan hidup bahagia disana, tentunya tidak jika beringat tentu sahaja simpanan menjadi bukti jika tidak hanya masa bakal menentukan. Aku tinggalkan rakan-rakan, saudara, dan jika masih ada ibu bapa kini. Lambat laun aku pasti akan kembali ke negara asalku.

Soal kini berapa lama akan kembali? 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun? Mana sahaja masa yang terpilih aku pasti membantutkan proses kemajuan aku di negara aku sendiri. Banyak yang boleh di lakukan dalam proses masa berkenaan seperti membeli rumah, boleh aje beli di negara orang? Tapi tak kekal lambat laun jual juga dan aku harus mulakan semula di sini.

Dulu pergi tinggalkan semua yang dikenali, kini kembali mulakan hidup baru lagi. Jika dulu mampu mengumpul aset, pengaruh dan gelak tawa manusia yang kita rapat. Kini semua harus mulakan lagi, mulakan lagi?? masa terbuang begitu sahaja di negara orang. Aku yakin mereka datang pasti punyai sebab, yang pasti sebab yang positif untuk kehidupan.

Tapi aku sedar ini hanyalah khayalan, mustahil aku ke luar dari Malaysia ini. Ke negeri lain pun aku keberatan pergi terutama Pantai Timur bukan membenci tapi tahu apa yang aku telah ketahui, aku cuba belajar dari pengalaman yang merupakan guru hidupku untuk terus melangkah.

0 Komen: