Blogger Backgrounds

Isnin, 24 Mei 2010

Bercuti lagi : Ke mana?


aku akan bercuti ke mersing this 28-29 Mei ni..huhuhu tgh survey tempat menarik untuk di kunjungi. Chalet dah tempah, so apalagi menikmati keindahan pantai lah sambil menyapa angin yang sepoi2 bahasa...huhuhuhu

Jumaat, 14 Mei 2010

Berkursus 12 -13 Mei 2010


2 hari aku berkursus di Seri Malaysia yang berkaitan dengan bidang pengurusan risiko. Emm agak membosankan kerana pencermah sibuk bicara pasal leadership. Aku pun tak tahu apa kaitan risiko dengan kepimpinan. Dah pergi dengar je lah. Pulak tu sampai 2 hari. Haiii tahan jelah janji makan free dan dapat lari dari kepeningan opis.

2 kali terserempak?

Berbicara imbuhan ‘ter’ adalah merupakan perkara yang kita hadapi secara tidak sengaja, bukan di atur oleh diri, kira nasib sendiri ler. Sama ada baik atau buruk sesuatu ‘ter’ itu terpulang pada individu itu. Berbalik kepada aku, ‘ter’ yang dimaksudkan adalah sesuatu yang buruk. Terserempak dengan JPJ ronda adalah sesuatu yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan tangan terketar serta darah menjadi kering. Bermain kereta convert bukan baru bagi aku, biarpun angka 11 tahun begitu lama namun kecuakan terserempak dengan objek berpajero biru dan kini berwarna oren dijalan raya adalah sesuatu alergi yang amat membahayakan, lebih bahaya dari segalanya. Kira tahap boleh membunuh serta merta di tempat kejadian.


Pagi yang indah semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas tiba-tiba aku terserempak dengan pajero biru ini di suatu persimpangan. Mujur dia di depan dan terdapat persimpangan jalan di hadapan yang membolehkan aku menyimpna ke kiri. Cuak sebab lampu amaran pajero berkenaan telah dinyalakan apabila melihat jentera ku. Aku tak pasti sama ada lampu itu di tujukan kepadaku atau lori dibelakangku.

Ketar memang tak hingatlah mujurlah aku tak mudah panik di tempat kejadian.
Petang semasa pulang bertugas aku menggunakan jalan belakang, tujuan mudah sebab dah terserempak di jalan hadapan pagi tadi, punya lah jodoh aku dgn pajero biru ni kuat ahri ini sekali lagi terserempak membuatkan aku menyimpang ke stesen minyak berdekatan. Di kira-kira apa punya malang hari ini. Haiii mujur tiada yang ke tiga.

Selasa, 11 Mei 2010

Sikap vs Pistol



Tiga kes anggota polis menembak remaja dalam masa 2 minggu begitu meloyakan aku. Agensi kerajaan yang aku amat percaya menjaga keselamatan kita dari orang jahat, bahasa mudah bukan, tak perlu bahasa yang susah untuk di fahami. Diri kita sejak dari kecil lagi telah dipegaruhi oleh sentimen kepolisian itu hebat, nak jadi polis atau askar merupakan cita-cita biasa bagi kita disekolah. Aku pun tak faham masa tu, tapi yang aku pasti ia hebat.

Menjelang remaja, kita takut pula polis entahlah yang aku tahu juga polis tangkap orang salah, walaupun hakikat aku tak bersalah tapi kita tetap takut dengan polis. Pergerakan polis di kaitan dengan orang jahat jadi pergerakan mereka kepada kita merupakan sesuatu yang di takuti kerana merasakan kita orang jahat itu. Orang jahat kita tidak kenal walaupun mereka mendekati kita. Perbezaan juga mudah mereka tidak kita kenali berbanding pakaian seragam polis itu sendiri.
Dari dulu sehingga kini aku juga terdetik takutkan sentiment kepolisian ini. Roadblok, rondaan kereta peronda, rondaan jalan kaki dan pelbagai lagi cara mereka menjalankan tugas. Aku di memek kan dengan maklumat yang mengatakan mereka ini sedikit kasar melayan pesalah walaupun belum terbukti bersalah tambahan pula aku tidak mengetahui hak-hak seorang awam. Jadi tindakan mereka betul atau salah kita tidak ketahui.

Berbalik kepada kejadian tembakan tersebut, aku mungkin mengandaikan bahawa segala tindakan dipegaruhi oleh sikap geram dan tidak puas hati terhadap orang yang dikejar. Macam orang awam dapat tangkap peragut, apa diaorang buat dulu untuk melunaskan rasa marah? Fikirkan. Berkaitan senjata api aku mmg tak boleh terima penggunaan terhadap kes-kes yang tidak dinilai terlebih dahulu sebelum tembakan dilepaskan. Tembakan tersasar, apa guna ada kelayakan menggunakan senjata api jika tak tahu menembak. Seharusnya anda pakar dalam bidang anda, jika tidak pakar cari sahaja kerja lain yang anda rasakan boleh pakar. Ada pepatah mengatakan “ u not relevant in here, if u don’t know how to you job’
Sekarang terserah kepada panel khas bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan ketelusan mengemukakan fakta sebenar kepada umum jika tidak mahu sentiment ketika remaja aku menyelinap ke remaja lain. Ini sekadar luahan dari perpektif aku bukan untuk mencerca tapi memaksa untuk aku berfikir, sama-sama berfikir. Walaubagaimanapun pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” harus tidak diberikan. Kerana jasa selama ini yang panjang boleh meneutralkan keadaan, takkan kerana 3 kes hancur segalanya.
Dari itu ubahlah perpektif anda jgn bawa perpektif cepat melenting sebaliknya melenting dengan fakta. Jangan salahkan lantai jika kaki tiada. Love peace not war.

Isnin, 10 Mei 2010

Program Kemasyarakatan 2010 Berjalan Lancar



3 bulan bersedia, 4 hari bekerja all out. Apa yang boleh digambarkan dengan ayat pertama aku? Kerja last minit..aku sememangnya amat-amat kuasa lapan belas tak suka dengan kerja last minit. Apa nak buat dh bos wat keje last minit, release persetujuan dr dia last minit, aku dn ajak mcm kete drift wat persiapan untuk program ini.
Abis semua selekoh kami sapu, sampai yang tak bersalah di selekoh tu pun aku sapu sekali. Alhamdulilah tak banyak pulak kerenah bos. 4 hari segalanya berjalan lancar bagi persiapan. AJK aku kecil sahaja jika dibandingkan tahun lepas, so terpaksa mengerah tenaga 2 kali ganda. Well secara peribadi aku sukakan aktiviti membuat program ini.
Teringat zaman di organisasi lama, memang wajib buat, lupakan seketika itu semua berbalik kepada program aku kini. 8 pagi-11mlm memang letih tapi bila tiba at the end memang puas, esoknya 1 hari aku lepak di rumah xsemangat nak keluar, jeling jentera hujung minggu aku pun xlarat. Jumpa lagi untuk tahun 2011, dimana?
Saya yang menurut perintah bos..

Isnin, 3 Mei 2010

Apa itu salam 1 malaysia?



Entahlah aku pun tak tahu bila semua ini terjadi, semasa pelantikan PM terkini ni aku berkursus induksi di Port Dickson.
Hal-hal bab mengikut2 ni mudah je popularnya, hakikatnya aku pun tak tau apa makna sebenarnya salam ini, aku bukanlah jenis orang yang terus mengikut tanpa sebab dan kerelevanannya. Tapi membuat aku terfikir dulu apa semua ini? apa simboliknya?
Di akhiran ini semua orang dimesia ni sana sini penuh dengan angka 1 yang bertatahkan bendera Malaysia kat belakang tu. Nanti lepas 1Malaysia, akan ada 2Malaysia 3Malaysia.. diikuti dengan beratus-ribu Malaysia. Heh. Apa jadi dengan Cemerlang, Gemilang Terbilang, Wawasan 2020 dan sebagainya slogan dedulu tu? Habis digantikan dengan 1Malaysia eh? Islam yang Hadari juga telah tiada, batik itu batik ini juga telah tiada.
Mengkikis minda orang Malaysia ni cukup mudah bila ia di lakukan oleh mereka di tahap tertinggi. Orang yang populor juga
Tapi 1Malaysia neh betul-betul menyakitkan hati aku lah. Apa yang aku sakit hati sangat dengan 1Malaysia neh?

Hakikat yang sekarang ini, pengacara majlis, DJ Radio, pengacara bidang terjun, hos tv.. semua pakat-pakat gantikan Assalamualaikum dengan perkataan Salam 1Malaysia. Apa bendanya salam 1Malaysia? Apa aku nak kena jawab kalau dengar orang ucap Salam 1Malaysia kat aku?

Kalau tak mereka gantikan Assalamualaikum, mereka gantikan pula dengan macam neh 'Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia'. Setahu aku bagi menghormati mereka yang bukan Islam, kita ucapkan Salam Sejahtera. Sejak bila salam sejahtera neh berganti dengan 1Malaysia?. Yang tang salam sejahtera tu tak banyak la, yang banyak tentulah... hi semua... Salam 1Malaysia.
Cis, rasa nak sepak je pengacara majlis tu. 1Malaysia 1Malaysia jugak bang akak. Salam 'Assalamualaikum' tu tak boleh revert back macam asal ka? Serius aku rasa annoying la dengan Salam 1Malaysia neh. Nanti habis generasi jumpa pakcik makcik depa cakap 'Salam 1Malaysia, pakcik' sambil cium tangan.
Hoh.... tak mampu aku nak bayangkan bagaimana aku nak explain yang Asslamualaikum itu tidak sama dengan Salam 1Malaysia. Dulu-dulu boleh juga terangkan Assalamualaikum tu untuk orang sesama Islam, Salam Sejahtera tu untuk yang bukan beragama Islam. Dah Salam 1Malaysia camne pulak tu?
aku percaya lambat laun bila berubah kepimpinan negara ini akan ada pula slogan lain yang menjajahi minda untuk mengikut2. Sama ada kesan nya baik atau tidak terserah bagi yang mencipta. Aku tak berani nak kata salam 1 melaysia tu tak baik atau negatif, cuma kadangkala takut kehormatan bersapa dari keagamaan itu hilang.