Blogger Backgrounds

Isnin, 16 November 2009

Live From Desaru







Desaru Golden Beach Hotel

Bergerak dari kampus agak lambat untuk pergi ke tempat kursus, perjalanan yang begitu memboringkan, nak buat macamana kan dah terpaksa. Hujan rintik kadangkala lebaat menyambut kedatangan aku ke daerah keramat Kota Tinggi. Ada lagenda di daerah ini, pernah tengok cerita lama Sultan Mahmud Mangkat Di Julang? Ya di sini lah segalanya berlaku ke pada Megat Seri Rama yang menikam Sultan di atas tandu dan sultan menyumpah Megat dengan “Pantang keturunan Bentan menjejakan kaki ke daerah kota tinggi, muntah darah” 7 keturunan kot, rasanya dah tamat kot sumpahan ni. Dulu-dulu aku pernah dengar ada orang mengalami gangguan sepeerti badan merah ketika menuju ke Kota Tinggi akibat dia keturunan Bentan. Tempat tak boleh lintas Jambatan Kota Tinggi. Itu orang kata, aku hanya mendengar.
Berbalik kepada perjalanan aku menyusuri Bandar ini untuk ke Desaru dan samapi ke Hotel kira-kira jam 8 malam. Tiba makan terus rehat layan kepenatan..gud nite.

Di sini tiada apa-apa

Puas aku mencari apa yang istimewa di Hotel penginapan ini. Emm hotel ni ternyata tak best, hotel lama. Semalaman aku tido sampai beku, gara-gara tak jumpa remote aircond. Sekali tengok macam aircond centralize. Tapi bila sedar pagi, suiz ada di meja sisi. Pehhh tak dapat gambarkan keadaan itu. Bagaimana aku mengharungi malam macam kat Eskimo. Untuk malam kedua tidak lagi, suasana kembali normal. Hidung aku mula berair gara-gara kesejukan semalam. Layan tv sampai tv yang layan aku.

Perjalanan Kembali

2.30 petang aku memulakan gerak untuk pulang ke Melaka semula, perjalanan di sulami dengan cuaca yang tidak menentu, kejap ujan kejab cerah. Sungguh melambatkan, badan tak letih pun jadi semakin letih di buatnya. Perjalanan ini juga membuatkan aku terbayang dan berangan dengan pelbagai memori dan peristiwa. Bagus juga otak aku dapat menguraikan kebosanan yang ada. Tiba ke destinasi jam 8 malam, makan malam dan terus pulang ke rumah. Sehingga catatan ini di tulis aku masih menjeling beg pakaian. Adusss lemah nyer nak kemas. Tolong ek…