Blogger Backgrounds

Selasa, 12 Oktober 2010

Kemalangan Km 223 arah selatan


Saat menerima berita ini aku memandu dari Johor bahru ke Melaka. Mendapat berita yang boleh dianggap menggemparkan di saat kita di sorotkan denga berita perkahwinan di mana-mana bersempena nombor yang di katakan cantik iaitu 10-10-2010. Aku tidak menafikan nombor tersebut memang unik. Biarkan tarikh itu, tetapi tarikh ini jga berlaku kemalangan dasyat yang mengorbankan 12 nyawa? Bas terbang ke jalan bertentangan mengehempat dan dirempuh beberapa kenderaan lain. Dengar sahaja sudah cukup mengerunkan. Perkara sudah terjadi. Dari sumber yang aku ketahui dan mungkin bukan rasmi, bas tersebut cuba menggelak sebuah motosikal di haluan yang sama. Namun berita ini masih belum dapat di sahkan mana-mana pihak. Dari logika aku mungkin ada betulnya akibat penggelakkan itu.


Bercerita tentang gelagat bas ekspress dijalanan, mereka ini juga memang membawa laju kenderaan merka. Sebab aku kerap sangat menggunakan lebuhraya ini dari selatan ke Melaka. Memang mereka membawa lebih dari had sepatutnya kenderaan berat 80/90. Aku pernah berembat dengan bas ekspres sekitar 120kmj dan mungkin lebih. Mana evo 10 yang mengawasi jalanan lebuhraya ini? Simpan kereta buat lambang prestij sahaja kah? Atau keluar apabila ada pameran sebagi menunjukkan kehebatan mengawasi keselamatan jalanan. Hakikat? Siapa pernah guna higway akan tahu. Memang tak pernah jumpa langsung.

Apabila berlaku sesuatu kemalangan yang di anggap hebat di jalanan ini, maka secara automatiknya kita akan melihat segala pihak yang berkuasa –kuasa akan bingkas bangun mencari salah? Salah orang bukan salah sendiri. Tak kira lah siapa salah, kita ini lebih di ibaratkan suka jadi bangau yang nyanyi lagu bangau oh bangau. Memang best lagu ni coz sejak kecil kita di ajar nyanyi dan bila besar mempraktikannya. First sibuk cr pemandu tu ada berapa saman? Apa kejadahnya cr bp bnyak saman? Jadi kalu ade 14 juta saman oooo hukumnya pemandu ni mmg salah, dah tau ade 14juta saman nape masih dibiarkan dijalanan? Kalu takde saman oooo sibuk cr kesalahan tayar ataulebih tepat teknikal jika data puspakom ok (untuk rekod bas ekspres terbabit di periksa di PUSPAKOM mei lepas)…mari jadi bangau lagi…last-last duk sibuk canang sikap manusia itu sendiri yang cuai..

Jadi apa kesudahannnya? Apa yang dibuat untuk jawapan bangau terakhir itu? Senyap dan senyap.. buat macam2 OPS keluarkan saman setinggi bukit sehingga 14 juta saman lagi…berulang dan berulang. Perlu di ingat saman bukan boleh mendidik pengguna. Mekanisma macamana nak ubah sikap itu perlu difikirkan. Perlu di ingat kita manusia dan yang berkuasa juga manusia? Jadi berfikirlah secara manusia bukan secara bangau.

Macam biasa media akan memainkan cerita bermusim ini dari dan lagi. Sampai jumpa berita best lain kelak. Yang pasti aku ahu, kerja media memang begitu, mereka bukan bangau. Bagi yang membaca coretan aku ini terpulang, bukan mencerca tetapi sekadar mengingatkan bijak pandai apa yang perlu dibuat. Aku bukan pandai dalam hal ini tetapi sekadar mengulas dari perpektif yang memandang.

0 Komen: