Blogger Backgrounds

Khamis, 5 November 2009

Adakah Hari Ini Untuk Esok?

Dalam bait-bait lagu Mawi ada menyebut:


Kian jauh

Kian hilang

Kasih antara kita



Nampak tenang

Pada zahirnya

Tapi batin terseksa


Yang terguris tak nampak dimata

Yang terhiris terluka

Sesekali terbit air mata

Tahan sebak didada


Ke manakah..

nak dibawa

Resah kian melanda

Di manakah

Hendak ku khabar

Pilu di dalam dada


Bila kasih di hujungnya nyawa

Rasa ingin dimanja

Perasaan pun kian tersentuh

Bila rindu ini berlabuh


Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu

Kita singgah di dunia yang sementara

Penuh tipu daya


Yang kekal

Disana

Biarlah..kita bersama


Usahlah

Hanyut terus terlena

Kerana dunia


Pada aku masih ada

Kasih belum terhakis

Sebenarnya..

sudah lamaKu sungguh berkecil hati


Lama dah aku berfikir dengan bait lagu ini yang aku highligtkan itu, aku kaitkan dengan kehidupan ini
Pergi kerja balik kerja? Apa sebenarnya aku cari dalam pekerjaan ini? Aku dah mula terfikir sejak di Pantai timur lagi. Ada member aku kata, dah tiba masanya untuk berniaga??? Emm aku tak rasa kearah tu pun. Cuma yang aku rasa hidup ini telah di programkan setiap Isnin-Jumaat bermula jam 8-5petang adalah waktu bekerja. Tapi bila balik rasa “apa aku buat ni?” tak sudah macamni je pergi balik pergi balik, cukup bulan dapat gaji, kerja lagi pastu cukup bulan pastu semua sama je program yang direncanakan. Aku tiada jawapan untuk itu semua. Mungkin aku patut set satu misi yang perlu aku capai dalam jangkamasa tertentu. Rasanya dah ada kot tapi itu still mengikut program yang dirancangkan juga..aaaa pening dah aku…..


Susah juga kalu hidup ini terlalu sempurna sehingga aku tak mampu berfikir ke arah sesuatu yang kita lalui hari-hari tapi ia menjadi kesoronokan beserta kepuasan. Adakah kebosanan hari ini akan memberi kebahagian di masa akan datang. Aku harap ada jawapan di sana dari hari ini.