Blogger Backgrounds

Selasa, 1 Disember 2009

Aku obsess kerja hari ini

Hari yang biasanya aku lemah untuk ke tempat kerja, tapi hari ini lain macam sikit. Gerakan pagi yang cantik apabila masuk opis terus buka planner dan buat kerja,memberi arahan kepada pembantu kanan ku melalui email (aku malas nak cakap) bagi membuat kerja dan projek, bagi tugas dan kemudian bagi tarikh serahan..settle.

Lonjakan pagi ini di ganggu kerana di paksa menghadiri seminar kecemerlangan universiti. Adus lomah den pergi duk dengar ceramah lah plak, terbuang masa aku ni kurang-kurang 3 jam. Terpaksa apa nak buat. Aku nak share skit penceramah tu bagi word “monkey see, monkey do” hahahah tabiat manusia yang suka meniru macam monyet tu jugak. Suka buat apa orang lain buat.

Banyak gak benda baru yang aku dengar walaupun dalam bahasa inggeris aku faham daa.
Petang sebelum balik termenung coz jentera aku perlu sikit2 lagi touch up, bumbung belum balut kain lagi heheheheh terbang ni ni dalam 300. Lampu kaca, seat nak balut ah, speaker, meter2 yang meriah. Kat mudah semua rege begitu mengujakan poket aku yang tak berapa nak kaya ni heehehhe.

Uhh tunggu balik Singapura dulu..Haa ada apa pulak dengan singapura ni. Tungguuuuuuu

Meriah Gath Southern Region Compact




























Ahad aku kembali awal ke Melaka seawal jam 10.30 pagi. Perlu menghadiri majlis perkahwinan staf di organisasiku. Dalam keadan kepenatan memandu lama aku terarah menjelang petang ke Bandar Maharani bagi satu gathering compact.

Pergi kira-kira jam 4 petang dan sampai kira 4.40 petang.Gath ni memang jarang diadakan, atas dasar tidak mahu menghampakan rakan-rakan aku gagahi juga. Setiba di tapak lokasi Giant Muar, Wau dah banyak jentera kompak di tapak parking.

Tak kurang dari 120 jentera compact di tempat kejadian. 3 lot kedai di penuhi deretan jentera kami. Bermacam-macam modifikasi di lihat dari L2 telur hingga ke L512, begitu juga dengan team Viva dan Myvi serta Kelisa. Ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal. Ada yang dah lama tak jumpa bersua kembali di sini.


Redah je lah parking keta di antara barisan kereta yang banyak itu. Rasanya jentera aku di antara jentera lengkap di tempat kejadian. L512 berbontot ori beb, kembang hidung aku hehhehe

Aku terjumpa Adeng antara pencebur awal dalam dunia K-car, 5 tahun lepas aku jumpa dia di satu tapak autoshow jentera aku memang standet gaban lagi tapi dia dah mampu pakai bodykit termahal ketika itu, aku kagum sehingga hari ini aku berjumpa dia kembali dan jentera aku juga telah sehebatnya. Agak malang dia kini telah meninggalkan lama kancah autoshow.


Takpelah janji aku meneruskan minat selagi termampu, walaupun otak dah mula berfikir jentera besar pula.Enjoy pic above some from me some from frend..