Blogger Backgrounds

Selasa, 30 Jun 2009

Padang Balang of Dream

29 Jun 2009


Di mana harus ku mula bicara, aku baru balik dari KL selepas menghantar jentera ku ke bengkel untuk meningkat taraf kepada sesuatu yang lain. Sehingga coretan ini di tulis hampir 10k telah terbang berlalu pergi umpama? Umpama apa yea? Umpama mimpi dalam mimpi? Umpama buih-buih di lautan? Umpama sepoi-sepoi angin petang di Pantai Rompin? Walau apapun semua nya ada tafsiranya bagi setiap yang menginginkan maksudnya. Semuanya betul, semuanya benar dan 10k itu adalah reality yang telah aku taburkan kepada sesuatu yang di sayangi. Terbayang juga kalu beli cincin saiz 10 atau 11 baru berapa sangat rm 500? Berbicara mengenai barang kemas semalam juga aku telah menemani ibu ku ke kedai emas dia membeli gelang tangan bernilai 1.4k, ceh gempak je tapi dia trade in gelang tangan lamanya top up dalam rm 320 je. Nilai emas bertambah setiap masa, aku rasakan ia merupakan satu pelaburan yang bijak di samping mengikuti trend terkini. Tapi terus terang aku katakan aku memang buta barang kemas nampak cam sama je design nye. Di satu sudut aku terpandang koleksi cincin-cincin yang ada, lagi sekali aku di hantui perasaan buta design aku, tengok dan aku pasti aku pasti membelinya untuk seseorang suatu hari nanti. Tapi bila? Hanya masa dan takdir sahaja yang tahu, xdelah mahal sangat kira mampu beli ler hehehehe. Di satu sudut lain aku terpandang necklace berharga rm328, design menarik perhatian aku, ingin sahaja aku membelinya. Tapi untuk siapa? Teralun lagu yang aku rasa aku ingat bait2 nye dari kumpulan Alleycat:

Setahun Sudah Berlalu Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedariKu petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri

Kesepian memaksaKu lihat wajah di cermin
Terpandang parut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini

Layan lagu plak, berbalik pada jentera yang terpaksa aku tinggalkan untuk sebulan di sana, susahlah skit pergerakan aku ke sana ke mari. Aku terpaksa bertahan lah, umpama kehilangan bini gitu. Warna apa yea? Hehehehehe rahsia (bila rahsia mana bleh tau)

Di opis hari ni ada meeting mengenai perpindahan, aku sedar minggu ni memang sarat dengan meeting lagi. Aku cuti hari ini. Esok meeting lagi mengenai Festival Membaca 2009 Ogos nanti, berjayakah program ini kita lihat di lauahan aku dari semasa ke semasa.

Organisasi lama aku sedang bergolak mengenai penstrukturan semula, S41 ada 1 kekosongan dengan permohonan yang banyak aku secara peribadi mengatakan bahawa mereka sudah ada calon, mengapa yang datang tidak boleh memikirkan itu semua? Sangup datang untuk menjadi beruk sarkas minta menjawap soalan yang bukan2, minta di perbodohkan untuk wayang mereka yang sekadar melengkapkan prosedur. Walaubagaimanapun ini sekadar pendapat peribadikanku sahaja. Antara M,MN dan SNP? Atas kertas aku pilih M.

Bagaimana pula lompatan beruk2 S17? Lagi maha hebat nak tetap tapi reality nya terpaksa berkorban segalanya, seniority, tangga gaji dan lokasi. Interview selesai, sekarang dok melompat kalu dapat tetap terpaksa memilih lokasi lain. Serba tak kena? Mengapa? Takut sangat berpindah ke tempat lain, pada aku itu nilai yang terpaksa di korbankan dan di fikirkan secara rasional sebelum memasuki kamar interview. Mereka mengambarkan mereka bijak, haruslah terfikir persoalan itu. Mengapa takut berpindah di negeri sendiri? Mereka aku boleh gambarkan sebagai mereka yang ingin kalau boleh pejabat depan rumah sahaja, tak nak bergerak kemana2.

Commonlah buka permikiran wahai si bijaksana sekalian. Berpindah dalam negeri sendiri sahaja bukan melibatkan negeri lain, tak keterlaluan aku katakan mereka ni seperti nak duduk bawah ketiak mak bapak sahaja, marah? Kau fikirlah sibijaksana. Untuk berubah kita perlu berani, berani di tafsirkan sebagi suatu yang global dari semua segi. Kesimpulan mudah aku senang sahaja “ TAKE IT, OR LEAVE IT”

Teringat aku salah seorang S17 di sana: gaji rm 1200, tanggungan umah rm600 + kereta rm 500 + lain2 rm500 = apa yang tinggal? keje nyer main pinjaman peribadi dan main overlap, sampai bila? Hari-hari datang kerja mata bulor tgk graf saham kat monitor Forex forex forex… Aku tak sanggup hidup susah camni.

Tahniah untuk S22 baru semoga dapat melaksanakan tugas di lokasi baru, idea dan pandangan di minta insyallah kan di kongsi bersama. Kesetiaan kamu selama aku berkhidmat dulu akan ku usaha membalasnya selagi termampu dengan idea pemikiran yang dikurniakan oleh tuhan.

Hai R.sweet………