Blogger Backgrounds

Ahad, 28 Februari 2010

3 Public Holiday-2 Overtime



aku bercuti n rehat duk kat umah jumaat je, sabtu dgn ahad kerja, mmg sengaja aku amik 2 sederet hari ni untuk keje so akan datang tak payah nak jumpa keje sabtu or ahad lagi senang amik sekaligus. Memang kami di sini dalam satu semester pegawai kena kerja OT weeekend walaupun tak leh claim duit tetapi off dapat dan tak tahu bila akan diambil keje 5 jam sehari so 2 hari dapat 10jam n dapat claim off satu hari. Cuti yang diberi pun ade lagi 33hari, wargghhh biasa memang konflik nak abiskan cuti ni bila tiba hujung tahung. Kerja berlambak tu yang membuatkan cuti tak di usik. Well keje weekend ni tak lah susah mana hanya duk tengok orang je dan layan pertanyaan user library, dan semestinya weekend jugak bilangan user memang boleh di kira. Duduk je lah diam2 ni layan internet sampai muntah.

Khamis, 25 Februari 2010

Imunisasi Meragam



Start balik dari kelantan aritu , imunisasi badan aku meragam giler

kelayuaan pada hari isnin membawa kepada MC hari Rabu, yes aku demam di tambah plak dengan cuaca yang panas mengila sekarang membuatkan segalanya bertambah-tambah merana. Hari ni keje kena bantai dengan aircond plak, mencair dah otak aku, badan pun sakit-sakit. well need to go back awal, nak rehat....

Selasa, 23 Februari 2010

Pertandingan Kumpulanz Inovatif Kreatifz Wakil Universiti




































17 hingga 20 Februari 2010 aku sekali lagi ke Kelantan bagi menyertai pertandingan KIK mewakili Universiti. Hebat sungguh ini merupakan kali pertama Universiti tempat ku bekerja menyertai pertandingan ini. Kiranya merupakan perintis lah team ni. Team seramai 8 orang dari perpustakaan mewakili university yang berteraskan teknikal, pelik bukan sepatutnya masuk kategori teknikal ni tak masuk kat bahagian pengurusan.

Apa boleh buat di antara banyak-banyak fakulti dan pusat tanggungjawab hanya perpustakaan sahaja pernah membuat KIK ni di peringkat jabatan iaitu perlawanan dalaman antara unit. Tajuk ni merupakan tajuk team aku dulu, tapi team aku sekadar dapat no2 je masa tu. Tak tahulah bos dok pilih gak tajuk aku, so automatiknya aku lah sebahagian dari team berkenaan. Nasib baik hanya sebagai penolong ketua kumpulan.

Walaupun begitu aku merupakan salah seorang presenter bagi kumpulan. Bedal je aku ni memang tak tahu malu skit so nak bercakap depan orang takde masalah. Bercerita bab perjalana memang meletihkan bersama bas eksekutif university ni kira kategori mewah lah 20 seat je. Tapi 12 jam perjalana memang azab mcm2 rasa tak sama macam perjalanan aku bersama kereta sehari dua sebelum itu.

Walaupun tak menang bagiku sebagai perintis banyak pengalaman yang team kami dapat dari pertandingan ini hasil pemerhatian dengan kumpulan university lain yang lagi senior. Kata orang sambil menyelam minum air, so acara shupping di kota baharu, wakaf che yeh dan rantau panjang tidak dapat dilepaskan.

Isnin, 15 Februari 2010

Nyaris Exciben+kete buruk+beruang koala



Aku bertolak dari Kota Bharu jam 1 petang mengikut laluan Kuala Terengganu-Kemaman-Kuantan-Mersing. Setiba di Pantai Beserah selepas berhenti makan di Pantai batu Hitam. Sebuah kenderaan berjenama Datsun 130y(sekarang Nissan coz datsun dah stop production 1986) arah dari depan aku (dr kuantan) aku (ke kuantan)boleh nak belok ke kedai makan seberang cmtu je , buta tak namapak aku dari depan, aku mmg bajet 99.9% kete aku rempuh kiri coz aku dah sehabis baik menggelak ke bahu jalan, Pehhh lega tak kena coz kete buruk ni bleh termati plak enjin dia masa nak belok. 5E#@@$%&^% punya keta buruk. Aku keluar dgn perasaan 150% perasaan marah, sekali keluar tgk org tua, org keliling mmg dah tgk dr kejauhan, aku mmg yakin nak tampar driver tu, pastu dia cakap "awak nak pukul saya ke" terus tak jadi. terus aku blah. Tua mata pun mcm tak nampak je, kang aku tampar meninggal awal plak. Pelbagai kalau timbul dalam kotak fikiran aku selepas itu:

