Blogger Backgrounds

Sabtu, 21 Ogos 2010

11 hari yang lancar


Leka dek tugas seharian xsangka dh 11 hari berpuasa, itu pun setelah terdengar di radio selepasa bersahur. Kalau tak memang malas nak amik port kira pun. Bangun sahur dan sibuk berbuka, berbuka pun kekadang je kat luar, itu pun ajakan kengkawan dan di tambah pula letih otak bekerja so malas nak masak.Tapi pas balik berbuka kena masak gak untuk juadah bersahur. Takkan nak makan meggi kot bersahur, maklumlah selera best bila sahur so kenalah cari menu yang best jugak. Tapi pas sahur aku gagal untuk tidur semua selepas walaupun pada mula bangun tu memang mengantuk tahap mata dig am-gam. Pelik pulak tahun ni, kalu dapat lelapkan mata pun Cuma tidur-tidur ayam je kalu best skit tidur-tidur itik je tapi yang pasti memang tidak menyenyakkan.
Weekend ni nak pi shuppin keperluan raya yang patut, nak beli baju mak dengan ayah. Baju aku under progress, well warna apa yep? Alamak aku pun dh lupa????lama dah hantar sebelum puasa lagi, tapi ada kelainan skit lah baju melayu tu.

Di samping sibuk dengan dek Mitsubishi, aku juga mengambil masa untuk termenung sejenak memikirkan kehidupan ini, kehidupan aku dan juga kehidupan orang yang kebetulan aku termenung mereka lalu depan aku. Bagus juga mencabar minda sambil melayangkan fikiran sambil membuat kesimpulan sendiri di dalam hati yang tiada siapa tahu. Lama dah aku fikir pasal kehidupan ini, hidup untuk apa? Pergi kerja-balik kerja?
Apa kesudahanya jawapan yang aku gagal untuk mendapat jawapan yang kukuh walaupun aku hari-hari melaluinya. Jika dilihat kehidupan manusia ni semua sama, hidup macam roda dari segala aspek dan akhirnya kematian menamatkan segalanya. “When Life is nothing and when dead is possible”

0 Komen: