Blogger Backgrounds

Isnin, 23 Mac 2009

Tukar Nasib

"Kekayaan yang kita miliki adalah di saat kita mensyukuri hidup ini"

aku tertarik dengan ayat ini, semalam aku berkesempatan menonton 1 rancangan realiti TV terbitan stesen televisyen indonesia (SCTV)
rancangan itu di beri nama TUKAR NASIB..kenapa?
semalam ada keluarga pengayuh beca dan juga keluarga yang kaya
mereka bertukar kehidupan untuk 3 hari 2 malam..
wau 2 latarbelakang kehidupan yang aku rasakan amat2 berbeza..
mereka bertukar rumah, cara hidup dan pekerjaan untuk jangka masa itu..

mmg di akui amat payah mereka menyesuaikan keadaan itu..
namun itu hanya rancangan realiti..bagiku aku selami secara total kehidupan manusia ini, belum tau si miskin mampu hidup ceria dan selesa dengan kehidupan yang dimiliki si kaya...begitu sebaliknya..bagiku aku bersyukur dgn kehidupan ku ini..tidaklah kaya tidaklah miskin..aku selesa dengan kehidupan ku..belum tentu mungkin aku boleh hidup dengan kehidupan yang lain dari norma ku...
aku mampu senyum dan sesakli ketawa dengan semua ini..tidak lupa juga aku bersedih..itulah aku