Blogger Backgrounds

Selasa, 10 Ogos 2010

Konvokesyen lagi -versi enam



6-8 Ogos merupakan konvokesyen ke 6 bagi tempat ku bekerja. Macam biasa aku terlantik di dalam AJK Protokol. Menjadi pengiring VIP ang datang. Nasib agak baik sebab walaupun nama naik tapi aku tidak tersenarai bagi mengiring mana-mana VIP. Uh lega, walaubagaimanapun aku datang juga pada hari kejadian bagi member sokongan dan backup kepada rakan lain. Nampak susah bagi AJK ini tapi aku sukakanya berdamping dengan VIP-vip memang best walaupun penuh dengan protocol.
Penerima Ijazah Kehormat kali ini adalah Tan Sri Salleh Sulong dan Tan Sri Musa Mohamed. Tan Sri Salleh memang sempoi Cuma kita sahaja yang terlalu berprotokol tapi ok lah melayan dia walaupun aku sebenarnya hanya melihat rakanku menguruskan dia. Dari cerita yang diceritakan, yup dia seorang yang best ‘thumb up’. Kisah hidup pun menarik bermula dengan akauntan sahaja so apa yang dia jadi sekarang? Hebat-hebat. Dia ada 17 unit kereta….hehhehe.

0 Komen: