Blogger Backgrounds

Rabu, 12 Ogos 2009

library bocor, Guni Kosong, 10000
























Library bocor
Siling jatuh ketika hujan lebat, unit aku digenangi air, abis plug atas lantai di penuhi air. Unit aku lumpuh sama sekali



Guni Kosong

??.apa itu guni? Aku nampak segalanya. Ketiadaan jenteraku di sisi menjadikan bas merupakan kenderaan pengangkutan rasmi ku bagi perjalanan jauh. Bagaimana harus aku bermula, biarlah bermuala dengan usia tua. Kita tentunya biasa mendengar “setiap manusia pasti merasa mati” kata-kata yang mungkin menginsafkan kita dan terfikir adakah hari esok merupakan saat kita merasai itu. Bagaimana pula dengan “setiap yang muda pasti tua” oh ya ada peluang untuk insaf lagi so taklah takut sangat macam merasai mati. Seat aku kebetulan bersebelahan dengan sepasang suami isteri yang aku rasakan lingkungan usia 60 an ke atas. Yang lebih menarik perhatian ku adalah satu beg besar dan juga guni kosong (aku kira di dalam guni itu ada lagi 3 atau 4 guni lagi) yang dibawanya. Teguran dari attendan bas yang menyuruh pakcik tersebut meletakkan di perut bas, aku juga terkilan dengan teguran slumber yang aku kira sedikit kurang sopan. Tak boleh ke bercakap dengan lebih mesra dengan orang yang lebih tua dari nya? Berdosakah bercakap dengan lembut? Hari ini mungkin generasi muda dan mungkin generasi seperti ku atau aku sendiri telah mula mealpakan golongan tua. Aku rasa aku tidak tergolong dalam kelompok mereka. Setiap kali aku memandang golongan ini, pertama aku mengingati kedua orang tua ku di kampung - dan ke dua aku juga akan tua seperti mereka suatu hari nanti. Segala rupa dan batasan pergerakan akan aku hadapi juga nanti, Jadi mengapa harus aku tidak menghormati mereka. Fikirkan sedikit tentang hukum karma, dunia mungkin adil untuk manusia Cuma manusai sahaja yang tidak mahu mengakui keadilan itu jika tidak memihak kepada mereka. Takpelah itu kejadian yang aku lihat mungkin untuk membuat ku merenung tentang erti kitaran hidup di dunia ini.





Gambar ke 10000

Hari ini dalam tak sedar kamera ko mencatat gambar yang ke 10000, bila di fikir banyak dah gambar yang aku telah ambil semenjak memiliki kamera digital ini. Banyak suka duka kehidupan aku dan juga orang lain yang telah aku rakamkan. Setahu apa yang aku ingat kebanyakkan gambar yang di ambil adalah gambar oaring lain. Aku sedar hakikat jurugambar mereka banyka merakam gelagat orang dari diri sendiri. Gambar hari ini mungkin tidak bernilai kini, siapa tahu 20 tahun akan datang. Gambar mampu member pelbagai makna bagi yang menatapnya. Aku harap apa yang aku buat kini mampu memberi orang untuk berfikir di masa hadapan.