Blogger Backgrounds

Isnin, 14 Disember 2009

Bercuti Mengenang Kenangan Cinta 3 Hari 2 Malam di Pahang









Percutian ke tempat bermain lama sebenarnya lebih kepada mengimbau kenangan yang pernah aku lalui dahulu. Negeri yang banyak ajar aku mengenai kehidupan, perasaan dan pancaroba dalam berhadapan dengan kerenah manusia. Setiap inci laluan jalan yang di lalui pasti ada cerita yang aku kadangkala senyum, berfikir dan sedih sendirian.

Warna-warni inilah yang aku mahu ingati semula, bagiku sejarah itu untuk dikenang dan di hayati setiap kejayaan atau kekesalan yang kita pernah lalui dahulu supaya kita mendapat pengalaman dalam melalui masa-masa kehidupan kita di hadapan. Berbalik kepada percutian ini aku mengumpul segala orang yang aku kira ingin temui dalam satu jadual, dengan harapan dapat di kejar dengan masa, maklumlah aku ni seorang yang ber planner so kena lah tulis susur galur perjalanan, chewahhh cam VVIP gitu.

Aku sedar Pantai Timur sekarang berada dalam keadaan kehujanan, membawa jentera cantik merupakan satu kesilapan ke sana, tapi apa boleh buat jentera ini juga mempunyai kenangan di sana. Terpaksa redah kehujanan yang di hadapi sepanjang perjalanan pergi dan sempat meremang bulu roma apabila berselisih dengan abang X-men di jalanan, mujur segalanya terlepas. Jumaat lebih kepada Daerah Rompin, Sabtu dan Ahad lebih berfokus ke Kuantan. Ini lah serba sedikit jadual ku di sana:

Jumaat 4 Dis 2009
9.00pg
Bfast dengan zuragon/ nasi minyak

10.00pg
Merenung kali Terakhir

12.00tgh
Jumpa miziboy/Jai

3.00ptg
Kuantan Parade/Megamall

5.00ptg
Sauddin

8.00mlm
Paka Turbo Garage Indera Mahkota

9.00mlm
East coast mall


Sabtu 5 Dis 2009
8.00pg
Bfast nasi lemak

12.00tgh
Gambang

6.00ptg
Nasi Ayam Gambang

8.00mlm
En. Mat Noor

9.00 mlm
megamall

11.00 mlm
Taman Kerang

Ahad 6 Dis 2009
8.00pg
Bfast nasi dagang

10.00pg
Teluk Cempedak

12.00tgh
Inderapura

2.00ptg
Bertolak pulang

3.00ptg
Chini Timur 1

5.30ptg
Tiba Melaka