Blogger Backgrounds

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ada sesuatu yang jauh



Minggu ni di rasakan ada sesuatu yang jauh dariku, entahlah tiada sms yang tiba-tiba datang, senyap segalanya. Aku sedar dia jauh di sana. Aku bukanlah gila bayang tetapi sekadar meluah isi hatiku sendiri. Tiada apa muslihat terselindung, ingin melakar gerak hati di dalam blog ini. Orang kata luahan itu suatu kelegaan dan kebahagian kepada kepuasan perasaan. Seronok juga layan perasaan ni, tambahan pula perasaaan itu suatu realiti dahulu.


Terfikir juga bagaimanakah keadaan dia di sana, tentu bahagia di samping orang tercinta, baguslah itu seharusnya apa yang dia patut miliki selepas ikatan itu. Hidup aku tetap begini, tetap bernafas di bumi baru sejak setahun yang lalu. Aku rasa aku bahagia di sini, mula mencipta kehidupan di laluan yang kadangkala seperti pernah aku lalui. Pengalaman memandu aku untuk terus menghargai dan mempelajari kehidupan supaya kesilapan tidak menghantui. Bos aku kata “ langkah pertama itu adalah pengalaman untuk terus kelangkah seterusnya” bagus juga otak orang tua tu dengan bait ayat yang aku benar-benar suka.


Semalam lagi badan aku ni rasa macam kurang sihat sahaja, mungkin nak demam agaknya. Mengikut rekod kali terakhir aku deman adalah bulan Julai tempohari. Kalu demam aku rasa pun patut, ye lah kita ni manusia sahaja, sekali sekala badan pun mahukan rehat di rumah. Walaupun banak cuti yang aku ambil semenjak Julai tetapi setiap cuti ader keperluannya, ini bermakna ia bukan rehat. Lagipun lama tak tengok muka doctor. Malam ni aku berusaha untuk makan ubat yang ada dalam simpanan,kalau tak sihat nah ke klinik sahaja bukan kena bayar pun, organisasi bayar.


Sehari dua ni banyak juga blog yang aku baca, pelbagai ragam manusia dapat di lihat, berkembang minda aku ni, semuanya luahan-luahan yang aku rasa aku hormati semuanya. Aku akan terus mengikutinya demi memahami erti manusia di dunia ini melayan perasaan mereka terhadap sikap manusia di sekeliling mereka.
Buat dia di sana


“hanya itu bahagia di hati”