Blogger Backgrounds

Isnin, 1 Jun 2009

Corus Paradise Resort



25 Mei 2009
Hari pertama aku di induksi, perjalanan lewat petang bersama bas organisasi ku di rasakan begitu lambat. Perjalanan ini bukan tidak pernah aku lalui bersama jentera ku, sudah banyak kali rasa nya. Tapi entahlah fikiran diluar tingkap bas seperti membawa ku ke demensi lain. Dimensi yang banyak membawa angan-angan kepadaku. Berfikir tentang itu dan ini, tentang dia sudah tentu. Persoalan kehidupan nye selepas ini. Tapi seketika aku mula melawan perasaan anganku itu. Apa perlu difikirkan kepada orang lain, biarlah mereka menentukan kehidupan mereka sendiri kenapa pula aku perlu memikirkan itu semua. Jentera ku telah di tinggalkan di kampungku, sekarang dalam fasa pemeriksaan secara menyeluruh body dan juga bahagian teknikal, aku memperuntukkan kos yang besar juga untuk fasa ini, takpelah aku berpuas hati dengan kerja bengkel tersebut. Hari pertama berpisah aku telah mula merindukan ia..feeling lah pulak kan.. sabar-sabar 2 minggu je di tinggalkan.
26 Mei 2009
Macam biasa Kursus yang memerlukan displin yang tinggi oleh setiap peserta, terikat dengan jadual yang telah di tetapkan oleh pihak urusetia, nak xnak kena lah ikut. Aku harap aku mampu menempuh 2 minggu ini dengan jayanya. Kumpulan di bahagikan, aku dapat kumpulan no.3. bagus juga kursus sedemikian aku dapat berkenalan dengan ahli dari jabatan yang lain, baik untuk knowledge sharing dan juga bantuan dimasa perlu. Hari nin aktivti luar iaitu obstacle dengan flying fox. Menyeronokan walaupun aku hanaya dapat melakukan semampu aku
27 Mei 2009
No maxis ku dihujani panggilan dari nombor2 yang aku rasakan pernah dikenali dahulu, siapa yea? Aku memang mengenali nombor itu kerana aku tidak pernah membuang dari senarai phone book aku. Dia kembali? Kenapa kembali setelah membuat arahan kepadaku dahulu? Aku tau bungkusan aku telah selamat diterimanya. Akhirnya hutang yang pernah diminta nya satu masa dahulu telah telah aku lunaskan. Aku tersenyum? Walaupun hakikat hati ini tidak pernah tenteram setiap kali membuat warkah itu. Dia telah terima, apalagi ada pada aku? Yea aku ada kenangan. Aku memang seorang yang amat menghargai kenangan, kenangan itu tidak mungkin aku serahkan kepadanya. Cebisan kenangan itu juga ada padanya, jadi kita mempunyai sejarah yang sama. Aku simpan kenangan itu sebagai pedoman kebahagian ku untuk terus melangkah hidup. Cebisan yang dimiliki nya? Aku tak pasti..itu hak dia..hak untuk terus menyimpan atau telah lama di buangnya. Aku tidak kisah. Yang pasti kenangan selepas ku lebih membahagiakanya, lebih bermakna untuk selamanya.
Aku terlalu ingin membalas msg yang dihantar, bagaimanapun aku sangat mematuhi arahan yang diberikan kepadaku tidak lama dahulu, apakan daya ku, aku tiada apa-apa, hanya secebis kenangan yang tiada maknaya, tiada manisnya dan tiada harapanya, Kesedihan dan kerinduan ini telah lama aku lalui, semasa menerima arahan tersebut hatiku begitu kecewa dengan keputusanya, mungkin jika dibiarkan aku mungkin menganggu kehidupanya, aku sedar aku memang jahat maka selayaknya aku menerimanya. Aku ciptakan itu untuk kepuasanku dari terus menyesali diri. Terima kasih kerana menghargai pemberianku.
Kursus mula meletihkan hari ini, ahhh letih..letih...
28 Mei 2009
Seawala pagi telah bangun untuk solat subuh, aku telah di lantik sebagai orang yang bertanggungjawab membentang sejadah, so secara logiknya akulah orang yang paling awal ke surau, aku tak kisah janji membahagiakan, lagipun aku tak susah untuk bangun pagi, lebih-lebih lagi bangun kerana tanggungjawab yang diberikan. Semangat juga aku ni yea..hehhehe. Tiba bab sukan aku ada kelemahan sedikit kerana aku ni tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya gara2 kali ku pernah patah dahulu, jadi kaki aku tak kuat seperti manusia lain, aku terpaksa terima hakikat itu walaupun aku ingin sangat berlari kembali namun batasan kudrat membataskan segala. Aku hanya melakukan aktiviti sukan mengikut kemampuanku.
Maxis senyap hari ni, setelah memikirkan simpati aku pada nya aku malukan diriku untuk membalas msg, aku kalah jua kerana aku tak sampai hati untuk semua itu.