1. Kalaulah yang datang tu lori petronas : gerenti dalam lubang kubur dah pakcik tu malam tadi
2. Kalaulah belakang aku ada kereta nonjol : gerenti aku di sapu bersama
3. Kalaulah eksiben kena belah kanan aku: hancur lah set L5 aku pastu insuran ganti yg stendet
4. Kalaulah aku tampar or tumbuk dia : mesti aku gila isim kat tempat kejadian tu

Yang penting org akan salahkan owner kete convert juga coz bawak laju sedangkan hakikat kete buruk nak reout tu sama dengan owner dia yang poyo tahap beruang koala yang cuai, serupa dalam kes mat rempit, berapa salahkah mat rempit dalam semua keadaan? Yang penting org tua selalu salahkan yang muda...tapi sedarlah dunia tua juga berasal dari dunia muda dan mereka juga pernah membuatnya. Cuba yang benar adalah semakain tua corak hidup kita akan berbeza mengikut kematangan...

Oit apa kaitan pembuka catatan aku dengan penutup catatan ni? hanya pemahaman dapat memahami..

Ahad, 14 Februari 2010

:::::Selamat Hari Kekasih::::::


14 Februari muncul lagi, selamat menyambut hari kekasih. Aku byk membaca article2 yang mengatakan haram menyambutnya. Emm jika kita ingat yang orang kristian punya dengan niat mesti haram. Aku bukan lah orang yang tebal dari segi agama tapi untuk hari kekasih ini aku sekadar mengucapkan untuk yang tersayang, mengingati untuk mengucap sesuatu sempena hari ini, hari kekasih 14 februari bukan ada niat berkait dengan fahaman orang bukan islam itu


Anyway selamat berkasih dan menghargai kekasih anda, ingin aku ingatkan bahawa kita selalu tidak menghargai apa yang kita ada masa ini, tetapi pabila ia pergi pasti kita akan menghargainya di saat kehilangan telah menjelma. Ingatlah semua, hargailah apa yang kita ada seperti kita akan kehilangannya esok.

Jumaat, 12 Februari 2010

kELANTAN PART 2

hari ke 2 yang bz, seawal pagi dah bz dengan pertunangan sepupu aku ni di ikuti dengan majlis pernikahan pada sebelah petang. Dah sesekali balik ni juga bz melawat ke sana-ke sini umah2 sedara dengan kubur arwah atuk dan nenek jugak. Terus teringat zaman kanak-kanak dlu atuk begitu bz kalu aku balik dari johor ke kelantan, dia mahukan yang terbaik untuk cucu yang jarang balik ke kampung. Memandangkan dia hanya ada 2 cucu sahaja iaitu anak pakcik aku dan anak bapak aku iaitu aku le hehhehee.

So sekarang sepupu aku dah kawen jadi hanya menunggu aku sahaja, nak kawen dengan sapa ni? dulu ada dia, tapi aku dah kehilangannya, emmm kisah lama tak perlu di ungkaikan banyak sangat, tapi kadangkala aku ni masih lagi teringat-ingat kat dia seolah-olah dia masih miliku, senyumannya, ketawa manjanya, merajuknya, pendiriannya dan rintihanya. Semua itu berguna bagiku untuk terus menulis di blog ini.. sampai masa untuk takdir aku oleh tuhan pasti tiba, tapi apakah takdir itu? hanya tuhan yang tahu.

Khamis, 11 Februari 2010

Hello Kelantan

aku bergerak dari rumah jam 12.30 pagi semalam, menempuh perjalanan yang penuh kenangan sekitar jam 2pagi-4 pagi. yea sudah tentu perjalanan Mersing-Endau-Tg Gemuk-Kuala Rompin-Nenasi-Pekan-Kuantan. Apa yang aku bayangkan sepanyang perjalanan hanyalah suatu kenangan yang indah dahulu, tak sangka dalam kegelapan malam itu aku tersenyum panjang sendirian. Uh sungguh manis semuanya sukar di gambarkan dengan kata-kata. Aku lega dengan semua itu.
perjalanan ke kota bharu ini banyak membuatkan aku kerap berhenti kerana terlalu mengantuk, bahaya jika di teruskan. Sehingga lah jam 1 tghari barulah aku tiba ke Kota bahru. Check in hotel selepas itu pi makan tengahari. Cuma ada sedikit kenangan semasa di Paka, brhenti bfast di sebuah kedai, pelayan wanita di kedia itu lain macam ku rasa, mesra semacam apabila berhadapan dengan aku sehinggakan nak bayar pun dia masih duk dekat dengan aku seperti ada sesuatu yang di minatinya, aku perasan itu semua tapi apa boleh buat, aku bukanlah mudah dengan itu semua, dia seakan terlalu suci untuk semua, perjalana diteruskan. selamat tinggal awek paka..esok hari baru...

Isnin, 8 Februari 2010

Men ‘SPA’ jentera ku



Lama dah tak membawa ke spa jenteraku, bukan apa, tak semua bengkel bleh di redah masuk mcmtu je kalu tak tahu performance nyer, sebab kat mesia ni rama sangat org yang pandai. Susah nak pilih bengkel yang betul-betul perfect.


Weekend je aku dah terbang lebih kurang RM 600 untuk jenteraku. Absorber, brek pad, service radiator, tukar stopper, gear oil, brake fluid, spring depan, allingment dan benda-benda kecik yang lain. Emm nak wat cmne kan terpaksa lah nak bagi semuanya sempurna. Service baru lps bulan lepas ni kira tambahan bagi barang-barang yang aku boleh cari sendiri dan pergi bengkel upah je masuk-masukkan.


Tak rugi ada pengalaman and tau apa yang diperlukan oleh jentera kita, beli sendiri kat kedai sparepart lagi murah dr suruh bengkel belikan di samping kita bleh tau jenis2 barang kat kedai alat ganti tu tambah2 plak dapat free gift hehehhe. Weekens juga menemankan member aku pergi survey n cari rim.


Well dapat semua dlm rm1700 selepas trade in rim lama, ok ah tu berbaloi bagiku, huhuhu rim baru ler dia 16” advanRG gold dengan tayar 205/45/16 Cuma aku aku rasa dia perlu lowered kan kete skit baru Nampak smart. Maklumlah sekarang zaman lowered sudah kembali. Tapi kete aku tetap tak berapa lowered, biarkan begitu janji best layan bumping di samping melarikan diri dari pihak berkuasa.

Kenapa asyik fikir cepatlah weekend?

Sejak keakhiran ini aku juga sering memikirkan hujung minggu, datanglah hujung minggu dengan cepat. Walaupun aku sendiri kurang pasti apa aku nak buat pada hujung minggu itu. Tetapi perasaan ini seakan melonjak untuk menghadapi Sabtu dan Ahad dengan ceria. Maybe salah satunya I not in mood for working….uh bila lah semua ni akan berakhir. Sejak akhir-akhir ini juga aku seakan menjadi pakar rujuk dari semua kengkawanku dengan masalah kerja dan juga cara menghadapinya dan mengatasinya.

Wah hebat, mereka datang minta pendapat so aku bagi lah pendapat. Aku mengharapkan jawapan aku mampu memberi mereka ruang untuk jalan seterusnya. Tetapi hakikat aku sendiri masih mencari jalan bagi kerjaku sendiri. Aku sehabis daya hendak setiap arahan yang diberi oleh bos di fahami mereka dengan cara mudah tanpa mengusutkan jiwa yang pastinya sedang kusut apabila datang kepadaku.

Well aku ni sampai bila harus begini??? Tolong aku…………..

Selasa, 2 Februari 2010

Mood belum wujud???

Dah hampir 3 minggu aku ke unit baru, emm nampaknya aku belum serasi lagi dengan unit ini. Entahlah datang pagi-pagi pun mcm lemah je. Dulu masa di unit lama tak pula aku merasai sikap sedemikian. Adakah ini unit baru atau aku memang takde hati dengan unit ini? Atau bilik yang tak best? Atau aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja peribadi? Yang penting I’m not in the mood. Aku kerapkali melihat planner, ade tulisan tapi sekali lagi persoalan I’m not in mood menjelma. Terpandang juga gambar kenangan ku dan dia…senyum…………

Isnin, 1 Februari 2010

Hari Wilayah Autoshow