Blogger Backgrounds

Selasa, 10 November 2009

Nice to sing but sad to feel



Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini kucoba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


Best juga layan lagu ni tak susah, lirik tak konkrit senang ingat, rasa macam ada kenangan dengan terlukir lirik ni, harap dia mengerti, setiap kali di dengari aku hanya mampu senyum, sedih dan kecewa sendiri. Namun aku tetap hidup dan meneruskan langkah seperti manusia-manusia lain di bumi ini.

Cuma mungkin adakah lagu lain bakal mendendangkan aku di saat dan tika apabila dia semakin jauh, jauh dari dunia biasanya dan dunia yang aku pernah diami dulu.

Dunia di mana, dia membesar, dunia segala saudara, dunia kerjayanya dan mungkin dunia aku dan dia mengenali di antara satu sama lain serta dunia yang memisahkan dia dan aku, yang penting semua itu dunia kebahagiannya yang telah membuatkan dia senyum, gelak dan terhibur. Aku tak sanggup tinggalkan dunia aku. Pasti ada sebab yang kukuh untuk itu. Itu takdir tuhan? atau perancangan manusia?

Welcome back Halim Othman untuk seminggu

Pagi-pagi sebelum pergi kerja aku selalu layan radio dulu sambil breakfast kat umah je, coz aku malas nak kelua minum jam 9pagi, lagipun diet skit2 ni hehehehe nape tak percaya ke? Lempang kang.


Aku dah dengar preview ganti FaFau ni sejak minggu lepas lagi “itu lah yang kita cari” Halim is back. So pagi2 aku dah tune to Hot Fm. Walaupun untuk seminggu suara Halim ni best bagi aku antara generasi mula2 DJ yang membawa corak baru dalam bidang penyiaran radio dengan gaya penampilan moden, tidak dilupa juga Linda Onn tp dia selalu dengar kat SinarFm.

Semalam tajuk topik pagi “mimpi yang mengindahkan” emm terus tercari-cari ada ke aku ni mimpi yang mengindahkan kan? Emm ada kot lupa dah maklumlah dah tua. Tapi agak kaco mood skit tadi coz Halim putarkan lagi ‘hanya kau yang mampu’ terus feel tak best *%$%1^$&^$##R_+(*&%$@I@DM#@!#^. Anyway layan jelah untuk seminggu ni Halim.

Menatap matahari terbenam di Jeti Pulau Besar










Emm dah agak lama juga aku ambil gambar-gambar ini, Cuma tiada masa untuk masukkan ke dalam blog ni. Ok lah petang tu selepas pekena Mee bandung di Muar dan bertemu rakan lama yang lama tak jumpa di sana, lama sungguh.

Sampai rakan tu dah anak satu, dari bermain jentera kecil hinggalah ke jentera besar sekarang, dengar-dengan ada projek Mitsubishi Lancer Fiore, wau best aku pun ada projek tu so tak sia-sia berbual2 kosong seketika di tepi Tanjung Mas sambil makan kuaci sebungkus dua. Sebelum agak larut petang aku mengundurkan diri, maklumlah takut juga ada roadblock di tengah jalan kalu cerah lagi sempat gak memanjangkan leher. Beginilah nasib peminat kereta convert cam aku ni…enjoy!

Ok back to topic dalam perjalanan pulang singgah di Jeti Pulau Besar (ni jeti nak pergi ke Pulau Besar). Kebetulan matahari hampir nak terbenam, so layan lah termenung barang 10minit, 30 minit. Orang kata Pulau ni ber keramat, entahlah orang tua banyak cakap camtu, so aku yang muda ni ya je lah. Antara jeti ni ke pulau aku rasa dalam 7km je tp kena naik feri ler dalam RM15 je pergi balik.

Untuk rekod dulu sekitar tahun 2000 ada feri tenggelam dari Pulau Besar ke Jeti ni di malam hari, semua penumpang meninggal tak silap aku lah termasuk salah sorang nya saudara aku yang keje kat resort di pulau tersebut. Ahhh itu kisah lalu, layan termenung ni mulalah macam2 benda yang mencambahkan minda muncul. Tapi best otak aku jadi cool dan bebas seluas laut di hadapan ini. Hai bila lah aku dapat sesuatu yang menarik dalam hidup ni bukan harta tapi jauh lebih penting dari itu. Apa ya? Aku pun tak pasti…….