Blogger Backgrounds

Jumaat, 11 Jun 2010

Aku Marah Sangat

Semalam selepas balik kerja, aku rasakan amat letih dan memungkinkan aku menjadi malas untuk memasak. Aku pula tiba-tiba dalam kepenatan terasa nak makan nasi ayam, bukanya aku tak tahu membuat nasi ayam tapi dek kepenatan aku tadi, mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah restoran nasi ayam berdekatan dengan kediamanku. Tiba sahaja di restoran tersebut pelanggan ramai luar biasa, ingatkan nak makan terus kat situ tetapi tiada tempat duduk kosong. Baru aku menyedari kediaman aku berdekatan dengan Stadium Hang Jebat yang menjadi gelanggang utama SUKMA Melaka 2010 ini.

Terus ambil keputusan juga untuk membungkus, terpaksa lah beratur, dihadapan aku ada 4 orang dan belakang pula seoarang.

Lambat juga servis dia, tapi aku faham sebab ada yang membungkus dalam kuantiti yang banyak. Jadi apabila semua dibelakangku telah habis tiba giliran aku, lama juga menunggu. Hati aku menjadi panas tetiba 2 bungkusan yang siap telah diberikan kepada orang belakang aku, emmm panas sudah aku tapi dek kerana 2 bungkus itu tadi aku lepaskan dengan muka yang agak marah. Maklumler ku bungkus 1 je. Menunggu lagi selepas itu giliran aku mendapat bungkusan itupun setelah 3 kali aku cakap. Aku pun membayar, ketika aku hendak mengutip duit balik dari orang yang aku bayar terdengar dari belakang suara pekerja restoran “bang bayar kat depan ek” kat belakangku masih leka mengutip duit, serta merta aku menjadi marah dalam hati. Ketika ini aku dapat rasakan itu bukan aku.

Sebaik aku menoleh kebelakang aku ternampak seorang pekerja restoran tapi dia tak pulang ulang perkataan tadi. Aku memang menunggu dia cakap lagia apa yang dia cakap kat belakang aku tadi. Pusingan aku itu memang merenung tepat kedia , semua orang yang beratur melihat aku juga. Memang nasib budak tu baik, aku tak tahulah kalu dia ulang lagi, mau aku pekik kat dia dalam kedai itu. Serius masa tu aku memang dapat rasakan itu bukan aku. Kaunter yang dia suruh bayar tu bukan ada orang, dia nak suruh aku tercegat lagi ke tunggu nak bayar pulak, lagipun pekerja berdekatan aku kat situ sdg pulangkan duit aku pun bukan aku duk saja je. Pehh samapi luar lah aku pandang dalam kedai itu. Memang panas, aku rasa tahun ni aku tak pernah semarah semalam.

0 Komen: