Blogger Backgrounds

Isnin, 18 Mei 2009

Kombinasi Hidup

15 Mei 2009

Hari Jumaat

Jumaat yang sibuk, apa yang aku coretkan di planner tidak mengikut jadual. Seawal pagi aku telah mula membuat kerja yang lain dari sepatutnya. Membuat aku tertekan. Situasi ini sering berlaku pada hari Jumaat. Kerja yang lebih penting tiba-tiba muncul dan perlu di segerakan. Jika di fikirkan jumaat memang suntuk untuk membuat sesuatu yang panjang, di kira dengan jari berpa jam sangat kita bleh membuat kerja dengan khusyuk. Mujur sekali lagi sepeerti aksi wonderpet, pembantuku ada yang boleh diharap. Sebahagian kerja yang tercatit di planner ku di selesaikan oleh mereka
Seawal pagi aku seakan berang dengan segelintir staf lelaki muda di unit aku, datang kerja hamper-hampir dengan waktu kerja, mujur aku mampu berfikiran professional. Kes sedemikian jika tidak di buat teguran akan merebak ke staf yang mempunyai rekod yang baik. Mula-mula lewat sikit selepas itu melewat banyak. Bagiku staf-staf muda ini perlu ditunjuk ajar dan sentiasa di tegur supaya mereka sedar merak di ambil perhatian. Aku kagum staf aku masih lagi mendengar kata bosnya, uh jika dibandingankan dengan organisasi lamaku, memang ibarat planet Pluto dan planet matahari jawabnya. Kekadang aku sedih memikirkan organisasi lamaku, sampai bila? Bagiku tiada kesudahan. Yang tua mengajar muda, yang muda jadi tua dan mengajar yang muda baru…tiada kesudahan.
Aku mencari masa akhirnya aku berkesempatan memanggil mereka walaupun dalam kesuntukkan masa. Uhhh bilikku sedang di baikpulih ruang lantainya menyebabkan aku berpindah ke luar duduk bersama staf-staf ku yang lain. Secara jujur aku kurang selesa dengan keadaan ini. Tapi tugas tetap tugas yang perlu disiapkan. Tapi serius aku tiada idea menaip diluar…adeh…..

16 Mei 2009

Hari Guru

Guru? Cikgu?..Selamat hari Guru untuk semua yang aku kenali di dalam dunia perguruan. Aku pernah terjerumus dalam kerjaya ini sekitar tahun 2004 -2006. Mengimbau kenangan lalu, rasa sungguh bahagia dengan gred DG41 dah dikira besar pendapatan semasa itu dengan aku duduk di rumah family. Pengalaman lalu itu aku anggap sebagai memaniskan. Secara jujur aku suka mengajar di sekolah menengah. Pelajar yang hamper dewasa, senang mengerti berbanding sekolah rendah. Ada rakan ku pernah berkata mengajar di sekolah rendah lebih beruntung kerana tekanan tidak tinggi di samping murid yang menurut arahan tanpa pemberontakan dan paling penting gaji tetap sama. Aku hormati pendapat mereka, aku senang di sekolah menengah. Aku suka kerjaya guru sebab mudah kita akan sambut semua hari yang ada dalam setahun dan juga acara-acara penting. Aku mengajar subjek Bahasa Inggeris. Berbagai ragam pelajar aku temui semasa mengajar maklumlah pelajar yang berada di zaman peralihan kanak-kanak ke dewasa. Pelajar perempuan yang miang, nakal dan sebagainya, begitu juga pelajar lelaki. Tapi secara jelas pelajar perempuan lebih perlukan perhatian dari guru lelaki. Pengalaman yang aku tidak dapat lupakan semasa awal menceburi bidang ini adalah terlibat dengan program TEGAR bersama tentera. Program ini telah memilih pelajar-pelajar wanted untuk mengikutinya. Ada satu slot yang memerlukan mereka ke tanah perkuburan jam 12 malam. Kami guru dan tentera ditugaskan disana.Terdetik juga keseraman aku berada di tanah perkuburan jam 12 malam??? Tapi mujurlah tiada perkara mistik berlaku dan pihak tentera sentiasa berada di sisi.. Aku takkan lupakan pengalaman itu. Pengalam 3 tahun ini cukup bermakna bagiku sebelum aku mendapat pekerjaan di organisasi ke2 ku. Dari saat meninggalkan kerjaya itu aku amat rindu menjadi seorang CIKGU. Sehingga kini setiap kali sambutan hari guru aku terimbau kenangan lalu begitu juga dengan nyayian lagu guru Malaysia…Selamat berjuang untuk rakan lamaku yang masih meneruskan kerjaya itu Asyraf, Dian, Yusman, Irwan, Norizan, Hisham, Khadijah, Khuzairi, Ehsan, Shahrul..Sayang rezeki ku tidak bersama kalian…

17 Mei 2009

Renungan Di Hari Cuti

Hari cuti yang aku rasakan bukan seperti hari cuti. Banyak kerja pejabat yang aku bawa pulang. Ada 1 masalah besar bagiku, aku tidak mempunyai Laptop. Aku ada desktop tapi ianya di kampong. PC besar semacam itu tidak relevan bagiku yang sentiasa bergerak ke sana ke mari. Aku berharap bulan Jun ini aku dapat memiliki sebuah laptop. Tetiba teringat laptop?? Gambar-gambar? Yea gambar-gambar kenangan ku bersamanya pernah di buka di laptop kepunyaan kakaknya di Bandar di raja. Menyorot kenangan itu kembali membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku masih belum melunaskan hutang itu untuk dia miliki, insyallah minggu depan akan aku kirimkan segalanya. Sebelum hari penting yang menamatkan segala impianku dulu. Secara reality aku memang terkilan tidak dapat menghadiri dan melihat secara rasmi penamat impianku itu nanti. Aku ingin sangat sebelum ini untuk melihat walaupun sekadar memandang dari kejauhan. Hajat aku tidak tercapai. Aku berharap dia akan memusnahkan segala yang aku berikan ini. Walaupun berat aku menghadapinya. Aku juga terlalu ingin menghantar sekadar sms melepasi perasaan rindu, tapi apakan daya juga dia telah melarang ku dulu. Apalah ada pada sejarah, untuk di kenang atau sekadar suratan tuhan…………..