Blogger Backgrounds

Rabu, 7 Julai 2010

Pemburuan Evolusi Ke Empat



Hari ini selepas menghadiri majlis perkahwinan anak jiran lama keluarga aku semasa menetap di Johor Bahru lama dahulu. Aku mengajak bapa ku berpusing-pusing di sekitar kawasan berdekatan bagi mencari-cari evolusi empat yang aku hajati sejak akhir-akhir ini. Spesis yang agak rare dan boleh dianggap super machines di kalangan machines-machines yang ada di jalanan, maka banyaklah kedai yang dikunjungi tetapi memang semua nya kehampaan berlaku.
Terpandang juga sang Type-R, apakan daya minat telah beralih arah. Sehinggalah aku terhenti di sebuah kedai yang aku terpandang adik-adik evolusi empat iaitu si evolusi tujuh. Emm memandangkan ia memang diluar bajetku, aku taklah terpandang dan memandang sangat adik-adiknya itu. Masuk ke dalam sikit, yea?
Terpandang seekor evolusi empat yang dihajati. Alamak malang, Tanya punya Tanya, sekali itu kete tokey kedai lah. Ciss mesti xnak jual. Memang betul beliau tak nak jual pun. Hampa sambil memesan kepada pekerjanya jika tersepak atau terpijak dikedai lain silalah berhubung dengan ku.
Dalam hirarki jentera di jalanan, yang aku boleh simpulkan spesis jentera boleh ditafsirkan kepada executive car, super car, MPV, SUV, compact, or production car? Terpulang menilai. Adakah jentera anda supercar? Atau production car? Atau sekadar masuk pintu, start engine, jalan pastu langgar biawak hehehhehehehe

0 Komen: