Blogger Backgrounds

Khamis, 29 April 2010

Langkah Seiringan



Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang
Menjelma lagi
Terbayang saat-saatYang manis
Ketika bersama dahulu


Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dariku
Bayangmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku


Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan

Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...
Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat yang manis
Ketika bersama dahulu


Ah...ah...ah...ah

Ah...ah...ah...ah

Ah...ah...ah...ah

Isnin, 26 April 2010

Panas Hujan Panas Hujan























Diari catatan aku pada hari Ahad ini di hiasi dengan Cuaca. Ahad cuaca tak menentu di sini, seawal pagi jadual ahadku sudah penuh. Hari ini autoshow Melaka dan kemudian tolong rakanku berpindah rumah. Semalam dahlah jam 2 pagi aku bali dari acara sound system challenge, pekak telinga aku ni jantung juga bergoncang dek kegilaan mereka-mereka yang taksub dengan system audio kereta.

Pagi lagi aku menolong rakanku, cuaca panas yang menjulurkan sedikit peluh di dahi. Balik ke rumah bersiap ke tapak autoshow yang cuacanya memang panas meleleh abis segala air peluh yang ada. Event best and gempak, saying aku tak lama di situ sebab kembali menolong rakanku mengangkat barang. Hujan pulak di sebelah petang. Aku takut je badan aku menjadi tak seimbang dek cuaca begini.

Malam pula membuat sedikit kerja pejabat yang tambah-tambah nak disiapkan. Sambil layan konsert jom heboh di Teluk Danga. Alamak ada lagu lama NewBoys ‘Sejarah Mungkin Berulang” lama tak dengar senyum sendiri ingat zaman-zaman rambut belah tengah dengan baju T shirt belang.

Hahahhaha senyum sendiri mengingati kenangan muda.

Sejauh mana mampu bertahan
Sampai bila harusku kenang
Setiap kali bertentangan
Tiada ketenangan
Cemburumu merantai hati
Meleburkan semangat diri

Bila aku kenangkan kemanisan lalu
Semua itu ku ketepikan
Andaiku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati…
mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkauku maafkan
Oh kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu
Berpanas hujan berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati
Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indahnya pada di luar
Tapi penuh kepalsuan
Bila ku tiada
Terbuktilah
Betapa aku pula di sisimu
Sejarah mungkin berulang

Jumaat, 23 April 2010

Minggu Yang Ligat



Minggu ni kerja Cuma 4 hari sahaja, coz isnin aku mengambil cuti rehat. Tapi walaupun 4 hari dirasakan amat berkualiti keran dipenuhi kerja-kerja yang berfaedah untuk dilaksanakan dengan sempurna. Seperti biasa aku sangat menunggu hujung minggu, hujung minggu ni juga jadualku telah penuh. Pertama membantu rakanku zaidi berpindah rumah dan Kedua Autoshow di Melaka ini sendiri.
Kalu cuaca panas tentunya semakin meletihkan. Melakukan sesuatu perkara tanpa banyak keranah dan yang penting di sukai adalah sesuatu yang amat tinggi kepuasan walaupun menghadapi kepenatan yang agak tinggi. Biar aje, yang pasti weekend is the best. Gaji dah masuk weekend juga masa untuk penyelesaian segala komitmen yang ada. Haiii gaji untuk komitmen.

Khamis, 22 April 2010

Percent naik?


Aku tak faham dengan situasi ekonomi Negara, orang kata ekonomi teruk kita pun teruk? Ingat 1997? Teruk sungguh…Ok bagaimana pula sekarang? Ekonomi dah pulih kata Menteri Utama yang berasal dari Pekan Pahang, ligat ke sana ke mari mencari peluang pelaburan untuk pelabur. Aku yang buta pasal ekonomi ni pun ingat dan percaya bahawa kita telah lepasi gelombang 1997. Jadi macamana? Ekonomi dah pulih adakah kita pun boleh hidup selesa? Jawapan kita selesa tak pernah ada jika kita hayati betul2. Kita tak perlu jadi seoarang yang expert dengan ekonomi untuk melihat perkara2 asas di sekeliling kita. Bagaimana harga barang? Minyak punca segalanya…Jadi apa erti pulih atau pun meleset..tiada apa-apa perubahan bagi kita yang rakyat biasa ni.
Kita belum lagi recover sejak 1997 hari tu.Kita cuma hidup dgn masa yg dipinjam.Semua company/bank yg sepatutnya lingkup samada di malaysia atau US, hidup atas injection (bailout) duit monopoly.Sejak tahun 1997, inflasi naik 3 kali ganda.....tapi gaji fresh grad masih sama mcm 1997 jugak.dulu masa Great Depression, US ambik masa 25 tahun, dari tahun 1929 sampai 1954 utk pulih.cuma kali ni, punca masalah bukan mcm thn 1929 dulu.Samada blh pulih dan balik mcm asal takde sapa yg tau..
Berbalik kepada percent yang naik, weekend lepas aku berkesempatan pergi ke show room Tan Chong Motor pengedar Jentera Nissan di Malaysia. Nak tengok-tengok jentera yang menjadi target utama aku tahun ini. Wau 2 bulan lepas percent nya 2.80 untuk 9 tahun dan bayaran bulanan untuk 108bulan adalah RM881 dengan deposit 10%. Bagaimana pula dengan percent aku lihat hari ini? Yup 3.40% untuk 9 tahun dan bayaran bulanan untuk 108bulan adalah RM1051.. Peh tinggi naik, terus meneguk air liur untuk sebuah jentera 1.6 berharga 88k. Apa sudah jadi? Sekelip mata kau berubah?

Berkira-kira sekarang bukanlah masa terbaik untuk membeli jentera. Sedangan jentera second percent semakain naik 4.30% untuk 9 tahun. Kalu dikira-kira sama je cm amik kereta baru. Mengapa?
Kereta baru nilai tinggi (88k) percent rendah (3.40%) =100k
Kereta second niali rendah (68k) percent tinggi (4.30%) =90k
Ekonomi oh ekonomi

Rabu, 21 April 2010

Compact Gath: Kcar Life Southern 11 April 2010